apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Rabu, 23 Februari 2011

latihan mengajar

Alhamdulillah, notis latihan mengajar dah keluar..
insyaAllah akan mula 16 mei (hari guru) hingga 29 julai..
sempat juga ber fb dgn cikgu fizik yang paling disayangi..cikgu jamaliah talib & beliau antara sumber insprasi hingga ke saat ini..

tips dari cikgu JT:

"pertama kawal kelas dulu then tau ape yg nak diajo ,ape yg budak tu patut tau, senang ckp ape objktif.pas tu fikir sikit..ape step2 atau contoh , nak gain idea..guna power point bagi jelas..ckp sebiji-sebiji bagi jelas...kalo ade kiraan tunjuk langkh langkah perlahan-lahan -bulan lima tntu chp 3 and 4 ..gud luck haifa saje je tu haifa tanya sebenornya dah ready....hehe"

hehe...ready??? insyaAllah..paling penting bersedia dan jelas, menjadi pendidik adalah alat dan yang utamanya adalah matlamat..

pesan kak ayuni, senior saya yang dah ditempatkan mengajar di JB:

"mudah-mudahan..buat yang terbaik untuk praktikal..setiap ruang bersama anak didik adalah dakwah..kita mata rantai perjuangan Rasulullah saw..setiap ilmu perlu dikaitkan dengan fitrah keindahan pencipta..go haifa go! :D "

semoga Allah permudahkan urusan ini..amin..doakan saya... =)

Sabtu, 19 Februari 2011

mati, dai'e,hosni,PRK = qadar

sekarang mood nak kongsi dalam blog dgn ayat pendek & guna kaedah 'discovery learning'.. hoho, maksudnya, nak tahu lebbih lanjut, boleh la search sendiri or tanya kepada ahlinya..hehe.. (kejam, tapi ni antara kaedah pembelajaran berkesan)- bagi yang membaca untuk belajar..heh

"Dan kami tidak mengutus sebelum engkau (Muhammad) melainkan orang laki-laki yang kami beri wahyu kepada mereka, maka bertanyalah kepada orang yang lebih berpengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43)

Antara input fasa akhir usrah ni, kami cover tauhid fasal 16: beriman kepada Qadar..

contoh situasi:

Masa kematian di tangan Allah, tapi cara kematian pilihan kita.NEVER said : memang dah ditakdirkan orang tu mati sbb bunuh diri.. tapi sebenarnya org tu mati bunuh diri atas sebab pilihan sendiri.

takdir ada 2 jenis:
1)takdir baik
2)takdir buruk

cuba utk koreksi diri...
takdir buruk bila malas nak buat usrah, so tukarlah pada takdir baik untuk rajin buat usrah (dai'e-daie, rajin x?)

takdir baik sbb bangun jam 4.00 pagi, so JANGAN lah tukar pada takdir buruk dgn menarik selimut dan zzzzz dengan jayanya... (dai'e-dai'e, tarbiyah dzatiyah jaga x??)

nak contoh lagi???
Memang akan tiba masanya hosni mubarak akan undurkan diri, tapi dia sendiri yang pilih undur diri sebab rakyat tak suka!!!

nak contoh lagi?? -pasal jodoh?? hoho, search la sendiri ek, xbrapa pakar bab jodoh ni (ye ke?)

ok, skrg ni memang dah ditakdirkan mmg TAK akan blaja KAEDAH MATEMATIK (FZ) dalam kelas sbb kes yg aritu, so... kene usaha lebih belajar sendiri, jumpa lecturer... awal-awal dia dah pesan

"we are muslim.muslim work for the best, not for the grade C"- DR. abdur rahim okhunov

iya, mengambil semangat pemuda mesir ada baiknya juga...

sekian utk post kali ni.. selamat menguandi.. (musim pilihanraya kampus-PRK)

p/s: bab PRK ni, hai...mmg kene la pandai nak undi siapa..blurr juga bila calon bagi manifesto, tengok penglibatan dia, wah aktif..setiausaha pesta tanglung, ajk ihya ramadhan..kak calon, kenapa tak ajk pesta tanglung, setiausaha ihya' ramadhan??? hehe... memang takdirnya dia join pesta tangluang & ihya ramadhan, tapi dia yang pilih nak posisi kat mana..kan??

dan juga... menanti -nanti calon penggerak ziarah kami warga luar kampus .. ada ke?

Isnin, 7 Februari 2011

cuti seminggu mengajar diri untuk bermuhasabah dan mendidik diri dgn kata-kata mak;

"adik, tetamu yg datang itu pintu rezeki"

iya, hidup bukan untuk diri sendiri dan ahli keluarga sahaja.

dan kata-kata mak akhirnya terbukti dengan berita yg baru diterima

rezeki, Allah yang bagi..


