Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, Ramadhan berlalu dengan seribu satu kenangan.Minggu ke 2 dan ke 3 Ramadhan Allah bukakan pintu rezeki. Minggu ke 4 Ramadhan Allah uji dengan kesihatan pak cik. Dan segala yang berlaku semuanya atas aturannya. Ramadhan penuh kenangan, Masjid Putrajaya. Ramadhan penuh kenangan di Iman Villa. Ramadhan penuh kenangan di JKA. Ramadhan penuh kenangan di UM.
Syawal kali ni ada kisah tersendri. Raya pertama tanpa nenek. Nenek di KL menemankan pak cik. Raya ke 3 penuh debaran, dan raya ke 5 satu langkah lagi kami sekeluarga kehadapan. InsyaAllah..
InsyaAllah, September ini akan memulakan amanah baru sebagai mua'llimah di Bangi. Mua'limah panggilannya. Moga amanah yang dilaksana semampu panggilannya. Ya Allah mudahkanlah urusanku.
InsyaAllah juga Oktober ini family akan berkumpul di KL. Semoga semuanya mengikut aturan yang terbaik.
Iman Villa, hanya bagi yg hidupnya rela dididik oleh orang-orang didalamnya. Hanya yang rela sahaja rasa kemanisannya. Yang memandang fizikal, memang kosong hasilnya. InsyaAllah, tempat berteduh selepas ini akan disuntik semangat baru. Mampukah?
Bangi.. Khidmatku disini.
~Di Syawal rindukan Ramadhan~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan