apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Jumaat, 10 Jun 2011

rahmat ujian-bicara tuhan

subhanallah.. sungguh, ujian ini sangat berat.. berat bilamana kita meletakkan ujian hanya dengan makna "ya Allah, aku tak mampu".. tapi nikmatnya ujian tu.. hati terasa benar-benar lapang, benar-benar merasakan diri ini ibarat sebutir pasir, benar-benar merasakan setiap langkah dengan kalimah Allah,benar-benar merasakan Allah lebih dekat dari urat di leher.. benar-benar Allah sedang berbicara dengan ku..

bicara Allah yang bila difikirkan..

"kenapa ya Allah bagi aku ujian ini?"
"Allah tak sayang aku"
"sayang kah aku dengan Allah?"
"Allah tak adil dengan aku"
"adilkah aku dengan Allah?"
"Allah tak dengar doa ku"
"dengarkah aku dengan suruhan Allah?"

Allah sedang berbicara dengan mu..

Aku sedar kenapa ujian ini Allah bagi..
Aku sedar, banyak hak Allah aku tak tunaikan
Aku sedar hati ini belum benar-benar takut dengan peringatan Allah
Aku sedar
"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku"
belum sepenuhnya kerana MU
Aku tahu Allah...
kau sayang aku, kau menjaga aku, kau lihat aku
kerana doa aku
"jangan KAU tinggal aku walau sedetik"
maka ujian ini kerana
aku selalu meninggalkan KAU
berjuta-juta detik
tapi KAU
tak tinggalkan aku walau sedetik
Allah sayang aku
Allah rindu tangisan aku
Allah menjaga aku
Allah nak aku tahu
Allah sentiasa dekat dengan aku

itulah rahmat ujian
kerana tuhan sedang berbicara dengan hambanya

...ayuh,berbicara dengan tuhanmu, DIA rindu dengan tangisanmu..



Khamis, 9 Jun 2011

rahmat ujian- mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Isnin, 6 Jun 2011

Pantai Penyabong

Alhamdulillah, berkesempatan berkongsi mengenai hari keluarga sebelah mak. Kami berkonvoi 5 kereta dari Batu Pahat-Kluang-Mersing (29-30mei). Tiba di Pantai Penyabong kira-kira dah masuk waktu zohor, lunch,check in.

Oleh kerana dah start cuti sekolah, semua dah pakat mintak abah uruskan tempat, jadi chalet abah dah tempah 1 Mei, alhamdulillah tak ada masalah untuk cari chalet. Sebenarnya keluarga kami ni biasa tidur dalam khemah. Kata abah, jimat dan dapat rasa sendiri suasana berkhemah, tidur tepi pantai, dengar bunyi ombak, bangun pagi tengok air dah pasang dan juga melatih anak-anak lelaki ni berkawal..haha.. indahnya saat-saat dulu..dan kini juga =)

Kali ni kami sewa chalet atas permintaan ramai.. best gak ada shalet kan..

Destinasi kami di Pantai penyabong, if korang search kat google map, pantai ni dah nak dekat dgn sempadan Pahang. Berjiran dengan pantai penyabong ialah Tanjung Resang. Tanjung Resang ni ada memori tersendiri family kami. Sebelum dibangunkan jadi tarikan pelancong, tanjung resang destinasi utama hampir setiap tahun sbb pakej dia bagus.. pakej memancing, suasana yg aman (tak ramai orang), dan yang paling menarik ialalh ada sungai yang mengalir ke laut dihiasi dengan pokok bakau, timbunan batu-batu besar yang ada cik tiram =) .. Subhanallah... sangat indah ciptaan Allah..bagun pagi je, keluar khemah dah nampak air pasang, lepas solat duduk tepi batu tunggu matahari naik.. tapi skrg dah ramai orang kat tempat tu & dah ada orang buat chalet..

ok, berbalik cerita pantai Penyabong, kami sewa bilik standard=RM95. ada aircond, 1 katil besar, 1 bilik air, muat untuk kami 1 family, 6 orang..ok, jgn tanya kami susun bilik camne..hee...pandai-pandai la guna kebijaksanaan sbb katil tu ada 2 tilam kan... =)


Untuk family mak cik-mak cik lain diorg sewa bilik deluxe = RM150, ada aircond, bilik air & 2 katil besar.

So, after solat sume melepak sementara tunggu asar utk mendebush kan diri dalam air laut. tapi Allah kan lagi tau, kul 4 hujan selebatnya, jadi kami menikmati air kopi panas dan yg lelaki prepare peralatan memancing. Elok je lepas asar, hujan stop, langit cantik jadi semua pakat berendam air laut.

ok, apa keistimewaan pantai penyabong ni, dia ada 2 jeti, sesuai sangat untuk kaki pancing, pantai ni dilindungi pulau2 kecik, jadi ombak tu tak la besar sangat. Jadi bila ombak tak besar, baju tak banyak pasir.. jadi advantage pada kaum ibu, senang nak basuh baju yang tak banyak pasir. seriously, kalau ombak besar, pasir2 laut boleh masuk dalam baju & seluar hingga ke lipatan2 jahitan.ok, jgn tanya macam mana dia masuk =) air pantai juga sangat jernih, macam kolam mandi, boleh nampak kaki sendiri..


sebelah malam, aktiviti BBQ.. alhamdulillah menu satay, ayam, pechal sayur, nasi himpit. satay ni order yg belum bakar, ayam perap dari rumah. Jadi malam sesi membakar & makan. percaya tak, dengan hanya RM65.00 (untuk 1 keluarga-5/6 ahli) untuk makan malam dan sarapan pagi -set burger+roti + hot dog roti+ mee segera (kecemasan).. jimat kan.. jadi kalau pegi melancong dan sebagainya bawa bekalan makanan memang sangat menjimatkan =) dan kene mind set, melancong bukan bermakna bercuti dari menyediakan masakan untuk keluarga. sebenarnya, inilah waktu yg baik untuk mak abah melayan telatah anak..kan..

lepas subuh, dari chalet boleh tengok matahari terbit + dengar bunyi ombak sbb air pasang.. waktu-waktu mcm ni kan, sesuai sangat untuk muhasabah diri kita yg cuma sebutir pasir kat bumi Allah ni kan.. tapi Allah masih sayang kita bagi nikmat udara secara free...

lepas sarapan, kami bermandi manda.. sempat juga melayan kerenah sepupu yg semuanya masih bawah 12 tahun.."cikgu, cikgu...ajar la berenang"..haahaha... ni la nikmat ada sepupu yg semuanya kecik-kecik belaka..

kami bertolak pulang lepas zohor.. insyaAllah, pantai penyabong menyimpan memori indah kami 4 keluarga mengenal hati budi, berukhwah dan insyaAllah boleh dikatakan 'mengenali dia'.. sebab...

petikan dari saifulislam.com

Teringat saya kepada riwayat ibn Abi al-Dunya, bagaimana pada suatu ketika Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang lelaki lain.

Umar bertanya kepadanya, “engkau pernah bermusafir dengannya?”

“Tidak pernah,” jawab lelaki itu.

“Engkau pernah bergaul rapat dengannya?” tanya Umar lagi.

“Tidak pernah,” jawab lelaki itu lagi.

“Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya kamu tidak kenal akan lelaki itu!”

Bermusafir dan bergaul rapat itu adalah wasilah untuk kita saling kenal mengenal. Itulah khasiat di sebalik pengembaraan yang panjang tersebut. Perjalanan dengan segala kesukaran, cabaran, masalah, dan tekanan akan mengeluarkan wajah dan warna sebenar seseorang.

Itulah sebabnya Umar menilai bahawa selagi kita tidak pernah bermusafir bersama, atau bergaul mesra, malah dalam riwayat-riwayat yang lain, diletakkan juga soal memberi amanah kepercayaan, berurusan berkaitan duit, maka selagi itulah kita belum layak mendakwa, “aku mengenalinya”.

selamat bercuti, rancang budget & perjalanan.. destinasi tempat nak bercuti sebenarnya bukan penting sangat kan, yang penting matlamatnya, meluangkan masa yang berkualiti dengan keluarga

untuk bacaan lanjut, boleh tanya pak cik gogle atau try link ni:


p/s: gambar-gambar semua dari pak cik google sbb kami dah simpan gambar dalam memori... =)


