Dalam perjalanan pulang ke kolej kediaman,saya telah disapa oleh seorang rakan india dan soalan yg ditanya ialah "awak pergi dinner malam ni?" "saya x pegi la.." "kenapa awak xpegi? kan dah bayar banyak (Rm100@lebih)" "saya xyakin la makanan tu halal"
DUIT vs HATI
ya, saya tahu..dan ini memang keputusan saya, yg dikatakan tidak mencapai tahap kewarasan ..ramai kawan2 yg kata "kan dah bayar, sayang tu, RM100..baik kau pegi, kau yakin je lah halal"
saya sayangkan hati saya daripada duit...
makanan yg saya makan, bercampur dengan darah, membantu pembentukan sel, otot, maka bentuklah daging yang bersatu dalam jasad saya...
dan, jasad inilah yang saya gunakan untuk memenuhi matlamat kejadian manusia
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada -KU"
(AT-TUR : 56)
jangan sempitkan ibadah itu hanya kepada solat, puasa, zkir..
tapi ibadah itu adalah segala apa yg kamu lakukan kerana Allah hatta makan, minum, gosok baju, dan berjalan sekalipun..
duit boleh dicari, tapi boleh ke kita keluarkan daging yg dah bersatu dalam jasad ni??
sebab apa yg kita makan tu membentuk hati kita.bersih@debu@hitam@kelabu
“Sesungguhnya yang halal itu telah nyata, dan haram juga telah nyata, dan di antara keduanya perkara-perkara yang masih diragukan, yang kebanyakan orang ramai tiada mengetahui. Orang-orang yang memelihara diri dari perkara-perkara yang syubhat itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara-perkara yang syubhat itu akan tergelincir pula ke dalam perkara yang haram, laksana seorang pengembala yang sedang menggembala di sekitar tempat larangan, akhirnya ia lalai memasuki tempat larangan itu,” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
KENAPA?
Pasti ramai yg tertanya-tanya, kenapa sibuk membicarakan perkara ini, saya yakin ramai lagi yang marah dan tidak bersetuju dengan tindakan menghebohkan halal & haram..
Inilah kemampuan saya, yang dilihat hanya mampu mencetuskan suasana panas.
Tapi saya bersyukur, dengan tindakan ini ada yg mula berfikir dan bersenstiviti akan apa yg mereka makan..
Dengan tindakan ini juga, pihak2 yg bertangungjawab mula 'bersemangat' mencari dokumen-dokumen untuk membuktikan ianya halal..
SYABAS dan TAHNIAH..
kerana apabila kamu diakhirat kelak, bila ditanya apakah amanah yng kamu laksanakan untuk memastikan apa yang kamu beri itu halal maka kamu ada jawapannya, iaitu dokumen2 yg kamu cari itu.. (ALAH KNOWS)
PRIORITI
Saya mengingatkan diri saya, yang saya yakin selepas ini akan berkhidmat kepada masyarakat.
Jika anda diberi tanggungjawab menyediakan makanan kepada orang MUSLIM, ada harus sedar keutamaan yang parlu diberikan iaitu HALAL.
Halal bukan bermakna makanan itu tiada unsur arak, khinzir, bangkai, tetapi hahal dari awal penyediaan hingga ke akhirnya. Pinggan, cawan, sudu, pembekal, pekerja, alat memasak dan lain-lain.
"Memang tempat tu halal, sebab Forum HALAL pernah dibuat disitu"
"Memang tempat tu halal, sebab JAKIM pernah buat program disitu"
"Memang tempat tu halal sebab MAWI pernah buat majlis kawin disitu"
Yang pastinya, penentuan halal dan haram bukan dibuat berdasarkan siapa yang pernah makan disitu, tapi sejauh mana tempat itu dipantau, telah diberikan sijil halal yang sah, dan bukannya sijil halal yang diberikan olehh syarikat swasta.
Untuk akhirnya, selamat menjamu selera kepada warga kolej yang akan ke dinner malam ni..
Tanggunjawab saya untuk mengingatkan telah saya laksanakan, terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.
syukur ya Allah, kerana diberi kesedaran, dan peluang untuk aku laksanakan apa yang telah aku katakan.. berilah aku kekuatan, kerana aku yakin, pasti ada ujian yang lebih hebat daripada ini kerana..
..ini bukan akhirnya...
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu menatakan apa yang tidak kamu kerjakan.
(AS-SAFF : 2-3)
assalamualaikum...
BalasPadamsy tertarik dgn entri ni..mmg betul ape yg kite mkn membtk drh daging n sikap kte..cuma yg sy musykil, cmne dgn mknn d kafe klj @ dwn mmkn?? harap ade pandangan dr haifa??
*sekadar berkongsi tips, klu boleh jgn gne warna biru n ungu..sbb susah nk bace..*
terima kasih...