apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Jumaat, 15 Mac 2013

Jom, bertindak seperti yang kita doakan!!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, moga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk yang membaca. Terfikir-fikir nak share kat tempat lain, tapi..tapi..tapi... rindu pada blog..

Setiap dari kita yang mengimani adanya Allah yang menjadi tempat kita berharap, pasti tak pernah putus berdoa. Hidup tak bernah putus dengan mengharap padaNYA.. Dan kita sedar, boleh jadi apa yang kita mahu bukan terbaik untuk kita dan boleh jadi yang kita tak nak itulah yang terbaik untuk kita.


"Ya Allah, aku redha dengan (.......)  yang kau tetapkan buatku"

"Ya Allah, berilah kekuatan padaku dalam mendidik anak-anak.. ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ku dalam mentarbiyah diriku"


"Aku mohon ya Allah, walau apa pun ketetapan/ujian yang kau beri pada aku, tetapkanlah aku dijalan dakwah ini"

"Ya Allah, denganMU aku hidup..dengan Mu aku mati..tetapkanlah aku di jalan ini.. Bantulah aku menjadikan hidup & matiku untukMU."

"Ya Allah, sekiranya ia baik untuk aku dekat padaMU, permudahkanlah ya Allah...Sekiranya tidak, tutupkanlah pintu hati ini ya Allah."

"Ya Allah, ada atau tidak..berilah kekuatan padaku untuk kekal dalam jalan ini."

Dan apa yang berlaku lepas kita berdoa boleh jadi selari dengan apa yang kita harapkan, dan boleh jadi tak seperti apa yang diharapkan..
Saat itu, hati terasa sedih  sebab bukan yang diharapkan..
Tapi selalu kita lupa, dalam doa juga kita dah kata "Ya Allah, aku redha dengan (.......)  yang kau tetapkan buatku"

Kan? kata dah redha, tapi susahnya nak buang sedih tu..
Jadi kadang-kadang tindakan kita tak seperti yang kita doakan.. KAN??

=) tak apa... memang itu pun sifat manusia.. ada rasa sedih.. 
tapi cepat-cepat ingat semula..

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allahjua yang Maha Mengetahui (semua itu(, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah :216)

kan? mesti gembira semula..

Belajarlah untuk redha.. Tak layak kita sebagai hamba yang tak ada apa-apa nak kecewa dengan apa yang Pencipta kita dah tetapkan.. Yang mencipta lebih tahu dari apa yang ada pada diri kita..

"Dia mengetahui segala yang ada dilangit dan dibumi dan dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan sta yang kamu zahirkan dan Allah sentiasa mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada" 
At Taghabun :4

Berjalanlah dengan penuh harapan
Walau hati tak selalu bahagia
Sedekahkanlah satu senyuman
Walau hati tak mampu bertahan
Belajarlah memaafkan walau diri terluka
Berhentilah memberi alasan
Walau ingin menyatakan kebenaran
Hiduplah dengan iman
Walau hari dipenuhi dugaan
Berpeganglah kepada Allah
Walau dia tak kelihatan


DIA ada kat mana-mana..
DIA dengar..sentiasa..
Jangan sedih..
DOA je.. =)

Rabu, 6 Februari 2013

Aku mahu disini

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, bulan ni dah masuk 5 bulan mengajar di Al-Amin, bumi tarbiyah. Mentarbiyah dan ditarbiyah.
Sungguh,hanya  untuk yang berlapang dada akan rasai kemanisannya.

Jujurnya, siapa nak gaji lumayan, Al-Amin bukan tempatnya. Tapi, siapa yang nakkan keberkatan dalam setiap langkah memang inilah pilihannya. Bekerja 2 dalam 1. Segalanya tak lari dari tarbiyah.

Alhamdulillah, muallim & muallimah yang sangat soleh & soleheh. Sangat menjaga pergaulan, sangat bersangka baik, sangat menjaga amanah & juga sangat 'hensem' & 'cun'. Maksudnya... sangat beriman.

Alhamdulillah, rasa sangat tenang. Maaf sangat, tak dapat nak terangkan ketenangan yang macam mana. Saat kerja banyak mencurah-curah, musolla tempat istirehat terbaik. Dhuha, zohor & asar tempat mengadu segala penat lelah.

Banin & banat, pelajar Al-amin Bangi..pewaris perjuangan nabi.. Mereka-mereka ni lah yang mengindahkan lagi sekolah. Adab, sopan budaya, pakaian, senyuman, salam & sapaan menjadikan saat-saat sentiasa indah kat sekolah. Merekalah yang menjadi perantaraan didikan dari Allah. Rasa sangat kerdil, walaupun seorang guru. Ya Allah, jagailah mereka.



Tapi, perasaan sekarang??? Seminggu ni sangat berdebar-debar.. rasa nak nangis, rasa nak peluk semua banat, rasa nak peluk pengetua yang sentiasa menyejukkan hati. Rasa nak peluk semua muallimah. rasa nak cakap kat mak.. "Mak, nak duduk sini. Mak, tak nak posting.".

Ya Allah, aku bukan nak bersedih dengan berita gembira bagi orang lain.

PEMAKLUMAN URUSAN TEMU DUGA KEPADA GRADUAN PENDIDIKAN LULUSAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012 

Bagi graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bergraduat pada tahun 2012 dan graduan pendidikan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012, urusan temu duga pelantikan ke jawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 akan dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari 2013 hingga 27 Mac 2013. Semakan mengenai tarikh dan pusat temu duga boleh dibuat melalui portal Suruhanjaya di www.spp.gov.my mulai 15 Februari 2013. Muat naik pada 6 Februari 2013

Ya Allah, yang aku pasti... Disini tempat aku kenal denganMU, tempat aku merasakan adanya Allah dalam setiap langkahku, tempat aku merasakan penuh ketenangan, tempat aku sedar tanggungjaab sebenar aku diciptakan.

Terima kasih Allah, atas nikmat ini..

Ya Allah, aku punya hak ibu bapa yang perlu ditunaikan.. 
Aku sedar, bukan hanya keinginanku yang perlu diturutkan..
Aku sedar, gaji yang menanti penuh lumayan..
Tapi ketenangan disini yang aku dambakan..

Ya Allah, segalanya kuserahkan padaMU..
Tempatkanlah aku ditempat yang terbaik..
Tempat yang aku mampu membina imanku,
Tempat yang aku mampu mentarbiyah zuriatku,
Tempat yang aku mampu mencurahkan segala fahamku,
Tempat yang aku mahu sentiasa rindu padaMU.

Di hati ini ya Allah, aku mahu disini..

~mohon doakan yang terbaik =(