Isnin, 17 Januari 2011

11 hari lagi nak balik - erti syukur

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa

Ahad, 16 Januari 2011

pisang shah




24 tahun sudah..
17 januari, hari dimana untuk mengingat kelahiran kamoooo...
tapi paling dekat untuk ingat mati
heh..suram pulak


ok, ini ialah abang kandung yang namanya macam perempuan (orang kata)
Mohd Haninafisha bin Kamson
belajar di UM juga, kejuruteraan awam
impian kami ialah grad sama-sama
huhu, terharu sangat bila dia kata "kita mesti grad sama-sama"
dalam kondisi saya yang tak menentu,
ok, kita usaha!!!!

sem ni rasanya agak sedih, sbb ini sem terakhir kami kat KL
iyalah, hidup berdikari adik-beradik kat tempat orang
pernah merempit sama2
pernah tersepit pintu LRT di KLCC
pernah berkongsi makanan sbb dia stay kolej yg xda makan
pernah topup menopup
pernah susah 'kering' sama2
pernah tertinggal bus untuk balik hari raya aidilfitri
pernah kene gossip disangka pasangan kekasih (haishh...)
pernah juga 'dingin' (masakan lidah lagi tergigit)
jatuh, bangun kita sama-sama
tapi itulah, air dicincang, insyaAllah tak kan putus...

ini sahaja abang kandung yg saya ada,
dulu, kini dan selamanya
walaupun tak dipanggil abang (panggil nama aja)
tapi insyaAllah, satu hari nanti doa saya akan termakbul
melihat pintu hatinya diketuk dgn kebenaran
insyaAllah, aku kene usaha lebih...

Allah, jagai dia, ajari dia, sayangi dia, ingatkan dia,
Allah, biar dia susah,
asal hatinya dengan MU..
biar dia senang setelah melihat kebenaran itu..

"selamat hari lahir, abang"

Sabtu, 15 Januari 2011

tutuplah nak...

anak perempuan, kalau sayang abah, tutuplah
adik perempuan, kalau sayang abang, sayang adik lelaki, tutuplah
ibu, kalau sayang anak lelaki, tutuplah
isteri, kalau sayang suami, tutuplah

tutuplah ia,
ia sangat berharga,
ibarat mutiara,
ia sangat bernilai,
sangat murnii,
jaga sucinya..

lelaki-lelaki!!!!
tegur saudara perempuanmu..
suruh dia tutup
suruh dengan sayang
bukan dengan tangan melayang

lelaki-lelaki!!
kau tak sepatutnya ambil gambar saudara perempuanmu
yang tidak sempurna tutupnya
terbuka sana-sini
terbuka untuk pameran
pameran percuma di FB
pameran tanpa nilai
iya, ini dia si cantik jelita
sila lihat, sila tengok..
cantik bukan....

kau bakar diri sendiri
diri wanita itu
oh ya,diri orang lain juga!!

kau sedang tidur, dan mungkin akan terjaga pabila mati

sedih, tengok ayah2 ambil gambar anak perempuan, tayang kat FB, posing tahap tak boleh tahan, tapi ayah sedar tak, ayah kata sayang anak, tapi sebenarnya tak..

*mereka mungkin sedang diuji, ia, kita juga pasti akan diuji*

biar benar??


"Maka itulah Allah, Tuhan kamu yang sebenarnya, maka tidak ada setelah kebenaran itu melainkan kesesatan. Maka mengapa kamu berpaling (dari kebenaran)?
(Yunus:32)

"Dan katakanlah "kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap"
Sungguh yang batil itu pasti lenyap"
(Al-Isra':81)

Kebenaran itu adalah Allah, yang bersifat kekal
kebenaran itu disampaikan oleh nabi dan hidayah itu milik Allah
Allah memberi kesedaran, fitrah kita sebagai manusia untuk mencari kebenaran
Kesedaran terhadap kebaikan dan keburukan,
namun kita sendiri yang memilih untuk baik atau buruk.
Apabila seseorang itu telah menemui dan mengakui kebenaran, maka kebatilan itu akan tertolak

kebatilan ibarat buih-buih yang menutupi air dilautan, kebenaran akan tertegak dengan perginya buih-buih kerana kebatilan itu tidak kekal, yang kekal hanyalah kebenaran


Alhamdulillah, sedkit intipati Daurah Manusia dan Kebenaran yang dikupas dari buku karya Yusuf Qardhawi. Sepanjang daurah, teringat kisah-kisah lalu bagaimana diri ini menemui kebenaran yang dicari. iya, hampir 5 tahun mencari sesuatu yang hilang, mencari jawapan pada persoalan, memenuhi sesuatu yang kosong, hingga tiba saatnya, benar, hidayah itu milik Allah.
Betapa puasnya menemui kebenaran, bertambah manis dengan hidayah Tuhan.

aku yakin jalan ini, jangan aku dipaling setelah kutemui kebenaran
Ya Allah, tetapkan hambaMu dijalan ini
walau diuji, itu kerana sayangMU
juga kerana dosa-dosa ku

~aku tidak mahu menjadi manusia yang tidur dan hanya akan tersedar apabila mati~


aku yakin,
"wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah,
nescahaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu:
(Muhammad:7)

yakinkah anda??
(tepuk dada, tanya iman)