apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
Khamis, 11 Februari 2010
elektron diumpakan seperti roh yg berkeliaran..
Ahad, 7 Februari 2010
jangan sekadar syurga dunia..
[sumber : saifulislam.com]
Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda.
“Mungkin tidak patut ustaz menyoal, tetapi KENAPA?” soalan saya ajukan kepadanya.
Bukan kenapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak.
“Tidak tenteram. Ada gelodak jiwa” katanya.
“Justeru selepas nikah nanti, kalau sudah tenteram dan jiwa kembali tenang, apa seterusnya?” saya menyambung pertanyaan.
“Tenteram itu bukankah sentiasa perlu? Jadi perlukah ada ’seterusnya’, ustaz? Saya keliru,” katanya jujur.
“Izinkan ustaz berterus terang. Jika tenang dan tenteram yang anta maksudkan itu adalah pada nikmat beristeri dan menikmati isteri, hati-hati dengan tabiat nikmat dunia,” saya tidak mahu berbunga kata.
“Tabiat yang bagaimana?” beliau agak kabur dengan perbualan kami.
“Kalau ustaz pakar sambal sotong, ustaz hidangkan kepada anta buat kali pertama, Alhamdulillah. Tengah hari nanti sambal sotong juga, Alhamdulillah. Makan malam nanti sambal sotong lagi, Alhamdulillah. Bagaimana jika sarapan pagi esoknya juga sambal sotong dan tengah hari itu juga berlaukkan sambal sotong. Kamu mampu menjamahnya lagi?” saya beranalogi.
“Aduh, boleh muntah dibuatnya. Jangan, ustaz!” katanya sambil ketawa.
“Benar. Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun ia, sedapnya semasa lapar, semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang rasa, berterusan merasa, bisa sahaja yang sedap menjadi hambar” saya menyambung kalam.
“Jadi, apa yang cuba ustaz beritahu saya?” soal beliau.
“Pernikahan, jangan sekadar satu penyelesaian. Ia harus lebih besar dari itu” saya memberikan kesimpulan.
NIKAH UNTUK SELESAI
Tidak salah untuk percaya bahawa pernikahan boleh menyelesaikan banyak masalah. Itulah hikmahnya pada Sunnah bernikah.
Tetapi kekhuatiran yang timbul, ialah apabila sebuah ikatan perkahwinan mahu dilangsungkan hanya untuk menyelesaikan masalah tertentu, dan selepas masalah itu selesai, perkahwinan itu hilang tujuan! Menjadikan perkahwinan sebagai penyelesaian, hanyalah sebuah hasrat berupa perancangan jangka pendek. Sedangkan untuk sebuah rumahtangga terus membuka laluan sampai ke Syurga, ia perlu kepada perancangan jangka panjang.
Sepanjang kehidupan.
Kebelakangan ini saya dihimpit rasa bimbang.
Tatkala hari demi hari didatangi pasangan yang berkahwin muda mengadu masalah, saya memaksa diri untuk berfikir dan mencari sudut-sudut tersembunyi (blind spot) di dalam tasawwur seorang anak muda semasa mahu bernikah.
“Saya bosan tengok isteri saya ustaz. Salahkah saya berperasaan begitu?” tanya seorang anak muda.
Jantung saya berdebar.
Merenung matanya, saya dapat merasakan ada semacam satu kehampaan di dalam dirinya kerana terbeban oleh perasaan yang gagal disembunyikannya. Syukur, sekurang-kurangnya dia mahu bertanya. Di samping berusaha menemukan jawapan, saya juga dapat belajar sesuatu untuk diri dan dikongsi dengan yang lain.
Bagaimana boleh bosan?
Saya harus mencari jawapan pada titik mula dan titik tengah soalan itu.
Justeru untuk mencari penjelasan pada titik mula, saya persoalkan tujuan perkahwinannya semasa di tahun 2 pengajian lebih setahun yang lalu.
“Kami selalu berjumpa. Saya bimbang hati terus terfitnah memikirkan tentangnya. Alhamdulillah saya tidak bertepuk sebelah tangan. Biar pun ayah dan ibu kami agak berat untuk menyatakan persetujuan, tetapi syukur akhirnya mereka merestui,” cerita beliau.
“Alhamdulillah.Jadi, sekarang ini, adakah anta sudah mendapat apa yang dicari?” saya bertanya.
“Ya, cuma…” beliau teragak-agak menyebut.
“”Cumanya sekarang anta sedang dilanda jemu, kan?” saya sambungkan ayatnya yang tidak langsai itu.
Tatkala kita mengejar sebuah ikatan perkahwinan sebagai jalan keluar kepada apa-apa sahaja masalah yang sedang dihadapi, syukur jika masalah itu selesai, dan syukur juga jika masalah itu belum selesai. Sekurang-kurangnya dia masih punya sesuatu untuk diusahakan dalam sebuah perkahwinan. Namun bagi yang masalah sudah selesai di tahun satu pernikahannya, apa lagi cita-cita dan azam yang ada dalam visi dan misinya bagi melangsungkan usia perkahwinan?
Daripada gelisah menjadi tenang dengan nikah.
Timbul jemu, mahu mencari tenang dengan membatalkan nikah?
Naudhubillah…
Tidak sedikit air mata sang isteri tumpah semasa suami mereka berterus terang berkata, “mengahwinimu adalah suatu kesilapan!”
Sepatutnya masalah seperti ini tidak timbul.
Tetapi realiti sering meninggalkan banyak ’sepatutnya’ terkontang-kanting menjauhi kesempurnaan.
Perkahwinan menyelesaikan.
Tetapi ia bukan sekadar sebuah penyelesaian.
Ia adalah sebuah gagasan.
Impian yang memerlukan pandanganmu jauh sampai ke usia tua, sampai cangkul dan tanah memisahkan jiwa, sampai ke kubur, sampai kamu ke Syurga.
Jadikanlah perkahwinan itu kenderaan yang membawa dirimu untuk ke Syurga Akhirat.
Jangan sekadar syurga dunia.
“Saling berpesan-pesanlah kamu tentang para isteri agar berlaku baik kepada mereka. Sesungguhnya kamu mengambil (menikahi) mereka dengan amanah daripada Allah dan dihalalkan untukmu kemaluan mereka adalah dengan Kalimah Allah” [Hadith riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah
..didikan si kecil...
Anjuran surah An-Nur buat MUSLIMAH
Dunia fesyen andai dilihat dari kaca mata Barat kelihatan glamor, anggun dan menawan. Namun andai dilihat dengan kaca mata syariat, dunia fesyen itu lebih menjanjikan ‘azab’ di akhirat kelak. Apa tidaknya, setiap fesyen pakaian yang direka mejoritinya tidak mencapai standard yang digariskan Islam.
Tidak terkecuali, demam berpakaian mengikut trand terkini merebak dalam kalangan wanita Muslimah, hingga kdangkala sukar dibezakan antara wanita Muslimah dengan yang lain.
Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud, “Dan katakanlah epada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan mmelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darpadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereke memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka,atau ana-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba0hamba mereka, atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang arat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang berimansupaya kamu berjaya.”
Menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan
Ayat ini walaupun ditujukan khas buat wanita, namun anjuran ini termasuk juga lelaki. Ummu Salamah meriwayatkan : “Aku, Aisyah dan Maimunah berada di hadapan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba putera Ummu Maktum meminta izin masuk kepada baginda. Lalu Raslullah berkata kepada kami (maksudnya): “Pakailah hijab kalian” ; mereka berkata : “Bukankah dia buta” ; Rasululla menjawab “Apakah kalian buta?” (Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)
Jangan zahiran perhiasan
Wanita ditegah sama sekali daripada menxahirkan perhiasan kecuali yang biasa terlihat. Menurut ulama kontemporari, Syeikh Yusuf al-Qardawi, yang dimaksudkan dengan “perhiasan perempuan” dalam ayat ini ialah apa sahaja yang dipakai untuk berhias dan mencantikkan tubuh seperti wajah, rambut, potongan badan ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya. Seorang penyair pernah berkata: “Mereka (wanita) memakai perhiasan seindah yang engkau lihat. Apabila mereka berlalu meninggalkanmu, maka mereka adalah orang yang paling baik untuk pergi.”
Tutup belahan leher baju
Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan daripada Aisyah r.a bahawa beliau berkata: “Allah telah menyayangi wanita yag berhijrah kerana waktu itu bertepatan dengan turunnya ayat, ’Hendaklah mereka menutup belaha leher bajunya dengan tudung kepala mereka.’ Kemudian mereka mengoyak sebahagian kain yang mereka miliki untuk dijadikan tudung. Begitu juga mereka yang mempunyai sarung. Itu semua menunjukkan kewajipan menutup leher dan bahagian dada seorang perempuan.”
Bagaimana menutupnya? Jawapan cukup mudah dan amat praktikal, labuhkan sedikit tudung anda sehingga menutup sebahagian dada dan jangan sekali-kali memakai tudung yang nipis yang masih menampakkan belahan baju walaupun bertudung.
Siapa muhrim wanita?
· Suami
· Ayah
· Bapa mertua
· Anak lelaki
· Anak-anak suami (anak tiri)
· Saudara kandung lelaki
· Anak daripada saudara lelaki
· Anak lelaki daripada saudara perempuan
· Perempuan yang beragama islam
· Budak (hamba sahaya)
· Lelaki yang tidak mempunyai syahwat
· Anak-anak yang belum mengerti aurat wanita
· Lelaki tua yang tidak lagi mempunyai keinginan kepada wanita
Menyembunyikan perhiasan
Dan firman Allah dalam ayat yang sama, maksudnya: “Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka.”
Tujuan menghentakkan kai di sini ialah supaya orang lain tahu perhiasan yang dipakai oleh wanita tersebut seperti gelang kaki yang bergemencing, kasut bertumit tinggi atau bertumit keras hingga menghasilkan bunyi hentakan setiap kali berjalan dan sebagainya yang boleh menarik perhatian insan lain terutamanya lelaki ajnabi.