Alhamdulillah
Terima kasih Allah, atas nikmat ini. Sejak september 2011 memendam rasa akhirnya semalam hajat dihati tertunai. Buat pertama kalinya haifa dgn kak M dapat solat jemaah sama-sama. Dan itu semua atas inisiatif kak M sendiri. "Dik, nanti kita solat sama-sama eh" ungkapan azimat. Hanya Allah yang tahu betapa bahagianya hati. Melihat sendiri perubahan kak M, membuktikan lagi betapa sayangnya Allah pada hambanya. Bukan masa lepas yang kita nilaikan, tapi masa sekarang yang kita ubahkan. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Walaupun bahagia ni biasa dimata orang lain, tapi bukan dimata kita.
kak M, haifa doakan akak bahagia dunia & akhirat. akak, bahagia tu bukan pada kuantiti kan, tapi kita sendiri rasa dengan hati.
Dan, insyaAllah.. kita boleh sama-sama solat dan buat macam-macam aktiviti masa Ramadhan nanti kan, as akak request.. Sebab, prof mintak haifa sambung kerja sampai convocation day. Walaupun haifa tak jadi duduk dgn parents lepas ni, tapi tengok kak M yang ada perubahan haifa dah cukup happy.
Ya Allah, moga ini yang terbaik buatku.. dan semoga kita sama-sama dekat denganNYA seperti dalam doa kita hari-hari
"Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dijalanMu..amin"
surau itu menjadi saksi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan