Sesiapa yang tidak sayang dirinya dengan cara yang terbaik tidak mungkin boleh terbaik dalam menyayangi orang lain. Tanda-tanda seseorang itu menyayangi dirinya
1) Menjaga rezeki yang masuk ke perutnya.
2) Sentiasa mendidik hati dan imannya.
3) Sentiasa bersenam dan beriadah.
4) Sentiasa berusaha menambah ilmunya.
5) Menjaga tidurnya.
6) Menjaga ibadah wajibnya dan memperbanyakkan ibadah sunat.
7) Mengenyangkan rohaninya.
8) Menjaga mulutnya.
9) Sering bertafakur dan muhasabah diri.
10) Sentiasa berfikiran positif demi kesihatan mindanya.
11) Sentiasa memberi dan bersedekah.
12) Suka menolong orang lain (sebab yang ditolong sebenarnya dirinya sendiri).
Mari sama-sama amalkan setakat yang termampu. ~ Sedetik bersama saya kerana yang sedetik itu mampu mengubah segalanya ~ DR. HJ. TENGKU ASMADI.
I failed most of the thing... =(
apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
Selasa, 28 Februari 2012
Rabu, 22 Februari 2012
bunga-bunga bahagia
Alhamdulillah
Terima kasih Allah, atas nikmat ini. Sejak september 2011 memendam rasa akhirnya semalam hajat dihati tertunai. Buat pertama kalinya haifa dgn kak M dapat solat jemaah sama-sama. Dan itu semua atas inisiatif kak M sendiri. "Dik, nanti kita solat sama-sama eh" ungkapan azimat. Hanya Allah yang tahu betapa bahagianya hati. Melihat sendiri perubahan kak M, membuktikan lagi betapa sayangnya Allah pada hambanya. Bukan masa lepas yang kita nilaikan, tapi masa sekarang yang kita ubahkan. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Walaupun bahagia ni biasa dimata orang lain, tapi bukan dimata kita.
kak M, haifa doakan akak bahagia dunia & akhirat. akak, bahagia tu bukan pada kuantiti kan, tapi kita sendiri rasa dengan hati.
Dan, insyaAllah.. kita boleh sama-sama solat dan buat macam-macam aktiviti masa Ramadhan nanti kan, as akak request.. Sebab, prof mintak haifa sambung kerja sampai convocation day. Walaupun haifa tak jadi duduk dgn parents lepas ni, tapi tengok kak M yang ada perubahan haifa dah cukup happy.
Ya Allah, moga ini yang terbaik buatku.. dan semoga kita sama-sama dekat denganNYA seperti dalam doa kita hari-hari
"Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dijalanMu..amin"
surau itu menjadi saksi
Rabu, 15 Februari 2012
kerja dan cari 'kerja'
Assalamualaikum...
Perasaan sekarang?? Rasa melonjak-lonjak nak mengajar semula..nak masuk kelas..nak mengadap anak-anak murid yang beribu macam watak..serious, sangat rindu.. Ni antara penangan Fauhan yang first time harini mengajar kat Sekolah Rendah Agama Hidayah, area Bangsar. Tapi fauhan lagi hebat la sbb anak-anak dia sekolah rendah.. tabik spring kat fauhan...
Apa bezanya kerja cikgu dengan kerja office? Banyak beza. Yang haifa dah rasa lebih kepada aim kita bekerja. Bekerja untuk apa dan siapa. Sepanjang kerja admin kat UM, sejujurnya kerja yang haifa buat fokus untuk settlekan masalah teknikal orang lain. Notis, surat, fotostat, print, masukkan data hingga kerja menghidang kuih pada pelawat. Aim kerja based on siap atau tak. Siap taip data, maka siaplah kerja.
Tapi entahlah, seronok tu tak sama macam jadi cikgu. Melayan anak murid tak sama macam melayan orang kat kaunter. Sebab ada anak murid ibarat detektif conan yang sentiasa perhatikan watak, perangai, perubahan sikap. Lebih pada perkembangan psikologi. Cikgu siap tanda buku doesn't mean siap kerja. It's more than that..
