apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Ahad, 7 Februari 2010

jangan sekadar syurga dunia..


[sumber : saifulislam.com]

Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda.

“Mungkin tidak patut ustaz menyoal, tetapi KENAPA?” soalan saya ajukan kepadanya.

Bukan kenapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak.

“Tidak tenteram. Ada gelodak jiwa” katanya.

“Justeru selepas nikah nanti, kalau sudah tenteram dan jiwa kembali tenang, apa seterusnya?” saya menyambung pertanyaan.

“Tenteram itu bukankah sentiasa perlu? Jadi perlukah ada ’seterusnya’, ustaz? Saya keliru,” katanya jujur.

“Izinkan ustaz berterus terang. Jika tenang dan tenteram yang anta maksudkan itu adalah pada nikmat beristeri dan menikmati isteri, hati-hati dengan tabiat nikmat dunia,” saya tidak mahu berbunga kata.

“Tabiat yang bagaimana?” beliau agak kabur dengan perbualan kami.

“Kalau ustaz pakar sambal sotong, ustaz hidangkan kepada anta buat kali pertama, Alhamdulillah. Tengah hari nanti sambal sotong juga, Alhamdulillah. Makan malam nanti sambal sotong lagi, Alhamdulillah. Bagaimana jika sarapan pagi esoknya juga sambal sotong dan tengah hari itu juga berlaukkan sambal sotong. Kamu mampu menjamahnya lagi?” saya beranalogi.

“Aduh, boleh muntah dibuatnya. Jangan, ustaz!” katanya sambil ketawa.

“Benar. Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun ia, sedapnya semasa lapar, semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang rasa, berterusan merasa, bisa sahaja yang sedap menjadi hambar” saya menyambung kalam.

“Jadi, apa yang cuba ustaz beritahu saya?” soal beliau.

“Pernikahan, jangan sekadar satu penyelesaian. Ia harus lebih besar dari itu” saya memberikan kesimpulan.

NIKAH UNTUK SELESAI

Tidak salah untuk percaya bahawa pernikahan boleh menyelesaikan banyak masalah. Itulah hikmahnya pada Sunnah bernikah.

Tetapi kekhuatiran yang timbul, ialah apabila sebuah ikatan perkahwinan mahu dilangsungkan hanya untuk menyelesaikan masalah tertentu, dan selepas masalah itu selesai, perkahwinan itu hilang tujuan! Menjadikan perkahwinan sebagai penyelesaian, hanyalah sebuah hasrat berupa perancangan jangka pendek. Sedangkan untuk sebuah rumahtangga terus membuka laluan sampai ke Syurga, ia perlu kepada perancangan jangka panjang.

Sepanjang kehidupan.

Kebelakangan ini saya dihimpit rasa bimbang.

Tatkala hari demi hari didatangi pasangan yang berkahwin muda mengadu masalah, saya memaksa diri untuk berfikir dan mencari sudut-sudut tersembunyi (blind spot) di dalam tasawwur seorang anak muda semasa mahu bernikah.

“Saya bosan tengok isteri saya ustaz. Salahkah saya berperasaan begitu?” tanya seorang anak muda.

Jantung saya berdebar.

Merenung matanya, saya dapat merasakan ada semacam satu kehampaan di dalam dirinya kerana terbeban oleh perasaan yang gagal disembunyikannya. Syukur, sekurang-kurangnya dia mahu bertanya. Di samping berusaha menemukan jawapan, saya juga dapat belajar sesuatu untuk diri dan dikongsi dengan yang lain.

Bagaimana boleh bosan?

Saya harus mencari jawapan pada titik mula dan titik tengah soalan itu.

Justeru untuk mencari penjelasan pada titik mula, saya persoalkan tujuan perkahwinannya semasa di tahun 2 pengajian lebih setahun yang lalu.

“Kami selalu berjumpa. Saya bimbang hati terus terfitnah memikirkan tentangnya. Alhamdulillah saya tidak bertepuk sebelah tangan. Biar pun ayah dan ibu kami agak berat untuk menyatakan persetujuan, tetapi syukur akhirnya mereka merestui,” cerita beliau.

“Alhamdulillah.Jadi, sekarang ini, adakah anta sudah mendapat apa yang dicari?” saya bertanya.

“Ya, cuma…” beliau teragak-agak menyebut.

