apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Jumaat, 15 Mac 2013

Jom, bertindak seperti yang kita doakan!!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, moga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk yang membaca. Terfikir-fikir nak share kat tempat lain, tapi..tapi..tapi... rindu pada blog..

Setiap dari kita yang mengimani adanya Allah yang menjadi tempat kita berharap, pasti tak pernah putus berdoa. Hidup tak bernah putus dengan mengharap padaNYA.. Dan kita sedar, boleh jadi apa yang kita mahu bukan terbaik untuk kita dan boleh jadi yang kita tak nak itulah yang terbaik untuk kita.


"Ya Allah, aku redha dengan (.......)  yang kau tetapkan buatku"

"Ya Allah, berilah kekuatan padaku dalam mendidik anak-anak.. ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ku dalam mentarbiyah diriku"


"Aku mohon ya Allah, walau apa pun ketetapan/ujian yang kau beri pada aku, tetapkanlah aku dijalan dakwah ini"

"Ya Allah, denganMU aku hidup..dengan Mu aku mati..tetapkanlah aku di jalan ini.. Bantulah aku menjadikan hidup & matiku untukMU."

"Ya Allah, sekiranya ia baik untuk aku dekat padaMU, permudahkanlah ya Allah...Sekiranya tidak, tutupkanlah pintu hati ini ya Allah."

"Ya Allah, ada atau tidak..berilah kekuatan padaku untuk kekal dalam jalan ini."

Dan apa yang berlaku lepas kita berdoa boleh jadi selari dengan apa yang kita harapkan, dan boleh jadi tak seperti apa yang diharapkan..
Saat itu, hati terasa sedih  sebab bukan yang diharapkan..
Tapi selalu kita lupa, dalam doa juga kita dah kata "Ya Allah, aku redha dengan (.......)  yang kau tetapkan buatku"

Kan? kata dah redha, tapi susahnya nak buang sedih tu..
Jadi kadang-kadang tindakan kita tak seperti yang kita doakan.. KAN??

=) tak apa... memang itu pun sifat manusia.. ada rasa sedih.. 
tapi cepat-cepat ingat semula..

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allahjua yang Maha Mengetahui (semua itu(, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah :216)

kan? mesti gembira semula..

Belajarlah untuk redha.. Tak layak kita sebagai hamba yang tak ada apa-apa nak kecewa dengan apa yang Pencipta kita dah tetapkan.. Yang mencipta lebih tahu dari apa yang ada pada diri kita..

"Dia mengetahui segala yang ada dilangit dan dibumi dan dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan sta yang kamu zahirkan dan Allah sentiasa mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada" 
At Taghabun :4

Berjalanlah dengan penuh harapan
Walau hati tak selalu bahagia
Sedekahkanlah satu senyuman
Walau hati tak mampu bertahan
Belajarlah memaafkan walau diri terluka
Berhentilah memberi alasan
Walau ingin menyatakan kebenaran
Hiduplah dengan iman
Walau hari dipenuhi dugaan
Berpeganglah kepada Allah
Walau dia tak kelihatan


DIA ada kat mana-mana..
DIA dengar..sentiasa..
Jangan sedih..
DOA je.. =)

Rabu, 6 Februari 2013

Aku mahu disini

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, bulan ni dah masuk 5 bulan mengajar di Al-Amin, bumi tarbiyah. Mentarbiyah dan ditarbiyah.
Sungguh,hanya  untuk yang berlapang dada akan rasai kemanisannya.

Jujurnya, siapa nak gaji lumayan, Al-Amin bukan tempatnya. Tapi, siapa yang nakkan keberkatan dalam setiap langkah memang inilah pilihannya. Bekerja 2 dalam 1. Segalanya tak lari dari tarbiyah.

Alhamdulillah, muallim & muallimah yang sangat soleh & soleheh. Sangat menjaga pergaulan, sangat bersangka baik, sangat menjaga amanah & juga sangat 'hensem' & 'cun'. Maksudnya... sangat beriman.

Alhamdulillah, rasa sangat tenang. Maaf sangat, tak dapat nak terangkan ketenangan yang macam mana. Saat kerja banyak mencurah-curah, musolla tempat istirehat terbaik. Dhuha, zohor & asar tempat mengadu segala penat lelah.

Banin & banat, pelajar Al-amin Bangi..pewaris perjuangan nabi.. Mereka-mereka ni lah yang mengindahkan lagi sekolah. Adab, sopan budaya, pakaian, senyuman, salam & sapaan menjadikan saat-saat sentiasa indah kat sekolah. Merekalah yang menjadi perantaraan didikan dari Allah. Rasa sangat kerdil, walaupun seorang guru. Ya Allah, jagailah mereka.



Tapi, perasaan sekarang??? Seminggu ni sangat berdebar-debar.. rasa nak nangis, rasa nak peluk semua banat, rasa nak peluk pengetua yang sentiasa menyejukkan hati. Rasa nak peluk semua muallimah. rasa nak cakap kat mak.. "Mak, nak duduk sini. Mak, tak nak posting.".

Ya Allah, aku bukan nak bersedih dengan berita gembira bagi orang lain.

PEMAKLUMAN URUSAN TEMU DUGA KEPADA GRADUAN PENDIDIKAN LULUSAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2012 

Bagi graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bergraduat pada tahun 2012 dan graduan pendidikan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012, urusan temu duga pelantikan ke jawatan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 akan dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari 2013 hingga 27 Mac 2013. Semakan mengenai tarikh dan pusat temu duga boleh dibuat melalui portal Suruhanjaya di www.spp.gov.my mulai 15 Februari 2013. Muat naik pada 6 Februari 2013

Ya Allah, yang aku pasti... Disini tempat aku kenal denganMU, tempat aku merasakan adanya Allah dalam setiap langkahku, tempat aku merasakan penuh ketenangan, tempat aku sedar tanggungjaab sebenar aku diciptakan.

Terima kasih Allah, atas nikmat ini..

Ya Allah, aku punya hak ibu bapa yang perlu ditunaikan.. 
Aku sedar, bukan hanya keinginanku yang perlu diturutkan..
Aku sedar, gaji yang menanti penuh lumayan..
Tapi ketenangan disini yang aku dambakan..

Ya Allah, segalanya kuserahkan padaMU..
Tempatkanlah aku ditempat yang terbaik..
Tempat yang aku mampu membina imanku,
Tempat yang aku mampu mentarbiyah zuriatku,
Tempat yang aku mampu mencurahkan segala fahamku,
Tempat yang aku mahu sentiasa rindu padaMU.

Di hati ini ya Allah, aku mahu disini..

~mohon doakan yang terbaik =(

Rabu, 29 Ogos 2012

Ramadhan-Syawal, KL-Bangi

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, Ramadhan berlalu dengan seribu satu kenangan.Minggu ke 2 dan ke 3 Ramadhan Allah bukakan pintu rezeki. Minggu ke 4 Ramadhan Allah uji dengan kesihatan pak cik. Dan segala yang berlaku semuanya atas aturannya. Ramadhan penuh kenangan, Masjid Putrajaya. Ramadhan penuh kenangan di Iman Villa. Ramadhan penuh kenangan di JKA. Ramadhan penuh kenangan di UM.

Syawal kali ni ada kisah tersendri. Raya pertama tanpa nenek. Nenek di KL menemankan pak cik. Raya ke 3 penuh debaran, dan raya ke 5 satu langkah lagi kami sekeluarga kehadapan. InsyaAllah..

InsyaAllah, September ini akan memulakan amanah baru sebagai mua'llimah di Bangi. Mua'limah panggilannya. Moga amanah yang dilaksana semampu panggilannya. Ya Allah mudahkanlah urusanku.

InsyaAllah juga Oktober ini family akan berkumpul di KL. Semoga semuanya mengikut aturan yang terbaik.

Iman Villa, hanya bagi yg hidupnya rela dididik oleh orang-orang didalamnya. Hanya yang rela sahaja rasa kemanisannya. Yang memandang fizikal, memang kosong hasilnya. InsyaAllah, tempat berteduh selepas ini akan disuntik semangat baru. Mampukah?

Bangi.. Khidmatku disini.

~Di Syawal rindukan Ramadhan~

Ahad, 5 Ogos 2012

roda atas bawah

Separuh daripada Ramadhan dah berlalu. Ramadhan 1433H kali ni banyak benda-benda baru yang terjadi. Mula dengan daurah BM, interview cikgu PASUM, jadi baby sitter utk kak maria, klinik Quran,kereta Mus'ab k.reen yang rosak, jaulah dgn k.reen naik pengangkutan awam, IRIS kat shah alam dan malam ni kekalahan chong wei.

Setiap peristiwa ada maknanya yang tersendiri.

Tapi itulah hakikat hidup. Ibarat roda. kadang kat atas, kadang kat bawah.

Haifa, jangan pernah sekali terlintas dihati "it's unfair"



Hidup bukan tak adil. Semuanya adil sebab pentadbir sekalian alam ni Allah.

Kita manusia yang cakap hidup ini tak adil adalah manusia yang bergembira dengan kesenangan, dan mendongak keatas dengan keperitan. Walhal senang & perit tu semua datang dari atas.

Perit datang bila waktu senang tak mendongak.

Jadi kenapa perit masih datang walaupun dikala senang kita masih mahu mendongak?

Itu kerana yang diatas amat suka sekali melihat kita mendongak kepadanya.

Istimewa bukan?


sila baca di link bawah utk fahami istilah dongak-mendongak. Saya suka!!

