apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Selasa, 31 Ogos 2010

...buah hati yang tak sengaja ku tinggalkan..

Assalamualaikum...alhamdulillah, puasa dah masuk ke fasa ke-3... fasa yang penuh debaran & fasa yang menentukan sama ada target yang kita plan untuk ramadhan kali ini tercapai @ tidak...

Ramadhan kali ini adalah satu anugerah, dimana Allah dah pertemukan dengan 'housemate' yg sangat bermakna untuk bekalan dunia& akhirat...walaupun satu masa dulu berada dalam dilema untuk tinggal dirumah A @ rumah B(rumah sekarang)... syukur, kadang-kadang apa yg kita suka tak semestinya baik untuk kita, dan boleh jadi yg kita tak suka itu baik untuk kita...

Berbalik kepada cerita buah hati, sebenarnya buah hati yg dimaksudkan ialah tafsir Al-Quran, yg dibeli masa kat matrikulasi JOHOR... tafsir yg macam diari & warna pink...

Alkisahnya,malam merdeka kami ahli VILLA IMAN & penggerak lain berpeluang untuk iqtikaf kat masjid Umar Al-Khattab (damansara). bergerak jam 12 malam dan balik umah dalam kul 10 pagi...alhamdulillah, banyak pengisian yg kami sharing sama-sama & satu yg sangat bermakna..

Lepas pengisian, kemas-kemas nak balik, tinggal lah buah hati pink kat dinding yg lubang-lubang tu, dengan niat sebelum balik kene amik... tapi, apakan daya, after solat zohor baru perasan buah hati dah tak da...huhu... cari-cari satu rumah & teringat yg lupa nak amik kat dinding tu... (sedihnya..)

terduduk, dan terfiir macam mana boleh tertinggal.. sbb tak pernah tertinggal buah hati ni kat mana-mana... mungkin ada pengajaran disebaliknya...

dan sekarang semakin terasa ketiadaanNYA... sbb selama ni, just tanda pakai pelekat kat tafsir tu tentang ayat-ayat peringatan tentang khalifah, doa-doa, aurat dan lain-lain.. skrg bila buah hati tak da, nak buat rujukan macam terkial-kial..(..ah..ayat apa ya cte pasal umat pertengahan, hmm..buah hati tak da nak buat rujukan)... itu lah antara keluhan yg terkeluar...

tapi sebenarnya itu satu didikan yg ALLAH bagi yang mana ayat-ayat Al-quran (petunjuk) tu bukan untuk ditampal, ditanda, tapi lebih dari tu...perlu DIINGAT...supaya sentiasa lekat dihati, bukan guna pelekat semata-mata nak tampal kat tafsir...

ALLAH...skrg masih plan untk amik buah hati kat masjid tu.. tapi tak tau bila & nak pegi naik apa (kak reen dah cakap nak tlong..alhamdulillah..!!!) harapnya buah hati masih ada kat situ..

buah hati ku...
bukan niat ku untuk tinggalkan kau sendirian..
sedirian tidak dibuka, tidak dibaca...
mungkin juga basah kerana tempias hujan...
berhabuk kerana tidak digunakan...
insyaAllah, akan ku jumpakan...
buah hati yang tak sengaja ku tinggalkan...
namun aku redha...
sekiranya ada hamba Allah yg mengunakannya..
kerana sesungguhnya Al-QURAN itu petunjuk kebenaran..
kepada yang mencari dan menggunakan...

~buah hati yang tak sengaja ku tinggalkan~




Rabu, 25 Ogos 2010

sayalah jurujual...

salam sejahtera keatas kamu...(rasanya xda kot yg baca blog ni..)..xpe...xkesah pun...
alhamdulillah, ramadhan dah masuk ke fasa ke 2..semangat yg cuba tanamkan pada ramadhan kali ni lebih kepada semangat seperti di medan perang... YA!! seperti di medan perang..sentiasa berusaha melangkah dengan penuh semangat terutamanya dihadapan sahabat-sahabat non muslim..harapnya mereka tak rasa saya sdg berpuasa..

minggu ni agak padat, dengan pembentangan & ujian mid sem..dan tak ketinggalan juga berusaha mencapai target ramadhan kali ini...semoga Allah bagi kekuatan...
semalam ada pembentangan untuk subjek fizik (instrumentasi)... seperti biasa, sayalah yg paling ganjil sebab saya bukan student fizik tulen.saya student sains pendidikan (fizik)..
lepas habis pembentangan, DR. Vega cakap "she's like want to sell a product, you know, like a salesmen".. hehe.. tersengih sekejap.. :) saya mmg dah terbawa skill pembentangan yg biasa saya guna untuk subjek pendidikan, atau lebih tepat lagi berlakonlah macam cikgu...insyaAllah, bakal cikgu, amin..