“”Cumanya sekarang anta sedang dilanda jemu, kan?” saya sambungkan ayatnya yang tidak langsai itu.

Tatkala kita mengejar sebuah ikatan perkahwinan sebagai jalan keluar kepada apa-apa sahaja masalah yang sedang dihadapi, syukur jika masalah itu selesai, dan syukur juga jika masalah itu belum selesai. Sekurang-kurangnya dia masih punya sesuatu untuk diusahakan dalam sebuah perkahwinan. Namun bagi yang masalah sudah selesai di tahun satu pernikahannya, apa lagi cita-cita dan azam yang ada dalam visi dan misinya bagi melangsungkan usia perkahwinan?

Daripada gelisah menjadi tenang dengan nikah.

Timbul jemu, mahu mencari tenang dengan membatalkan nikah?

Naudhubillah…

Tidak sedikit air mata sang isteri tumpah semasa suami mereka berterus terang berkata, “mengahwinimu adalah suatu kesilapan!”

Sepatutnya masalah seperti ini tidak timbul.

Tetapi realiti sering meninggalkan banyak ’sepatutnya’ terkontang-kanting menjauhi kesempurnaan.

Perkahwinan menyelesaikan.

Tetapi ia bukan sekadar sebuah penyelesaian.

Ia adalah sebuah gagasan.

Impian yang memerlukan pandanganmu jauh sampai ke usia tua, sampai cangkul dan tanah memisahkan jiwa, sampai ke kubur, sampai kamu ke Syurga.

Jadikanlah perkahwinan itu kenderaan yang membawa dirimu untuk ke Syurga Akhirat.

Jangan sekadar syurga dunia.

“Saling berpesan-pesanlah kamu tentang para isteri agar berlaku baik kepada mereka. Sesungguhnya kamu mengambil (menikahi) mereka dengan amanah daripada Allah dan dihalalkan untukmu kemaluan mereka adalah dengan Kalimah Allah” [Hadith riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah



..didikan si kecil...


"asmekom..akak...bila akak nak balik umah?"

"akak balik selasa ni (16/2).."

"ala..akak ni selalu balik rumah lambat, pastu balik UM cepat.. tak best la camni"

"xpe la..kalini akak cuti lama...5 hari akak kat rumah dengan fathma tau.."

"ala..5 hari kat rumah, tapi akak tu selalu sibuk tolong mak, bukannya nak main dengan fathma"

....tutttttttttttttttttttttt...talian putus....

huh???

apakah maknanya ini???

fikiran mula mencongak-congak makna kata-kata tadi...

mula sedar dengan kelekaan kerja-kerja,
yang mana sehinga menyebabkan sikecil ini merasa dirinya dengan kakanya jauh..
jauh dengan jarak, pedih lagi bila jauh dengan makna bila bersama...


ya Allah, sikecil ini telah sedarkan aku, betapa pentingnya masa yang bernilai....
masa bersama dengan didikan, tauladan dan keriangan...

tindakan diambil...

apa ya?? hmmm..

1-buku ana muslim (kegemaran bahan bacaannya)
alhamdulillah, syukur stok di KPS masih ada..

2- merancang ativiti bersama sepanjang 5 hari
(yg diminati ialah main badminton..'insyaAllah akak main badminton dgn fathma ya')

3-rohani?? seperti biasa, insyaAllah solat bersama & mengaji...

...tak sabar rasanya nak balik rumah, tapi perlu korbankan sedikit masa untuk kebaikan generasi akan datang...

ya Allah, aku mengharapkan kekuatan darimu, jangan kau tinggalkan aku walau sedetik..

--terima kasih fathma, sebab ingatkan akak--














Anjuran surah An-Nur buat MUSLIMAH


Dunia fesyen andai dilihat dari kaca mata Barat kelihatan glamor, anggun dan menawan. Namun andai dilihat dengan kaca mata syariat, dunia fesyen itu lebih menjanjikan ‘azab’ di akhirat kelak. Apa tidaknya, setiap fesyen pakaian yang direka mejoritinya tidak mencapai standard yang digariskan Islam.

Tidak terkecuali, demam berpakaian mengikut trand terkini merebak dalam kalangan wanita Muslimah, hingga kdangkala sukar dibezakan antara wanita Muslimah dengan yang lain.

Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud, “Dan katakanlah epada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan mmelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darpadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereke memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka,atau ana-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba0hamba mereka, atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang arat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang berimansupaya kamu berjaya.”

Menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan

Ayat ini walaupun ditujukan khas buat wanita, namun anjuran ini termasuk juga lelaki. Ummu Salamah meriwayatkan : “Aku, Aisyah dan Maimunah berada di hadapan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba putera Ummu Maktum meminta izin masuk kepada baginda. Lalu Raslullah berkata kepada kami (maksudnya): “Pakailah hijab kalian” ; mereka berkata : “Bukankah dia buta” ; Rasululla menjawab “Apakah kalian buta?” (Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

Jangan zahiran perhiasan

Wanita ditegah sama sekali daripada menxahirkan perhiasan kecuali yang biasa terlihat. Menurut ulama kontemporari, Syeikh Yusuf al-Qardawi, yang dimaksudkan dengan “perhiasan perempuan” dalam ayat ini ialah apa sahaja yang dipakai untuk berhias dan mencantikkan tubuh seperti wajah, rambut, potongan badan ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya. Seorang penyair pernah berkata: “Mereka (wanita) memakai perhiasan seindah yang engkau lihat. Apabila mereka berlalu meninggalkanmu, maka mereka adalah orang yang paling baik untuk pergi.”

Tutup belahan leher baju

Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan daripada Aisyah r.a bahawa beliau berkata: “Allah telah menyayangi wanita yag berhijrah kerana waktu itu bertepatan dengan turunnya ayat, ’Hendaklah mereka menutup belaha leher bajunya dengan tudung kepala mereka.’ Kemudian mereka mengoyak sebahagian kain yang mereka miliki untuk dijadikan tudung. Begitu juga mereka yang mempunyai sarung. Itu semua menunjukkan kewajipan menutup leher dan bahagian dada seorang perempuan.”

Bagaimana menutupnya? Jawapan cukup mudah dan amat praktikal, labuhkan sedikit tudung anda sehingga menutup sebahagian dada dan jangan sekali-kali memakai tudung yang nipis yang masih menampakkan belahan baju walaupun bertudung.

Siapa muhrim wanita?

· Suami

· Ayah

· Bapa mertua

· Anak lelaki

· Anak-anak suami (anak tiri)

· Saudara kandung lelaki

· Anak daripada saudara lelaki

· Anak lelaki daripada saudara perempuan

· Perempuan yang beragama islam

· Budak (hamba sahaya)

· Lelaki yang tidak mempunyai syahwat

· Anak-anak yang belum mengerti aurat wanita

· Lelaki tua yang tidak lagi mempunyai keinginan kepada wanita

Menyembunyikan perhiasan

Dan firman Allah dalam ayat yang sama, maksudnya: “Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka.”

Tujuan menghentakkan kai di sini ialah supaya orang lain tahu perhiasan yang dipakai oleh wanita tersebut seperti gelang kaki yang bergemencing, kasut bertumit tinggi atau bertumit keras hingga menghasilkan bunyi hentakan setiap kali berjalan dan sebagainya yang boleh menarik perhatian insan lain terutamanya lelaki ajnabi.

Ahad, 31 Januari 2010

kelahiran..


berdasarkan kepada kad pengenalan, 1 februari 1961 adalah kelahiran

...ABAH...

hehe, tapi abah kata, dia pun xpasti bila dia lahir sebab org dulu-dulu buat surat beranak lambat..

xpe la..walaupun tarikh tu diragui..

abah ALWAYS THE BEST!!!


abah selalu masak,
abah selalu mancing,
abah selalu berkemah,
abah selalu window shopping bundle,
abah selalu makan buah,
abah selalu menjahit,
abah selalu bela ayam,
abah selalu sedekah,

kami la 'follower' ter BAIK abah..hehe..

semoga satu hari nanti doa anak abah akan termakbul..amin..

"Ya Allah, janganlah kau siksa kedua ibu bapaku kerana dosa-dosa ku, limpahilah rahmat dan kasih sayangMU kepada mereka, hadirkanlah cahaya hidayah di hati mereka..amin.."













