apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Isnin, 11 Oktober 2010

apabila hati kata "nak baca buku ni"

...dalam kumpul duit nak beli buku ni...

PENDIDIKAN ANAK-ANAK DALAM ISLAM

oleh

ABDULLAH NASIH ULWAN

"tarbiyah anak-anak, akan ku TAWAN buku ni satu hari nanti" hehe
--------------------------------------------------------------------------------------

"Ya ALLAH ya tuhanku, bantulah aku kasih kepada MU dan Rasul MU,
dan segala amalan yang boleh membawa aku kasih kepada MU dan Rasul MU,
dan hampirkan aku dengan manusia yang boleh membawa aku kasih kepada MU dan Rasul Mu"

~ mode: mula berfikir dgn lebih seri0us ~

Sabtu, 9 Oktober 2010

saya rindu adik2 sofwah
syahidah,nabilah, sumayyah, najibah(gambar)
2 tahun lepas jumpa najibah merangkak lagi, skrg dah pakai tudung :)
ingat lagi x dgn kakak aifa??

~no answer~

-------------------------------------------------------------------


Rabu, 6 Oktober 2010

thank you Allah... :)


SELAMAT HARI RAYA.. rasanya mmg dah lambat pun...kuih raya pun dah masuk siri pembuatan ke-2.. :)

alhamdulillah, Ramadhan kali ini sangat bermakna, sbb Allah bagi kesempatan raikan Ramadhan dgn housemate yg hatinya sentiasa ingat dgn Allah, dan berlaku juga peristiwa yg sukar dilupakan..syukur,raya kali ni serba sederhana & objektif nak ziarah rumah nenek2 (mak&abah) dah tercapai dgn jayanya... (kecuali nek long yg xda kat rumah masa kami dtg)..

raya setiap tahun mmg meriah...meriahnya bolahlah digambarkan mcm kat gambar ni..himpunan pak cik, mak cik, sepupu, anak buah.. yg menariknya, sbb duit raya banyak (khas buat yg belum bekerja dan kebawah :)


sebenarnya banyak tragedi yg berlaku sepanjang bulan 9 (bulan raya)..dan sempatlah mencatat kronologinya kat dalam diary :(

3/9 - cik usop (pak cik) kemalangan, beraya kat hospital
7/9 - nenek (mak) kemalangan, pagi raya kuar hospital
16/9 - abah sakit pinggang (terkehel)
23/9 - mak sakit vertigo
28/9 - cik faizul (pak cik) masuk wad, demam panas

nikmatnya bila sihat...berat mata memandang, barat lagi bahu org yg sakit ni nak pikul... tapi Allah kan maha adil... Allah bagi kita sakit, susah, senang, gembira, dll.. sbb bila kita senang, kita susah nak ingat Allah, tapi bila kita susah, senang kita nak ingat Allah.. kan? kan? kan? Ujian yg Allah bagi pada kita, sebenarnya itu tandanya Allah sayang pada kita...sebab Allah nak kita selalu ingat pada DIA, dan nak kita sedar yg DIA selalu perhatikan kita... thank you ALLAH.. :)


dan kita kene yakin dgn apa2 yg berlaku pada diri kita...sbb Allah dah bagi tau...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebaikan yang dikerjakan dan dia mendapat siksa dari kejahatannya..."
(Al-Baqarah:286)

dikesempatan ini, nak memohon kemaafan pada siapa2 yg kenal& terbaca blog ni.. semoga kita berjumpa dengan Ramadhan akan dtg..

p/s :ini Ramadhan terakhir di KL sbg student, insyaAllah next Ramadhan akan berpuasa dgn keluarga kat Johor

aslmkm, jumpa lagi

~atas pertanyaan~


















Khamis, 2 September 2010

~terima kasih atas keprihatinan~

Assalamualaikum.. alhamdulillah, dah jumpa semula buah hati yang tak sengaja ditinggalkan.. hari rabu 1 september,bergerak ke masjid umar, solat isyak & tarawikh disana selepas iftar bersama kawan-kawan sains pendidikan... jazakillah pada kak reen yang sudi drive ke sana... (manisnya ukhwah bila mana susah & senang ada bersama)

terima kasih pada NOR TAUFIK yang telah menjumpai & meletakkan quran saya pada tempat yang lebih baik,sangat prihatin dan sangat yakin untuk memberitahu saya melalui FB... semoga nur & taufik dari ALLAH sentiasa menyinari hati saudara@saudari (maaf saya xpasti saudara @ saudari)...

MUHASABAH

semasa dalam kereta dgn kak reen, kami smpat berbincang tentang pentingnya meghargai al quran. dan kami letakkan satu situasi... muhasabah diri sama ada kita lebih ambil berat telefon bimbit @ al quran.. kebiasaannya bila seseorang itu ke kuliah, dan tertinggal henset kat hostel ayat yang akan keluar dari mulut ialah "ala...macam mana ni...henset tertinggal kat bilik la...nanti balik hostel kejap amik henset" tetapi bila hadapi situasi quran@tafsir kita tak bawak ke kuliah ayat yang biasa terkeluar ialah "hmm..xpe je kalau tak bawak".... situasi ni mmg biasa..termasuk lah yang menulis entri ni...(subhanallah, teruknya perangai...)

dan saya berusaha untuk menjadikan al-quran sebagai buah hati dan segala-galanya, lebih daripada telefon bimbit...jadi?? anda bila lagi???? :)

Selasa, 31 Ogos 2010

...buah hati yang tak sengaja ku tinggalkan..