Tak tau, susah nak terangkan.
Tapi apa-apa pun, bak kata pak cik nahar,
"Salah satu cara nak istiqamah dalam dakwah adalah: Cari 'kerja' ! jangan tunggu 'kerja' datang!"
Ayat pak cik nahar penuh maksudntersirat.Beberapa ketika ni rasa mcm tak ada 'kerja'.. akhawat, you know what.. I need to do something. grrrr...
Jumaat, 10 Februari 2012
jaulah walimah koreksi hidup maha adilnya Allah
Assalamualaikum...sedikit update untuk beberapa bulan ni.. Alhamdulillah, exam dah lepas dan result tak rasmi pun dah tau.. alhamdulillah, rasa syukur yang teramat.. orang-orang yang kes macam kami ni biasanya akan rasa 2 benda.. nangis sebab kecewa dan nangis sebab gembira.. air yang keluar dari mata yang sama, tapi makna yang berbeza..
mesej dari seorang teman rapat yang haifa simpan sampai sekarang & boleh dikatakan selalu baca mesej ni
sometimes we must be hurt in order to grow,
we must fail in order to know,
we must lose in order to gain.
.
some lesson are learned best only true pain
sometimes our vision is clears only oureyes are washed by tears,
sometimes we have to be broken, so we can be tender.
after exam memang penuh dengan walimah kawan-kawan & paling happy bilamana mereka-mereka ni sampai juga umah haifa..housemate terbaik!! terima kasih kerana datang buka pintu rezeki kami sekeluarga =)
dari rumah haifa, kita gerak pegi dengar lafaz sakinah ahmad kepada hajar & sampai juga umah fathimah
esoknya family gathering belah abah..acara wajib juga ni.. sambut hari lahir pak cik mak cik sepupu bulan 1 & 2..hehe.. bila la turn bulan 5 kan?
minggu depannya walimah syahrin (sepupu) bertembung dengan walimah sa'adah (geng sekolah) & kak anah (geng UM)
hakikat anak perempuan, antara kawan & parents, semestinya parents yang utama (alasan)
maaf sa'adah,kak anah.. doakan dari jauh aja..
minggu depannya pula tahlil & gathering family belah mak..
bulan ni sambung lagi keje kat UM dan alhamdulillah kawan-kawan dah dapat panggilan temuduga untuk jadi cikgu..akhirnya, kesabaran berbayar juga ya..InsyaAllah dimudahkan urusan dan diberi kelapangan..
alhamdulillah, apapun dalam hidup ni kita memang akan melihat kejayaan, kesenangan, kebahagiaan, ketenangan orang lain dan kadang -kadang terkeluar kata-kata yang kita tak sedar betapa menyesalnya/sedihnya/dukanya dengan hidup kita sekarang bilamana adanya perbandingan yang membuak-buak dalam fikiran kita kan..
cepat-cepat istigfar, balik pada aturan Allah..setiap hamba yang Allah ciptakan ada bahagiannya sendiri.. Maha adilnya pemberian Allah pada kita tak kan sama nilainya dengan hanbanya yang lain. kita rasa si A banyak bertuahnya dari kita, tapi siapa tahu susah hidupnya beberapa tahun sebelum ni.. kita rasa betapa susahnya hidup kita sekarang, tapi kita lupa senangnya hidup kita beberapa tahun dulu.. Bersyukurlah dengan usaha, doa, tawakal & ketetapan Allah pada kita dan usaha lagi untuk memajukan diri..
selalu rasa tertinggal banyak perkara keduniaan kalau dibandingkan dengan orang lain...
tapi ada rasa tertinggal banyak perkara untuk bekalan akhirat tak?
sama-sama pejam mata, tanya iman..
Langgan:
Catatan (Atom)