Sabtu, 30 Januari 2010

..bilamana bukan kerana tuhan...


bilamana bukan kerana tuhan,
maka mungkin kerana tuntutan nafsu,
maka tindakannya seakan-akan kosong,
hanya kerana desakan nafsu..
yang kononnya melontarkan
"inilah kebenaran!!!!!!"
maka bertindaklah ia dengan berpaksikan kebenaran nafsu...

bilamana bukan kerana tuhan,
namun desakan kebenaran,
maka fikirkah dia tentang jalan-jalan yang telah dibina?
jalan-jalan ukhwah?
jalan-jalan dakwah?
juga jalan-jalan kearah kebenaran...

bilamana bukan kerana tuhan,
dan kerana desakan kebanaran,
maka tindakannya bukan kerana tuhan,
adakah mungkin terpancarnya kebenaran?
mungkin terpancar kebenaran,
tapi atas desakan kebenaran..

sedarkah kau???
bilamana bukan kerana tuhan,
maka jalan kebenaran itu juga bukan kerana tuhan,
kebenaran yang kau kejar adalah desakan kebenaran,
bukannya kebenaran kerana tuhan..

...kebenaran kerana tuhan, bukan kerana desakan...

(Ya Allah, akulah hambaMu yang lemah dan hina,ampunilah aku ya ALLAH, kerana akulah, lahirnya desakan kebenaran)


Sabtu, 23 Januari 2010

tak nak menyumbang?? so, jgn halang!!


"program malam ni dibatalkan, tiada ceramah, tiada tayangan..bahkan bacaan yasin sekalipun" maklum seorang sahabat pada saya dengan wajah kecewanya..


ayat itu sudah cukup menimbulkan berjuta soalan dalam fikiran saya..

kenapa? apa silapnya? kami langgar undang2 ke? kami bawak bom ke? kami jemput pembangkang ke? kami buat demo ke? program kami menyebabkan bil elektrik kolej naik ke??
terlalu sarat dengan persoalan..

namun jawapannya mudah sahaja

kerana pemantau PRK nak datang

what??????

siapakah pemantau PRK tu??? dia fobia dengan bacaan yasin ke??

subhanallah.. segalanya berlaku dengan izin ALLAH...

saya yakin dan pasti betapa kecewanya AJK pelaksana yang berusaha keras dengan hebahan malah makannan pada malam itu dah tersiap sedia..

jawapan yang mengecewakan

saya berkesempatan bertanyakan soalan kepada penyelia tentang perkara ini. namun jawapan amat mengecewakan. "hal tu saya xtau, bukan saya uruskan.."

huh?? tak tau?? malu saya dibuatnya dengan jawapan seorang bekas mahasiswa yg kini menjaga kebajikan kami...

besar sangatkah impak dibatalkan program???

bukan persoalan besar @ kecil impak itu...tapi kenapa?? berbagai andaian dibuat & yang pasti saya tiada jawapannya..

tapi yang pasti...pemimpin yang seagama dengan saya sendiri membuat keputusan seperti ini..
Ya ALLAH, pemimpin kami...

kesimpulan awal yg boleh dibuat ialah mungkin program kami walaupun bacaan yasin akan menggugat kestabilan PRK kali ini...


jika tak mahu menyumbang, janganlah halang...
means???


pemuda A : nak join kami untuk buat program motivasi??

pemuda B : emm...tak apelah , saya sibuk la dengan benda lain

selepas itu...

pemuda B : wei kawan-kawan, jangan join program motivasi tu, buang masa korang je, baik study...

begitulah contoh situasi nye...

kita manusia biasa, muhasabah diri sendiri...
berapa bangak tenaga kita sumbangkan untuk kebaikan??ada @ tiada??
maka apabila org lain membuat kebaikan, janganlah kita dengan sebesar hatinya menghalang...

sebab apa??

senang je...
dah la kita tak nak menyumbang, jadi jangan la sibuk-sibuk nak halang!!


~ buat adik-adik pelaksana program, jadikan ini sebagai titik lonjakan untuk bergerak, jangan serik

myb pasni boleh mintak buah fikiran pihak-pihak yang suka menghalang ni, ajak sekali buat program, walaupun program makan-makan sekalipun!! :) ~










Ahad, 10 Januari 2010

SoA[nYa SiApA kAmu



“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Alhamdulillah, Turki tu bumi berkat. Banyak makam sahabat dan orang soleh di sana” kata seorang kenalan.
“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Mesti best, Turki tu cantik. Pemandangannya indah tak terkata” komen seorang kenalan lagi.
“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Bagus tu, Turki ni banyak peluang perniagaan. Boleh pertimbangkan bisnes kain lace, barang kulit, tudung sutera dan kristal” aju seorang lagi kawan.
“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Hehe… Turki tu perempuan dia lawa-lawa ustaz. Lembut pula tu, tak macam Arab” usik seorang lagi kawan.
Kegatalan.
Subjeknya sama, iaitu Turki.
Tetapi ulasan semua berbeza-beza. Dan pasti sahaja apabila setiap mereka tiba di Istanbul, tempat yang dituju adalah mengikut ulasan-ulasan itu tadi. Seorang ke Eyup menziarahi makam Abu Ayyub al-Ansari. Seorang lagi ke Eminonu mencari feri untuk meneroka Selat Bosphorus. Seorang lagi, akan ke Grand Bazar melihat barangan terkini dan harga semasa untuk dihitung dengan kalkulator di tangannya.
Lelaki yang keempat saya tidak pasti dia akan ke mana. Mungkin ke Taksim atau lorong-lorong gelap di Galata, khabarnya.


SIFIR HIDUP


Itulah yang dikatakan, siapa kamu menentukan cara kamu melihat.
Kesannya pula adalah, cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat.
Ada yang pergi Turki dapat dosa, ada yang pergi Turki dapat pahala.
Pergi tempat yang sama, akibat tidak sama. Bukan salah Turki, tapi soal siapa kamu yang pergi itu tadi.


KE SUNGAI


Di sungai, bunyi air, bunyi unggas, bunyi angin, bunyi cengkerik, semuanya menghasilkan tenang. Sebabnya mudah, semua yang berbunyi itu sedang memuji Allah [Al-Israa' 17: 44]. Sedang berzikir.
Justeru, ada yang datang ke sungai menyertai zikir alam, lalu mendapat pahala.
Ada pula yang datang ke sungai, kepalanya hanya berfikir satu perkara, “apa dosa yang aku nak buat di sini, ya?”
Tulis pula di batu, “Ina & Din Were Here!”
Takut Malaikat ‘lupa’ dosa-dosanya yang dilakukan di situ. Jangan sampai tiada habuan Akhirat. Lupa yang habuan itu adalah dosa dan Neraka.
Ada yang ke sungai dapat pahala dan bahagia, ada yang ke sungai dapat dosa dan sengsara.
Bukan salah sungai. Tapi salah manusia yang datang ke sungai.
Semuanya bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.
Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.


UNIVERSITI



Sama juga dengan universiti.
Ada yang datang ke universti dapat ilmu. Dapat pengalaman. Dapat bekalan hidup yang tiada di luar universiti. 4 tahun penuh kesungguhan, hasilnya dapat kebaikan Dunia dan dapat kebaikan Akhirat.
Ada yang datang ke universiti dapat jantan. Dapat betina. Dapat ‘pengalaman’. Dapat ‘nikmat hidup’ yang payah nak cari di luar universiti. 4 tahun penuh sial, hasilnya dapat celaka Dunia dan dapat celaka Akhirat.
Bukan salah universiti. Tapi salah manusia yang datang ke universiti.
Semua bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.
Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.


FACEBOOK


Sama juga dengan Facebook.
Ada yang masuk ke Facebook dapat pahala.
Bertanya khabar, menghubungkan persahabatan ‘menjejak kasih’, menguruskan ceramah dan soal jawab, berkongsi ilmu dan macam-macam amal maaruf.
Ada pula yang masuk ke Facebook tetapi dapat dosa.
Tunjuk aurat, dedah keaiban diri dan kenalan juga rumahtangga, kutuk orang, main kuiz Syirik, main kuiz lagha, sampai belajar entah ke mana, sampai melingkup Akhirat dan Dunia.
Bukan salah Facebook.
Tapi salah manusianya.
Bagaimanakah cara dia melihat Facebook dan siapakah dia dalam melihat dirinya itu?
Kamu boyfriend?
Kamu girlfriend?
Kamu bos?
Kamu pakar?
Kamu sampah?
Siapa sahaja kamu, kita hanya satu. Kita adalah HAMBA.
Hamba Allah yang kejayaan hidupnya ialah pada melihat dengan pandangan hamba, dan berperanan dalam hidupnya sebagai hamba, hingga mati sebagai hamba.
Kalau ada yang sudah lupa dirinya hamba, dan hidup di dunia seperti tuan, dia telah bertuhankan diri.
Nantikan sahaja balasannya di Akhirat nanti.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com68000 AMPANG