Khamis, 2 Jun 2011

bengkel LM

Alhamdulillah, fak sains anjurkan bengkel LM sempena melengkapkan misi cuti sekolah =)
Seriously, bukan seronok apa pun datang bengkel-bengkel ni kan, tapi memang seronok sebenarnya. harini slot motivasi kendalian HUSHIM consultant.

iya.. Tn. Hj Hushim yg selalu kat tv3 slot motivasi pagi kul 6.30a.m. Alhamdulillah, jumpa juga orangnya depan mata =)

slot pagi dikendalikan anaknya, En. Fauzan yg lebih kepada cara komunikasi. apa sebenarnya komunikasi? komunikasi-untuk mendapatkan respon. Kalau kita cakap dengan dinding, mestilah tak ada respon kan? jadinya, bercakap dengan dinding bukanlah satu bentuk komunikasi.Ada 2 bentuk komunikasi, lisan & bukan lisan,dan sebenarnya lebih 70% manusia gunakan komunikasi bukan lisan.

CARA KOMUNIKASI

1)visual (gambaran) - "Look at this picture"
2)kinestatik (perasaan) - "I ask you, can you feel me"
3)orditary (dengar) - "Listen to what I said"
Jadi, seseorrang guru perlu tahu apa jenis komunikasi yg paling sesu
ai untuk gunakan dalam sesi P&P. sebenarnya bukan guru je, sapa2 pun boleh =) untuk anak-anak 4MPV1 lebih kpd visual & 4P2 lebih kepada orditary.

JARAK KOMUNIKASI - 1 kaki setengah

PANDANGAN (eye contect) - pandang pada hidung, menandakan kita respect pada seseorang, owh.. bukan pandang mata ya

INTONASI
berdasarkan kepada teori PAC
P- parent
A-adult
C-child

penggunaan intonasi adult(dewasa) adalah yang paling sesuai bila komunikasi dengan student, kawan-kawan & urusan-urusan rasmi/ tak
child ni biasanya sesuai utk pasangan- iya, org yg berpasangan dan bukan kepada kanak-kanak tadika!!
intonasi parent sesuai untuk parent kepada anaknya, dan bukan anak kepada parentnya ya...
Allah dah bagi tau awal-awal sebelum manusia cipta teori ni kan..jom check tafsir =)

Al-Isra: 23-24

Tau tak kenapa Salleh Ya'acob senang-senang je kawin 4? haha.. sebab dia pandai susun ayat..eh, ni penceramah cakap..

bahasa penyusunan ayat ni dipanggil HIERACKY OF IDEAS

ada 3 element penting:
1) chunking up
2) chunking down
3) lateral

contoh situasi: suami balik lewat, isteri tanya "abang pe
gi mana, kenapa balik lambat?"

suami jawab
chunking up : "mana ada lambat, 10 minit je, abang kan keje, cari duit untuk awak juga kan.."
chunking down : "baru lewat 10 minit awak dah beb
el. awak tau tak saya ni keje, cari duit, balik-balik awak dah bising, bingit la"

isteri respon
chunking up: "iya, saya tau abang cari duit, lain kali jangan lambat ya.."
chunking down: "eleh, ntah-ntah abang dah ada perempuan lain kan.. jangan bohong saya la"

selepas situasi chunking up/ chunking down barulah penggunaan literal. senang cerita, literal ni mcm lebih kepada alternatif lain dalam komunikasi. dis
ebabkan isteri ni bagi respon chunking down,suami pun guna lah literal ni nak bagi alternatif lain.cth:

literal: "ish, mana ada, tayar saya pancit tadi kat jalan, saya tunggu mekanik datang, lambat"

paham ke? insyaAllah faham-fahamkan lah ya...

Slot petang dengan Tn. Hj Hushim,

p/s: abaikan si baju oren

Tn. Hj banyak sharing pengalaman di kat sekolah, guru tak bermotivasi, politik sekolah,.. macam-macam la..mmg itu lah hakikat suasana sekolah, bukan tentang murd je, tapi cikgu juga..

antara tips:
-jangan berkira dengan tugas yg ada..
-guru perlua ada kekuatan mental
-ketahanan emosi
-tahu uruskan kemarahan,uruskan emosi
-minat dengan manusia
-seronok mengajar
-ada keikhlasan
-stay dalam kumpulan cikgu2 yg bermotivasi
-guna pendekatan kognitif, bukan pendekatan emosi
-jadikan tugas sebagai cabaran, bukan beban
-perlu ada sentuhan dengan pelajar (sama jantina) di bahagian bahu, siku

..dan banyak lagi.. handout yg dia bagi pun tak habis baca lagi..

insyaAllah, orang-orang hebat ni bertindak macam enziim untuk bagi kita motivasi kan, tapi semuanya berbalik pada kita, sbb motivasi yg terbaik tu motivasi intrinsik (dalaman)

esok, insyaAllah slot dengan guru pakar Matematik.. jumpa lagi..insyaAllah

cikgu haifa,
iman villa,
pantai permai,
10.07p.m,
02/06/2011

Jumaat, 27 Mei 2011

27 - MEI - 2011


it's SMK SERI PERMAISURI TEACHER'S DAY!!!

alhamdulillah, pertama kali menyambut hari guru, tapi sedikit berdebar dan berharap tentang kes persembahan guru baru (post :26 mei)

suasana sekolah memang tak terlepas dari hedonisme. Dulu saya cukup marah dengan persembahan yang merapu semasa hari guru. kini lebih
hebar cabarannya, saya marah dalam kondisi saya seorang guru.. ya Allah, sejauh mana pun saya tersenyum, mmg tak dinafikan akan terlihat juga wajah kemasaman+protes saya dengan persembahan yg ada.. dah berniat nak melarikan diri, tapi tengok ustazah steady, tahan & geleng-geleng kepala, saya pun cuba untuk tahankan

diri. nanti apa pula cikgu-cikgu lain kata.

tapi insyaAllah, satu masa nanti teringin melihat perubahan dalam sambutan hari guru.. tapi perubahan yang macam mana ya? yang pasti bukanlah tarian lagu wonder girl. :(

alhamdulillah, oleh kerana masa tak berapa mengizinkan, persembahan cikgu-cikgu baru hanya tayangan video, subhanallah, syukur, alhamdulillah.. cikgu-cikgu pun ada yg bertanya "eh, kata persembahan guru baru, mana gurunya, tak naik pentas p
un" saya diam & senyum =)
thanks ALLAH..

sambutan hari guru berakhir sekitar jam 1 dan cadangan mural diterima oleh cikgu farrah. peralatan untuk buat mural semua dah settle, hanya tunggu kunci dari pembantu makmal.. alhamdulillah, soft & smooth kan.. =)


S1:(seorang yg sangat serius dalam kelas dan sukar untuk senyum, hampiri saya selepas habis majlis sambil tersengih) : cikgu, selamat hari guru

cikgu: terima kasih emirul.. ni adik awak ke?

S1: iya, muka sama kan? (sambil pegang bahu adiknya, mungkin form2)

cikgu: sama (dalam hati, sweetnya adik & abang ni, sungguh akrab)


p/s: insyaAllah hujung minggu ni balik untuk berkhidmat dgn mak abah.. =)

cikgu haifa,
iman villa,
pantai permai,
11.09 p.m
27/05/2011

26 - MEI -2011

ini update utk 26 mei..

harini semua student dah habis exam..baru nampak suasana sekolah sebenar..semua macam dapat suntikan hiperaktif..kebanyakan kelas tak ada student..heeee... kebanyakannya terlibat dengan persiapan sambutan hari guru..

kelas 4MPV1 pun sama juga gayanya..anak-anak lelaki dan perempuan berkerumun melihat student lain sedang berlatih tarian.. berkeras juga arahkan mereka masuk ke kelas, malu juga cikgu dibuatnya mengintai anak-anak perempuan berlatih...

kelas math tak berapa berjalan dengan baik dan mereka mengadu suasana yang terlalu bising menggangu tumpuan dalam kelas.. iya, tak dinafikan mereka juga sedikit tertekan dengan kondisi dimana pelajar lain berseronok berkeliaran, tapi mereka perlu belajar math..apakah??? pasti saya ditempat mereka juga 'panas' dgn kerenah cikgu yg begini.