Assalamualaikum...alhamdulillah, puasa dah masuk ke fasa ke-3... fasa yang penuh debaran & fasa yang menentukan sama ada target yang kita plan untuk ramadhan kali ini tercapai @ tidak...

Ramadhan kali ini adalah satu anugerah, dimana Allah dah pertemukan dengan 'housemate' yg sangat bermakna untuk bekalan dunia& akhirat...walaupun satu masa dulu berada dalam dilema untuk tinggal dirumah A @ rumah B(rumah sekarang)... syukur, kadang-kadang apa yg kita suka tak semestinya baik untuk kita, dan boleh jadi yg kita tak suka itu baik untuk kita...

Berbalik kepada cerita buah hati, sebenarnya buah hati yg dimaksudkan ialah tafsir Al-Quran, yg dibeli masa kat matrikulasi JOHOR... tafsir yg macam diari & warna pink...

Alkisahnya,malam merdeka kami ahli VILLA IMAN & penggerak lain berpeluang untuk iqtikaf kat masjid Umar Al-Khattab (damansara). bergerak jam 12 malam dan balik umah dalam kul 10 pagi...alhamdulillah, banyak pengisian yg kami sharing sama-sama & satu yg sangat bermakna..

Lepas pengisian, kemas-kemas nak balik, tinggal lah buah hati pink kat dinding yg lubang-lubang tu, dengan niat sebelum balik kene amik... tapi, apakan daya, after solat zohor baru perasan buah hati dah tak da...huhu... cari-cari satu rumah & teringat yg lupa nak amik kat dinding tu... (sedihnya..)

terduduk, dan terfiir macam mana boleh tertinggal.. sbb tak pernah tertinggal buah hati ni kat mana-mana... mungkin ada pengajaran disebaliknya...

dan sekarang semakin terasa ketiadaanNYA... sbb selama ni, just tanda pakai pelekat kat tafsir tu tentang ayat-ayat peringatan tentang khalifah, doa-doa, aurat dan lain-lain.. skrg bila buah hati tak da, nak buat rujukan macam terkial-kial..(..ah..ayat apa ya cte pasal umat pertengahan, hmm..buah hati tak da nak buat rujukan)... itu lah antara keluhan yg terkeluar...

tapi sebenarnya itu satu didikan yg ALLAH bagi yang mana ayat-ayat Al-quran (petunjuk) tu bukan untuk ditampal, ditanda, tapi lebih dari tu...perlu DIINGAT...supaya sentiasa lekat dihati, bukan guna pelekat semata-mata nak tampal kat tafsir...

ALLAH...skrg masih plan untk amik buah hati kat masjid tu.. tapi tak tau bila & nak pegi naik apa (kak reen dah cakap nak tlong..alhamdulillah..!!!) harapnya buah hati masih ada kat situ..

buah hati ku...
bukan niat ku untuk tinggalkan kau sendirian..
sedirian tidak dibuka, tidak dibaca...
mungkin juga basah kerana tempias hujan...
berhabuk kerana tidak digunakan...
insyaAllah, akan ku jumpakan...
buah hati yang tak sengaja ku tinggalkan...
namun aku redha...
sekiranya ada hamba Allah yg mengunakannya..
kerana sesungguhnya Al-QURAN itu petunjuk kebenaran..
kepada yang mencari dan menggunakan...

~buah hati yang tak sengaja ku tinggalkan~




Rabu, 25 Ogos 2010

sayalah jurujual...

salam sejahtera keatas kamu...(rasanya xda kot yg baca blog ni..)..xpe...xkesah pun...
alhamdulillah, ramadhan dah masuk ke fasa ke 2..semangat yg cuba tanamkan pada ramadhan kali ni lebih kepada semangat seperti di medan perang... YA!! seperti di medan perang..sentiasa berusaha melangkah dengan penuh semangat terutamanya dihadapan sahabat-sahabat non muslim..harapnya mereka tak rasa saya sdg berpuasa..

minggu ni agak padat, dengan pembentangan & ujian mid sem..dan tak ketinggalan juga berusaha mencapai target ramadhan kali ini...semoga Allah bagi kekuatan...
semalam ada pembentangan untuk subjek fizik (instrumentasi)... seperti biasa, sayalah yg paling ganjil sebab saya bukan student fizik tulen.saya student sains pendidikan (fizik)..
lepas habis pembentangan, DR. Vega cakap "she's like want to sell a product, you know, like a salesmen".. hehe.. tersengih sekejap.. :) saya mmg dah terbawa skill pembentangan yg biasa saya guna untuk subjek pendidikan, atau lebih tepat lagi berlakonlah macam cikgu...insyaAllah, bakal cikgu, amin..