Dan...memang DR. Fatanah (pensyarah psikologi pendidikan) pernah pesan dalam kuliahnya bahawa cikgu mmg kene bersikap seperti jurujual..apa produk yg kita nak jual? pada siapa kita nak jual? dalam konteks cikgu,mestilah subjek yg kita nak ajar pada student tu adalah produk kita, dan student adalah pembelinya (tapi bukan beli pakai duit, beli dengan minat & kesungguhan)... bila cikgu ada kemahiran untuk yakinkan student, mesti dia berminat untuk belajar dan menjadikan cikgu sebagai org yg bagi perkhidmatan..(sama juga dalam pembentangan,menjadikan pendengar yakin & minat dengan apa yg kita sampaikan.)

Siapa saya sebenarnya?????? JURUJUAL???? (perkara yg paling saya tak minat ialah menjadi jurujual, yg mcm promoter kat supermarket tu)

Hakikatnya, sayalah jurujual…saya?? NO!!! KITA adalah jurujual…kenapa???

Sayalah jurujual kepada keluarga saya

Sayalah jurujual kepada kawan saya

Sayalah jurujual kepada guru saya

Sayalah jurujual kepada saudara saya

Sayalah jurujual kepada jiran saya

Sayalah jurujual kepada siapa yang melihat saya

Dan sayalah jurujual kepada anak usrah saya… J

Sayalah jurujual itu….

Yang meyakinkan mereka bahawa

usrah itu penting

Usrah itu luar biasa

Usrah itu power

Usrah itu seronok

Usrah itu penuh maknanya

…dan meyakinkan mereka bahawa usrah itu aktiviti wajib dalam planner mereka..

Mampukah saya???

YA!!! Saya BOLEH!!! Saya MAMPU!!!

Sbb…hakikatnya, saya lahir sebagai jurujual..

Dan moto produk saya ialah….

ISLAM ITU INDAH….

Selasa, 17 Ogos 2010

"turun bus, tengok(papan tanda)"

tepat jam 1.30..yeah, dah habis discussion...dengan semangatnya melangkah ke bus stop dgn classmate... tunggu punya tunggu...bus UM pun datang...syukur, jimat seringgit (tak payah naik bus rapid)... hati berdebar juga dibuatnya sbb bus meluncur dengan laju sampaila hujung bus stop..dalam hati "pak cik ni nak rehat atau nak amik penumpang? sbb skrg dah kul 1.30" xpe, tanya je la pak cik ni...

sampai depan pintu bus, ada student ni turun balik dengan muka terpinga-pinga..(dia salah bus kot)...naik la bus dgn ceria (al maklum, bulan puasa, tengahari panas, biasa muka semua dah kepenatan, tapi kira ok ape naik bus dgn ceria)... dgn gembiranya tanya pak cik(saje menyapa pak cik).. "pak cik, bus ni nak g pantai dalam ke??" pak cik pun jawab dgn 'stail' muka dibulan puasa.. "turun bus, tengok (papan tanda)" eerrrkkk?????? terasa diri mcm x pegi sekolah, tak tau baca papan tanda.... turun la balik dari bus tu... BETUL...memang ke pantai dalam... pastu naik lagi bus & cakap dgn pakcik tu " saya tau,tapi saya ingatkan pak cik nak rehat" hmmm..melangkah dgn perasaan malu + berjuta-juta soalan.. "SALAH ke TANYA???" nak di pendekkan cte, rupanya dah ramai yg naik bus, turun balik sbb tanya soalan yg sama...

sepanjang dalam bus, pujuk balik hati... salah agaknya tanya soalan tu... tapi ada satu benda yang terperasan... KAN LEBIH SENANG PAK CIK TU ANGGUK KEPALA DARIPADA KELUARKAN KATA-KATA YANG MEMENATKAN MULUT...(disamping agak merungsingkan hati yg bertanya..)....

sebenarnya...itulah kita... dalam keadaan hati kita panas, kita akan buat benda-benda yg sebenarnya merugikan kita sendiri yang mana bercakap pun akan jadi adalah lebih mudah daripada angguk dikala suhu hati meruap-ruap naik dgn mendadak.. :)

DIKALA SUHU HATI NAIK MENDADAK : apa patut saya buat???? (hehe)

tips 1 : istigfar, fikir, bertindak dgn rational

tips 2 : fikirkan kebaikan org tu sblm kita fikir buruk dia...
*sebenarnya pagi tadi pak cik ni yg bawak bus kul 7.30a.m... sejuk hati bila ingat balik pak cik ni amik pagi tadi...kalau dia x amik??? kan masalah besar nak g kelas...

tips 3 : bersangka baik...pak cik ni penat kot...nak melayan kerenah budak-budak UM yg macam2 gelagat...

(tapi sampai sekarang masih berfikir, adakah situasi ini bagi kesan kat student malaysia yg takut utk tanya soalan terutamanya yg kat dewan kuliah ni...hmm....)