apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Sabtu, 9 Jun 2012

Pengkalan Balak


Alhamdulillah, selamat berhari keluarga (sebelah mak) minggu lepas, 2&3 Jun. Masih tema yang sama, pantai. Tahun ni PICnya mak uda. 

Tempat: Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka
Penginapan: Comel Beach Resort, RM120/malam (TV, 1 katil besar, 1 katil bujang, aircond, pantri) 

Ada juga penginapan lain sepanjang pantai ni. Nak berkhemah juga boleh, sebab nampak satu family ni berkhemah dekat pondok. Menarik kan. 

Nak ke Pengkalan balak ni mudah aja. =) Dari KL amik PLUS dan ikut susur keluar simpang Ampat. Terus menghala ke Masjid Tanah. Perjalanan dalam 1jam 30 minit hanya jika tak jem. waaaa.. masa pegi minggu lepas, berdua dengan abang dari KL. makan masa dekat 3 jam juga sebab musim cuti sekolah kan.. =)

Dari bilik dah boleh nampak pantai. Memang dekat, mungkin dalam 10-20 langkah.
Pantai kat pengkalan balak ni lain sikit berbanding dengan Pantai Penyabung yang kami pergi tahun lepas. Pantai ni lebih meriah dengan pengunjung, jadi agak malu nak bermandi-manda. Sesuai nak berendam waktu pagi sebab tak ramai orang (tak ada orang) =)

pantai jam 6.30 ptg

Jonker Walk, Melaka



Jonker Walk ni satu lagi aktiviti kami sebelah malam. Tapi perjalanan agak jauh dari Masjid Tanah nak ke Bandar Melaka. Berjalan sambil melusuri tepi Sungai Melaka. Dinasihatkan tidak pakai kasut tumit tinggi ya. Sebab jauh juga nak patah balik.Ada juga khidmat naik bot, rasanya bayarannya RM 25 seorang. Lepas ke Jonker Walk, kami makan di sebelah Dataran 1Malaysia.

Pantai jam 7.00 pagi



 Oh ya, ada juga aktiviti banana boat, seorang RM15. 


Chalet penginapan kami.

 InsyaAllah itu saja untuk review Family day 2012.

Pengalaman berharga yang dapat ialah menjadi co-pilot untuk si abang. Alhamdulillah, saya dah pandai guna aplikasi PAPAGO! dan juga google map dan GPS lain sebab desakan untuk cari jalan dengan pantas. Tension bila diasak? Sikitla, tapi tersenyum sendiri sebab yang mendesak pun rupanya tak pandai guna. =)


eh, lastly ni gambar yg di bluetooth dari phone mak tanpa kebenaran. Gambar romantik mak & abah yang pergi Kelantan berdua. First time berjalan berdua tanpa fathma. =)

3 ulasan:

  1. selalu jugak pergi sini..n pernah tinggal kat chalet ni. ada jugak chalet haji mahawa. kat sebelah balai polis tu. memang sebelah pantai je. n lg murah rasanya.
    macam mana tau chalet comel ni?

    makan tak rojak kat warung sebelah tempat semayang cina tu? ramai kata sedap..

    BalasPadam
  2. chalet comel ni mak cik cari kat google.. bilik yg ke-2 & 3 tu lagi elok kan? waktu cuti dia naikkan harga..insyaAllah lepas ni boleh cari yg murah lagi. haji mahawa tu brapa? xmenyempatnya makan ikan bakar & rojak tu. malam semua dah kepenatan & masih kenyang.. jadi makan ala kadar kat tepi dataran tu..

    BalasPadam
  3. x pasti la semua bilik dia ok ke x? sebab pernah tinggal sekali je. amik yang ada queen n single bed tu. dalam bilik tu siap ada almari pinggan mangkuk lagi.

    oh..salah, chalet mahawa je. seingat saya dalam rm50. tapi tu yg xde air cond la. sebab dia betul2 tepi laut (takyah lintas2 jalan) n rumah kayu. so x jadi masalah la kan? memang sejuk je sepanjang malam. tapi ada jugak yg berair-cond.

    yang rojak tu siang je dia bukak. dalam lepas zohor camtu.

    BalasPadam