Dan...memang DR. Fatanah (pensyarah psikologi pendidikan) pernah pesan dalam kuliahnya bahawa cikgu mmg kene bersikap seperti jurujual..apa produk yg kita nak jual? pada siapa kita nak jual? dalam konteks cikgu,mestilah subjek yg kita nak ajar pada student tu adalah produk kita, dan student adalah pembelinya (tapi bukan beli pakai duit, beli dengan minat & kesungguhan)... bila cikgu ada kemahiran untuk yakinkan student, mesti dia berminat untuk belajar dan menjadikan cikgu sebagai org yg bagi perkhidmatan..(sama juga dalam pembentangan,menjadikan pendengar yakin & minat dengan apa yg kita sampaikan.)

Siapa saya sebenarnya?????? JURUJUAL???? (perkara yg paling saya tak minat ialah menjadi jurujual, yg mcm promoter kat supermarket tu)

Hakikatnya, sayalah jurujual…saya?? NO!!! KITA adalah jurujual…kenapa???

Sayalah jurujual kepada keluarga saya

Sayalah jurujual kepada kawan saya

Sayalah jurujual kepada guru saya

Sayalah jurujual kepada saudara saya

Sayalah jurujual kepada jiran saya

Sayalah jurujual kepada siapa yang melihat saya

Dan sayalah jurujual kepada anak usrah saya… J

Sayalah jurujual itu….

Yang meyakinkan mereka bahawa

usrah itu penting

Usrah itu luar biasa

Usrah itu power

Usrah itu seronok

Usrah itu penuh maknanya

…dan meyakinkan mereka bahawa usrah itu aktiviti wajib dalam planner mereka..

Mampukah saya???

YA!!! Saya BOLEH!!! Saya MAMPU!!!

Sbb…hakikatnya, saya lahir sebagai jurujual..

Dan moto produk saya ialah….

ISLAM ITU INDAH….

Selasa, 17 Ogos 2010

"turun bus, tengok(papan tanda)"

tepat jam 1.30..yeah, dah habis discussion...dengan semangatnya melangkah ke bus stop dgn classmate... tunggu punya tunggu...bus UM pun datang...syukur, jimat seringgit (tak payah naik bus rapid)... hati berdebar juga dibuatnya sbb bus meluncur dengan laju sampaila hujung bus stop..dalam hati "pak cik ni nak rehat atau nak amik penumpang? sbb skrg dah kul 1.30" xpe, tanya je la pak cik ni...

sampai depan pintu bus, ada student ni turun balik dengan muka terpinga-pinga..(dia salah bus kot)...naik la bus dgn ceria (al maklum, bulan puasa, tengahari panas, biasa muka semua dah kepenatan, tapi kira ok ape naik bus dgn ceria)... dgn gembiranya tanya pak cik(saje menyapa pak cik).. "pak cik, bus ni nak g pantai dalam ke??" pak cik pun jawab dgn 'stail' muka dibulan puasa.. "turun bus, tengok (papan tanda)" eerrrkkk?????? terasa diri mcm x pegi sekolah, tak tau baca papan tanda.... turun la balik dari bus tu... BETUL...memang ke pantai dalam... pastu naik lagi bus & cakap dgn pakcik tu " saya tau,tapi saya ingatkan pak cik nak rehat" hmmm..melangkah dgn perasaan malu + berjuta-juta soalan.. "SALAH ke TANYA???" nak di pendekkan cte, rupanya dah ramai yg naik bus, turun balik sbb tanya soalan yg sama...

sepanjang dalam bus, pujuk balik hati... salah agaknya tanya soalan tu... tapi ada satu benda yang terperasan... KAN LEBIH SENANG PAK CIK TU ANGGUK KEPALA DARIPADA KELUARKAN KATA-KATA YANG MEMENATKAN MULUT...(disamping agak merungsingkan hati yg bertanya..)....

sebenarnya...itulah kita... dalam keadaan hati kita panas, kita akan buat benda-benda yg sebenarnya merugikan kita sendiri yang mana bercakap pun akan jadi adalah lebih mudah daripada angguk dikala suhu hati meruap-ruap naik dgn mendadak.. :)

DIKALA SUHU HATI NAIK MENDADAK : apa patut saya buat???? (hehe)

tips 1 : istigfar, fikir, bertindak dgn rational

tips 2 : fikirkan kebaikan org tu sblm kita fikir buruk dia...
*sebenarnya pagi tadi pak cik ni yg bawak bus kul 7.30a.m... sejuk hati bila ingat balik pak cik ni amik pagi tadi...kalau dia x amik??? kan masalah besar nak g kelas...

tips 3 : bersangka baik...pak cik ni penat kot...nak melayan kerenah budak-budak UM yg macam2 gelagat...

(tapi sampai sekarang masih berfikir, adakah situasi ini bagi kesan kat student malaysia yg takut utk tanya soalan terutamanya yg kat dewan kuliah ni...hmm....)