apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Ahad, 24 Jun 2012

Allahu Akbar, walillahil hamd!









Apabila datang pertolongan Allah, maka berbondong-bondonglah manusia yang masuk ke agama MU. Melihat keindahan islam itu sendiri, melihat kemengan itu sendiri, melihat susuk peribadi ikhwan itu sendiri. Maka, tanyalah pada diri kamu, adakah kamu mahu menjadi manusia yang berbondong-bondong masuk ke agamaNYA atau kamu mahu menjadi manusia yang mengajak masuk ke agamaNYA.

Saat ini, kemenangan Ikhwan itu pasti. Namun saat kemenangan yang benar-benar pasti akan tiba. 
Saat dajjal tiba bersama 70,000 bersama orang Israel, saat hari kiamat, saat penentuan antara hak dan batil
Namun, ketika saat itu, dimanakah kita? yakin dengan akidah yang dibawa? mahupun terfitnah dengan dunia.

Harinya makin dekat, bagi mukmin yang sedar hatinya.



Alhamdulillah, kemenangan Dr Morsi sbg presiden mesir bakal membawa perubahan bkn sekadar politik di mesir tapi diseluruh dunia..

Segalanya masih awal. .
tapi aku cukup yaqeen. . .
bahawa GELOMBANG INI gelombang akhir
yg Allah &RasulNya sebut dan ulang
Bahawa gelombang perubahan yg akan 
memayungi alam
Tidak dapat dihalang. . .
Kerana Allah yg menghendakinya

buat kali terakhir
sebelum tiba hari kehancuran. . .
lihat. . . .! semua isyarat kecil & besar
Allah telah bentang & dedahkan
hanya mukmin yang sadar
akan faham akan fenomena Alam yg telah direncanakan. . .

ku amati dua ulasan yg mendalam. .
Dr Yusof Qardhawi dalam bukunya
Rome ke dua hancurnya di zaman ini. .

Sheikh badie mengulas kehinaan Israel dlm surah Israk ayat 7
juga tak lama lagi. .

Ayoh kita lihat. .sebahagiannya lagi . .yg berlaku di sini. . 
1987 bila Al Quran diangkat dari mushaf. . .
kami warga SAMTSH jd saksi. .
dikata silap cetak. . .
Pakar Astronomi pula membuktikan
kebenaran dlm surah Ar Rahmaan
Langit sudah mula terbelah
bila tanda bagai mekar mawar ditemui diufuk langit. . .
Aaaaaghh. . .Allah Maha Benar segala janjinya. 

2004 Tsunami Aceh ganas membadai nusantara
Itu permulaan berterusannya tsunami , gempa dan gempa di seluruh benua. .

Israel sudah membena tembok Khaiber
menjadi penjara terbesar di dunia bg palestina
mereka sudah berkumpul di sana
Tasik Tiberia sudah semakin surut . .
bukankah dikata bila Dajjal keluar dari perutnya
akan diiringi 70,000 orang israel. . ? ?

ditanah yg dijajah . . .
ditanam sudah pokok gharqad. .
buat pelindung dari musuh. .

saat penentuan antara hak dan batil
bagi Allah ia sangat dekat
hanya mukmin yang ikhlas akan sadar
bahawa dunia ini dalam perjalanan
di titik akhir yang hampir

ya Allah jadikanlah
aku seorang dari saksi kebenaran ini. . .
sehingga ku genggam dlm kerdip
saat bertemuMu. .

Aminnn. . .


Rabu, 20 Jun 2012

abah



17 JUN 2012 
disambut oleh mereka-mereka yang kat umah, yang jauh ni call aja =(

>Abah, selamat hari abah
> Eh, mana ada hari abah. Hari Bapa la.

Serious, rindu sangat dengan abah. Rasa macam tak pernah buat apa-apa untuk abah. Sebagai anak perempuan, terlalu banyak dosa yang abah kene tanggung. =( 

Pernah terbaca artikel yang mengatakan 4 golongan lelaki yang ditarik ke neraka oleh wanita
1-bapanya
2- suaminya
3-saudara lelakinya
4-anak lelakinya
 (masih mencari sumber samaada hadith @ lain-lain)

Kalau kita sayangkan saudara lelaki kita terutamanya senarai 4 orang kat atas ni, kita tak nak jadi antara wanita yang tarik mereka ke neraka kan? Kita tak nak abah kita dapat saham atas dosa kita kan? Kita nak jadi anak, isteri ,adik & kakak yang baik kan? =)

kredit

kredit




Khamis, 14 Jun 2012

21:89






“Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

Last night my mom send message to me this verse in surah Al-Anbya'. Mom, if you know how meaningful this verse to me. The history of Nabi Zakaria. Zakaria that you know, I know and something that you don't know. The time will come, here or jannah. I believe and I will wait.

Sabtu, 9 Jun 2012

Pengkalan Balak


Alhamdulillah, selamat berhari keluarga (sebelah mak) minggu lepas, 2&3 Jun. Masih tema yang sama, pantai. Tahun ni PICnya mak uda. 

Tempat: Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka
Penginapan: Comel Beach Resort, RM120/malam (TV, 1 katil besar, 1 katil bujang, aircond, pantri) 

Ada juga penginapan lain sepanjang pantai ni. Nak berkhemah juga boleh, sebab nampak satu family ni berkhemah dekat pondok. Menarik kan. 

Nak ke Pengkalan balak ni mudah aja. =) Dari KL amik PLUS dan ikut susur keluar simpang Ampat. Terus menghala ke Masjid Tanah. Perjalanan dalam 1jam 30 minit hanya jika tak jem. waaaa.. masa pegi minggu lepas, berdua dengan abang dari KL. makan masa dekat 3 jam juga sebab musim cuti sekolah kan.. =)

Dari bilik dah boleh nampak pantai. Memang dekat, mungkin dalam 10-20 langkah.
Pantai kat pengkalan balak ni lain sikit berbanding dengan Pantai Penyabung yang kami pergi tahun lepas. Pantai ni lebih meriah dengan pengunjung, jadi agak malu nak bermandi-manda. Sesuai nak berendam waktu pagi sebab tak ramai orang (tak ada orang) =)

pantai jam 6.30 ptg

Jonker Walk, Melaka



Jonker Walk ni satu lagi aktiviti kami sebelah malam. Tapi perjalanan agak jauh dari Masjid Tanah nak ke Bandar Melaka. Berjalan sambil melusuri tepi Sungai Melaka. Dinasihatkan tidak pakai kasut tumit tinggi ya. Sebab jauh juga nak patah balik.Ada juga khidmat naik bot, rasanya bayarannya RM 25 seorang. Lepas ke Jonker Walk, kami makan di sebelah Dataran 1Malaysia.

Pantai jam 7.00 pagi



 Oh ya, ada juga aktiviti banana boat, seorang RM15. 


Chalet penginapan kami.

 InsyaAllah itu saja untuk review Family day 2012.

Pengalaman berharga yang dapat ialah menjadi co-pilot untuk si abang. Alhamdulillah, saya dah pandai guna aplikasi PAPAGO! dan juga google map dan GPS lain sebab desakan untuk cari jalan dengan pantas. Tension bila diasak? Sikitla, tapi tersenyum sendiri sebab yang mendesak pun rupanya tak pandai guna. =)


eh, lastly ni gambar yg di bluetooth dari phone mak tanpa kebenaran. Gambar romantik mak & abah yang pergi Kelantan berdua. First time berjalan berdua tanpa fathma. =)