apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Rabu, 25 Ogos 2010

sayalah jurujual...

salam sejahtera keatas kamu...(rasanya xda kot yg baca blog ni..)..xpe...xkesah pun...
alhamdulillah, ramadhan dah masuk ke fasa ke 2..semangat yg cuba tanamkan pada ramadhan kali ni lebih kepada semangat seperti di medan perang... YA!! seperti di medan perang..sentiasa berusaha melangkah dengan penuh semangat terutamanya dihadapan sahabat-sahabat non muslim..harapnya mereka tak rasa saya sdg berpuasa..

minggu ni agak padat, dengan pembentangan & ujian mid sem..dan tak ketinggalan juga berusaha mencapai target ramadhan kali ini...semoga Allah bagi kekuatan...
semalam ada pembentangan untuk subjek fizik (instrumentasi)... seperti biasa, sayalah yg paling ganjil sebab saya bukan student fizik tulen.saya student sains pendidikan (fizik)..
lepas habis pembentangan, DR. Vega cakap "she's like want to sell a product, you know, like a salesmen".. hehe.. tersengih sekejap.. :) saya mmg dah terbawa skill pembentangan yg biasa saya guna untuk subjek pendidikan, atau lebih tepat lagi berlakonlah macam cikgu...insyaAllah, bakal cikgu, amin..

Dan...memang DR. Fatanah (pensyarah psikologi pendidikan) pernah pesan dalam kuliahnya bahawa cikgu mmg kene bersikap seperti jurujual..apa produk yg kita nak jual? pada siapa kita nak jual? dalam konteks cikgu,mestilah subjek yg kita nak ajar pada student tu adalah produk kita, dan student adalah pembelinya (tapi bukan beli pakai duit, beli dengan minat & kesungguhan)... bila cikgu ada kemahiran untuk yakinkan student, mesti dia berminat untuk belajar dan menjadikan cikgu sebagai org yg bagi perkhidmatan..(sama juga dalam pembentangan,menjadikan pendengar yakin & minat dengan apa yg kita sampaikan.)

Siapa saya sebenarnya?????? JURUJUAL???? (perkara yg paling saya tak minat ialah menjadi jurujual, yg mcm promoter kat supermarket tu)

Hakikatnya, sayalah jurujual…saya?? NO!!! KITA adalah jurujual…kenapa???

Sayalah jurujual kepada keluarga saya

Sayalah jurujual kepada kawan saya

Sayalah jurujual kepada guru saya

Sayalah jurujual kepada saudara saya

Sayalah jurujual kepada jiran saya

Sayalah jurujual kepada siapa yang melihat saya

Dan sayalah jurujual kepada anak usrah saya… J

Sayalah jurujual itu….

Yang meyakinkan mereka bahawa

usrah itu penting

Usrah itu luar biasa

Usrah itu power

Usrah itu seronok

Usrah itu penuh maknanya

…dan meyakinkan mereka bahawa usrah itu aktiviti wajib dalam planner mereka..

Mampukah saya???

YA!!! Saya BOLEH!!! Saya MAMPU!!!

Sbb…hakikatnya, saya lahir sebagai jurujual..

Dan moto produk saya ialah….

ISLAM ITU INDAH….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan