apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Selasa, 31 Ogos 2010

...buah hati yang tak sengaja ku tinggalkan..

Assalamualaikum...alhamdulillah, puasa dah masuk ke fasa ke-3... fasa yang penuh debaran & fasa yang menentukan sama ada target yang kita plan untuk ramadhan kali ini tercapai @ tidak...

Ramadhan kali ini adalah satu anugerah, dimana Allah dah pertemukan dengan 'housemate' yg sangat bermakna untuk bekalan dunia& akhirat...walaupun satu masa dulu berada dalam dilema untuk tinggal dirumah A @ rumah B(rumah sekarang)... syukur, kadang-kadang apa yg kita suka tak semestinya baik untuk kita, dan boleh jadi yg kita tak suka itu baik untuk kita...

Berbalik kepada cerita buah hati, sebenarnya buah hati yg dimaksudkan ialah tafsir Al-Quran, yg dibeli masa kat matrikulasi JOHOR... tafsir yg macam diari & warna pink...

Alkisahnya,malam merdeka kami ahli VILLA IMAN & penggerak lain berpeluang untuk iqtikaf kat masjid Umar Al-Khattab (damansara). bergerak jam 12 malam dan balik umah dalam kul 10 pagi...alhamdulillah, banyak pengisian yg kami sharing sama-sama & satu yg sangat bermakna..

Lepas pengisian, kemas-kemas nak balik, tinggal lah buah hati pink kat dinding yg lubang-lubang tu, dengan niat sebelum balik kene amik... tapi, apakan daya, after solat zohor baru perasan buah hati dah tak da...huhu... cari-cari satu rumah & teringat yg lupa nak amik kat dinding tu... (sedihnya..)

terduduk, dan terfiir macam mana boleh tertinggal.. sbb tak pernah tertinggal buah hati ni kat mana-mana... mungkin ada pengajaran disebaliknya...

dan sekarang semakin terasa ketiadaanNYA... sbb selama ni, just tanda pakai pelekat kat tafsir tu tentang ayat-ayat peringatan tentang khalifah, doa-doa, aurat dan lain-lain.. skrg bila buah hati tak da, nak buat rujukan macam terkial-kial..(..ah..ayat apa ya cte pasal umat pertengahan, hmm..buah hati tak da nak buat rujukan)... itu lah antara keluhan yg terkeluar...

tapi sebenarnya itu satu didikan yg ALLAH bagi yang mana ayat-ayat Al-quran (petunjuk) tu bukan untuk ditampal, ditanda, tapi lebih dari tu...perlu DIINGAT...supaya sentiasa lekat dihati, bukan guna pelekat semata-mata nak tampal kat tafsir...

ALLAH...skrg masih plan untk amik buah hati kat masjid tu.. tapi tak tau bila & nak pegi naik apa (kak reen dah cakap nak tlong..alhamdulillah..!!!) harapnya buah hati masih ada kat situ..

buah hati ku...
bukan niat ku untuk tinggalkan kau sendirian..
sedirian tidak dibuka, tidak dibaca...
mungkin juga basah kerana tempias hujan...
berhabuk kerana tidak digunakan...
insyaAllah, akan ku jumpakan...
buah hati yang tak sengaja ku tinggalkan...
namun aku redha...
sekiranya ada hamba Allah yg mengunakannya..
kerana sesungguhnya Al-QURAN itu petunjuk kebenaran..
kepada yang mencari dan menggunakan...

~buah hati yang tak sengaja ku tinggalkan~




Tiada ulasan:

Catat Ulasan