apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Rabu, 6 Februari 2013

Aku mahu disini

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, bulan ni dah masuk 5 bulan mengajar di Al-Amin, bumi tarbiyah. Mentarbiyah dan ditarbiyah.
Sungguh,hanya  untuk yang berlapang dada akan rasai kemanisannya.

Jujurnya, siapa nak gaji lumayan, Al-Amin bukan tempatnya. Tapi, siapa yang nakkan keberkatan dalam setiap langkah memang inilah pilihannya. Bekerja 2 dalam 1. Segalanya tak lari dari tarbiyah.

Alhamdulillah, muallim & muallimah yang sangat soleh & soleheh. Sangat menjaga pergaulan, sangat bersangka baik, sangat menjaga amanah & juga sangat 'hensem' & 'cun'. Maksudnya... sangat beriman.

Alhamdulillah, rasa sangat tenang. Maaf sangat, tak dapat nak terangkan ketenangan yang macam mana. Saat kerja banyak mencurah-curah, musolla tempat istirehat terbaik. Dhuha, zohor & asar tempat mengadu segala penat lelah.

Banin & banat, pelajar Al-amin Bangi..pewaris perjuangan nabi.. Mereka-mereka ni lah yang mengindahkan lagi sekolah. Adab, sopan budaya, pakaian, senyuman, salam & sapaan menjadikan saat-saat sentiasa indah kat sekolah. Merekalah yang menjadi perantaraan didikan dari Allah. Rasa sangat kerdil, walaupun seorang guru. Ya Allah, jagailah mereka.



Tapi, perasaan sekarang??? Seminggu ni sangat berdebar-debar.. rasa nak nangis, rasa nak peluk semua banat, rasa nak peluk pengetua yang sentiasa menyejukkan hati. Rasa nak peluk semua muallimah. rasa nak cakap kat mak.. "Mak, nak duduk sini. Mak, tak nak posting.".

Ya Allah, aku bukan nak bersedih dengan berita gembira bagi orang lain.

PEMAKLUMAN URUSAN TEMU DUGA KEPADA GRADUAN PENDIDIKAN LULUSAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012 

Bagi graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bergraduat pada tahun 2012 dan graduan pendidikan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012, urusan temu duga pelantikan ke jawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 akan dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari 2013 hingga 27 Mac 2013. Semakan mengenai tarikh dan pusat temu duga boleh dibuat melalui portal Suruhanjaya di www.spp.gov.my mulai 15 Februari 2013. Muat naik pada 6 Februari 2013

Ya Allah, yang aku pasti... Disini tempat aku kenal denganMU, tempat aku merasakan adanya Allah dalam setiap langkahku, tempat aku merasakan penuh ketenangan, tempat aku sedar tanggungjaab sebenar aku diciptakan.

Terima kasih Allah, atas nikmat ini..

Ya Allah, aku punya hak ibu bapa yang perlu ditunaikan.. 
Aku sedar, bukan hanya keinginanku yang perlu diturutkan..
Aku sedar, gaji yang menanti penuh lumayan..
Tapi ketenangan disini yang aku dambakan..

Ya Allah, segalanya kuserahkan padaMU..
Tempatkanlah aku ditempat yang terbaik..
Tempat yang aku mampu membina imanku,
Tempat yang aku mampu mentarbiyah zuriatku,
Tempat yang aku mampu mencurahkan segala fahamku,
Tempat yang aku mahu sentiasa rindu padaMU.

Di hati ini ya Allah, aku mahu disini..

~mohon doakan yang terbaik =(