oh anak-anak, situasi semalam sangat membantu cikgu dalam memahami kalian. iya..iya.. kamu 'panas' namun mudah juga memujuk kalian ya, dengan sedikit lawak santai, anak-anak boleh kembali normal..iya, untuk beberapa minit sangat memadai..
haha...kamu memang sangat unik...

selesai melayan kerenah anak-anak 4MPV1, melayan kerenah cikgu-cikgu yang handle persembahan sambutan hari guru. Adat bekerja, pasti ada konfliknya. Disini konsep perli memperli berlaku bilamana latihan persembahan guru baru tak dapat dijalankan sbb ramai yg ada komitmen lain. jadi? kami la yg menadah telinga..heeee...sedikit 'panas', but it's ok kan. nama pun cikgu praktikal, kami budak baru, kami belajar =) tahniah kepada kak renn, timo & tiah yg always positif dgn situasi.. dan saya? sibuk menyiapkan KKD untuk mural sekolah..

sepanjang malam berdoa "ya Allah semoga persembahan esok tak payah buat senaman si tommy, just tayang video je"

pengajaran:
1) comfort with differences
2) bertanggungjawab dlm setiap hal, org lain sibuk? kita pun sibuk.. saling memahami
3) saya tak akan amik hati dengan org lain, iya..azam pada diri.. anda semua sungguh cute bila streess.. =)
4) bagi student rehat-rehat & santai lepas exam lebih baik kot dari streess dgn surrounding yg tak membantu

p/s: ini lah yag dinamakan sosiologi persekolahan, subjek yg kene amik 3rd year dulu

persoalan : adakah senaman si tommy dibuat dalam persembahan guru baru, ataupun tayangan video sahaja? nantikan episod 27 mei...

"ya Allah, lindungi kami dari perkara yang sia-sia"


Rabu, 25 Mei 2011

25 - MEI - 2011

alhamdulillah...syukur masih diberi nikmat iman dan bernafas dengan percuma. walaupun kadang-kadang apa yang berlaku sangat menyesakkan dada, tapi Allah kan ada. dan untuk merasakan Allah itu ada, bukan mudah seperti mengatakan Allah itu ada dan dekat dengan kita.. =)

untuk anak-anak kelas 4MPV1, harini ada sesuatu istimewa untuk mereka.. kami buat kelas kraftangan.. dipendekkan cerita seperti buku diary. atas nasihat kak ja untuk beberapa tips, diary mungkin ada manfaatnya.

Hari ini kami mula dengan ulangkaji soalan exam & teruskan dengan buat buku diary yg simple. Anak-anak perempuan, aisyah damia, syuhada, syahida.memang itu yg mereka minatkan. melukis & mewarna. tak kurang juga anak-anak laki. Zainal & adenan boleh diam & khusyuk dengan lukisan muka depan diary. alaxender, chi peng, mun onn juga tak kurang hebatnya walaupun tak mahu diajak duduk berkumpul dengan anak-anak lain.

mereka tergelak bila disarankan untuk meluahkan perasaan dalam diary.
"cikgu, tulisan saya tak cantik" - jangan merendah diri...
"cikgu, saya tak tau nak tulis apa" - kamu boleh tulis kalau kamu tak suka saya (bergurau)
"cikgu, cikgu tak baca diary saya kan?" -cikgu baca (cakap dalam hati)

diary akan diberi 10 minit sebelum kelas berakhir dan dikutip selepas habis kelas math.

moga usaha ini ada manfaatnya, insyaAllah..

S1: cikgu, nama cikgu nurhaifa aniqah kan..saya tengok kat kotak pensil warna cikgu. maknanya cikgu dah nikah kan?

p/s: kandungan diary dirahsiakan dari pembaca..peace!!

dikantin guru,
cikgu (P) : cikgu, baju koprat ni mcm tak sesuai sangat la untuk cikgu perempuan, sbb dia pendek.
cikgu (L) : eh, sesuai la. cikgu perempuan lengan panjang. cikgu lelaki lengan pendek.
cikgu (P) : a'ah, lengan panjang. tapi dia pendek tak sampai bawah (sambil menunjukkan aras atas lutut)
cikgu (L) : oh, sbb cikgu ni mcm ustazah sikit, style pakai pun lain.

cabaran kerja... lindungi aku ya Allah

cikgu haifa,
iman villa,
pantai permai,
6.50 p.m
25/05/2011