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=167085423427303&set=a.113054632163716.14184.100003775402722&type=1&ref=nf

p/s:
3 buku dlm Ramadhan kali ini:
- Dosa menyekat pintu jodoh & cara membukanya
- Tuhan untuk semua
- PROPHETIC parenting (cara nabi mendidik anak)

mungkin dah masanya nak fikir secara serious, tak pasti.. mungkin lepas habis baca semua buku ni..

Ahad, 29 Julai 2012

DBM 1

" If you want to go fast, you go alone, If you want to go far, we go together" 

Khamis, 5 Julai 2012

tayar ganti?

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0706&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm


Orang yang faham dengan konsep syura insyaAllah tidak akan menggunakan istilah tayar ganti. Kemampuannya untuk mentadbir bukan hanya atas kekuatan diri sendiri, tapi pemikiran, prinsip, dan mereka yang mendokongnya mungkin 40 tahun lalu sejak penglibatannya dalam IM. Negara yang sukar disatukan kerana idea pemerintahan IM? Sejarah nabi telah membuktikan bagaimana piagam Madinah menyatukan semua.Dengan mengikut garis panduan Al-Quran dan As-Sunnah, insyaAllah tidak memustahilkan berlakunya penyatuan.Islam syumul untuk semua. [Maaf, pandangan tidak selari dengan penulis.]



Ahad, 24 Jun 2012

Allahu Akbar, walillahil hamd!









Apabila datang pertolongan Allah, maka berbondong-bondonglah manusia yang masuk ke agama MU. Melihat keindahan islam itu sendiri, melihat kemengan itu sendiri, melihat susuk peribadi ikhwan itu sendiri. Maka, tanyalah pada diri kamu, adakah kamu mahu menjadi manusia yang berbondong-bondong masuk ke agamaNYA atau kamu mahu menjadi manusia yang mengajak masuk ke agamaNYA.

Saat ini, kemenangan Ikhwan itu pasti. Namun saat kemenangan yang benar-benar pasti akan tiba. 
Saat dajjal tiba bersama 70,000 bersama orang Israel, saat hari kiamat, saat penentuan antara hak dan batil
Namun, ketika saat itu, dimanakah kita? yakin dengan akidah yang dibawa? mahupun terfitnah dengan dunia.

Harinya makin dekat, bagi mukmin yang sedar hatinya.



Alhamdulillah, kemenangan Dr Morsi sbg presiden mesir bakal membawa perubahan bkn sekadar politik di mesir tapi diseluruh dunia..

Segalanya masih awal. .
tapi aku cukup yaqeen. . .
bahawa GELOMBANG INI gelombang akhir
yg Allah &RasulNya sebut dan ulang
Bahawa gelombang perubahan yg akan 
memayungi alam
Tidak dapat dihalang. . .
Kerana Allah yg menghendakinya

buat kali terakhir
sebelum tiba hari kehancuran. . .
lihat. . . .! semua isyarat kecil & besar
Allah telah bentang & dedahkan
hanya mukmin yang sadar
akan faham akan fenomena Alam yg telah direncanakan. . .

ku amati dua ulasan yg mendalam. .
Dr Yusof Qardhawi dalam bukunya
Rome ke dua hancurnya di zaman ini. .

Sheikh badie mengulas kehinaan Israel dlm surah Israk ayat 7
juga tak lama lagi. .

Ayoh kita lihat. .sebahagiannya lagi . .yg berlaku di sini. . 
1987 bila Al Quran diangkat dari mushaf. . .
kami warga SAMTSH jd saksi. .
dikata silap cetak. . .
Pakar Astronomi pula membuktikan
kebenaran dlm surah Ar Rahmaan
Langit sudah mula terbelah
bila tanda bagai mekar mawar ditemui diufuk langit. . .
Aaaaaghh. . .Allah Maha Benar segala janjinya. 

2004 Tsunami Aceh ganas membadai nusantara
Itu permulaan berterusannya tsunami , gempa dan gempa di seluruh benua. .

Israel sudah membena tembok Khaiber
menjadi penjara terbesar di dunia bg palestina
mereka sudah berkumpul di sana
Tasik Tiberia sudah semakin surut . .
bukankah dikata bila Dajjal keluar dari perutnya
akan diiringi 70,000 orang israel. . ? ?

ditanah yg dijajah . . .
ditanam sudah pokok gharqad. .
buat pelindung dari musuh. .

saat penentuan antara hak dan batil
bagi Allah ia sangat dekat
hanya mukmin yang ikhlas akan sadar
bahawa dunia ini dalam perjalanan
di titik akhir yang hampir

ya Allah jadikanlah
aku seorang dari saksi kebenaran ini. . .
sehingga ku genggam dlm kerdip
saat bertemuMu. .

Aminnn. . .