apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Selasa, 30 November 2010

mama yg sangat tabah


assalamualaikum

30/11/10-selasa

selepas exam algebra linear dengan pantas terus naik bus
T632>U80>T603
kemana?

UiTM Shah Alam
untuk majlis konvocation mak cik (mak nina)
tamat dengan jayanya

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani

tahniah mak nina =)


bersama suami (cik apis) dan bunga romantik segar dari suami buat isteri tercinta

dan anaknya?

kanak-kanak comel ini...geramnya...
nani & mimi kene tinggal kat umah pengasuh =)

-------------------------
dia memang mama yang tabah
daftar masuk ke uitm selepas saja tamat pantang (bersalin nani)
belajar di shah alam
anak-anak dan suami di melaka
setiap hujung minggu balik untuk anak dan suami

sangat mencabar
dengan esiment, test, exam, praktikal
alhamdulillah, diberi suami yang cukup memahami dan pendorong utama

semoga Allah memudahkan urusan

insyaAllah, sekarang sedang membuat MASTER di UiTM

ok, jumpa di konvocation untuk MASTER
insyaAllah dengan hadiah teddy bear =)

Jumaat, 26 November 2010

penjelajahan fathma & umar

assalamualaikum... =)

alhamdulillah, hari rabu, 24/11 diberikan kesempatan menjelajah ke Petrosains
bersama fathma (adik) dan umar (sepupu)

kami bertemakan merah

perjalanan dari padang jawa-KL Sentral-KLCC
petrosains berada ditingkat 4

~jom layan gambar~

Putra LRT ke KLCC :muka rock fathma yg tak berapa menjadi =)


Petrosains : stereng mcm lampu reban ayam

akak teringin juga nak main, tapi.... =)


sampai di tema dinasour kami patah balik sbb fathma tak dapat main bajak ni =)
~kasi korek dalam-dalam~

dinasour yg berhip hop
sempat kami gosok gigi dinasour dgn jari
~bersih juga gigi dia~

akak: fathma, knp buat muka masam
fathma: akak, mana ada orang senyum bila kene kejar dinasour


ekspresi fathma setelah disarankan =)

bawalah adik-adik ke petrosains, banyak perkara yg boleh dipelajari
pendekatan pembelajaran melalui perrmainan (explore)
sangat membantu dalam pemahaman mereka tentang dunia sains

hanya sekiranya

anda menerangkan kepada mereka sebab sesuatu perkara itu berlaku
atau
dengan meminta bantuan sukarelawan dan fesilitator yang ada

info: bayaran masuk petrosains

kanak-kanak bawah 12 tahun : RM4
sekolah menengah : RM 7
dewasa : RM12


penjaga kaunter tiket : puan boleh tunggu disana ya.nanti kami akan panggil untuk naik helikopter

haifa : blurrr

fathma & umar : gelak sakan


--------------------------------------------------

kakak, abang, umi, abi...dan siapa yg berkenaan..
seronok bila keluar sendiri dgn kanak-kanak ni...
hanya anda, dan mereka...

mereka,
yang banyak bertanya
yang banyak lawaknya
yang banyak riangnya
yang banyak ketawanya
yang banyak permintaannya
yang banyak sifat ingin mencubanya

dan banyak lagi sifat istmewanya...

sifat-sifat mereka, pasti menguji 'skill' anda menjelaskan kenapa bagi jawapan ya @ tidak anda...


~selamat menjelajah kanak-kanak~


Khamis, 25 November 2010

selamat berperang

assalamualaikum =)

insyaAllah bakal start exam sem 7 (dah sem ke 7 rupanya...)
ada 6 subjek, tapi 5 subjek je ada exam..

26/11 - 8.30 pagi - kepimpinan diri & organisasi
3.00 petang - psikologi pendidikan

29/11 - 11.30 pagi - instrumentasi

30/11 - 8.30 pagi - algebra linear

9/12 - 11.30 pagi - fizik statistik

sblm ni ingatkan exam start 29/11, dapat slip rupanya 26/11
syukur Allah 'remind' kan balik.. =)

buat teman2, selamat berperang... pen anda tidak setajam pedang, tidak mengapa...
yang penting ketajaman hati & akal
semoga urusan dalam perjuangan 'alat' kita dimudahkan

"Ya Allah, sekiranya kejayaan itu mendekatkan aku kepadaMU,maka kurniakanlah aku kejayaan, sekiranya tidak,,engkau yang maha mengetahui apa yg terbaik bagi hambaMU ini"


Sabtu, 20 November 2010

[aku tak setia]


Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh

Opick - Rapuh


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku h
arap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

hatiku xmampu berkata-kata...
sungguh..... aku tak setia padaMU
ya Allah
namun aku diciptakan untuk berharap
berharap dan terus berharap
mengharapkan
engkau dalam setiap langkahku
meski aku rapuh dalam langkah itu
kerana dengan mengharap itu
aku dekat padaMU

= (

Jumaat, 19 November 2010

kek gula hangus


assalamualaikum...
salam aidil adha
dikongsikan sedikit resepi
moga bermanfaat =)


bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum (diayak bersama soda bikarbonat)
2 sudu soda bikarbonat
2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak @ majerin
1/2 camca esen vanilla
6 biji telur
(untuk acuan 4 segi seperti dalam gambar adalah 1/2 daripada bahan-bahan diatas)


cara-cara:

1- cairkan gula pasir, sentiasa dikacau hingga gula cair, masukkan air, biarkan sejuk
2- pukul telur hingga kembang
3- masukkan susu pekat & minyak masak, kemudian pukul hingga sebati
4- masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati
5- masukkan gula hangus yang telah sejuk, kacau adunan hingga sebati
6- tapiskan adunan
7- sapu acuan kek dengan sedikit majerin
8- masukkan adunan
9- bakar pada suhu 150 darjah celsius, selama 12-20 minit

siap!!!!!



insyaAllah, mudah dibuat dan tak makan masa yg lama...

selamat mencuba

Khamis, 11 November 2010

konflik transisi


Dalam pengamatan saya sebagai perempuan (akak,adik,sepupu,kawan) saya dapati ada beberapa konflik yang wujud antara dua orang lelaki (biasanya adik & abang)

Konflik biasa berlaku apabila si abang dah masuk ke peringkat dewasa (sekolah menengah), manakala adiknya masih kebudak-budakan (sekolah rendah).

Konflik jelas bilamana situasi transisi si abang ke alam dewasa mengganggu suasana hubungan dan komunikasi si adik dengan abangnya.

Si adik yg masih perlukan kawan untuk ber'gusti', berguling dan lain-lain perkara yang kanak-kanak lelaki perlukan akan menghadapi masalah untuk bergurau dan bermain apabila si abang bersikap dingin dan mula merasakan ianya tidak sesuai dengan
naluri kedewasaannya. (normal bagi remaja lelaki).



Si abang dan si adik akan berperang dengan ego masing-masing (u/p:ego lelaki sangat dahsyat). Mereka semakin tidak rapat. Si abang dengan dunia remajanya, si adik dengan dunia memberontaknya. Yang dinamakan lelaki itu, cakapnya kurang. Si abang dengan monolognya sendiri,"aku kan abang". Si adik dengan perasaan tidak disayangi oleh abang.

persoalannya : siapakah mangsa? Si abang atau si adik?

'aku kan abang'
ini bermakna, adik yang menjadi mangsa


serangan psikologi

kesan-kesan serangan psikologi dapat diperhatikan melalui tindakan dan sikap yang ditunjukkan si adik.
  1. memberontak apabila diminta tolong
  2. kurang meluahkan perasaan dengan abang/ orang lebih dewasa
  3. bersikap kurang rational dengan adiknya
  4. bersikap dingin dengan ibu bapa
  5. lebih pendiam, memendam rasa
  6. melepaskan geram (bom meletup) pada keadaan tertentu
Apabila tindakan ini ditunjukkan oleh si adik, maka ibu bapa pula akan menghukum mereka tanpa mencari sebab.

Kesannya, si adik tadi akan mempunyai esteem diri yang rendah kerana pandangan orang terhadap dirinya seperti tidak dihargai. Situasi ini akan memberi kesan kepada pembentukan peribadinya kerana konflik yang berlaku pada tahap ini tidak dapat diselesaikan seterusnya memberi kesan kepada peringkat perkembangan seterusnya.

Pernahkah situasi ini berlaku kepada anda? Jika ya, bawa berbincang dengan ibu bapa dan ahi keluarga lain (terutamanya si abang) hanya jika anda sayangkan adik anda!!


p/s:Ia ditulis berdasarkan pengamatan/pemerhatian dan melalui pembacaan buku Psikologi Pendidikan oleh MOK SOON SANG (penerbitan multimedia) dibawah tajuk Teori Perkembangan.

Isnin, 8 November 2010

tahniah kak reen...


alhamdulillah
semoga ini yg terbaik buat sahabatku
kak renn

aku hanya sahabat
yg berusaha memberi yg terbaik buat mu
walau kadang masa bukan yg ku korbankan
mahupun duit yg menjadi sandaran

namun
untuk melihat kau berada ditempat yg terbaik
adalah harapan kami
~members of iman villa~

tahniah buat kak reen yg berjaya dengan penuh azam
insyaAllah IKIM makin dekat
dihati
dekat dihati kerana 'diisi'
(^_^)

(gambar yg di'culik')

p/s: bersabar menungu suara kak reen dari radio IKIM

Ahad, 7 November 2010

fight!!! fight!!! fight!!!!

mujahadah itu apa?
berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu

musuh utama ialah nafsu

dalam persiapkan diri utk hadapi neraca kehidupan(exam)...
nafsu perlu dididik, di'seksa'
tapi 'seksa' yg menguntungkan
'win-win situation'
menguntungkan neraca akhirat

mengantuk
malas
tidak bermotivasi
tidak berkualiti
dan banyak lagi negatifnya...


ibarat telur ayam
kuningnya matlamat (jadi anak ayam)
putihnya alat (bagi nutrien,perlindungan)

matlamat-untuk mengejar akhirat
alat-gunakan untuk capai matlamat

belajar adalah alat untuk capai matlamat

walau kadang tertinggal alat
namun parah lagi tertinggal matlamat

"Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku.”

ya Rabb, aku selalu kalah dengan nafsuku
bantu aku ya Rabb
bantu aku kasih kepadamu

kata Imam al-Ghazali: “Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.”

p/s : untuk pembacaan lanjut, boleh layari

haifa_aniqah
iman villa
8.02 a.m

Sabtu, 6 November 2010

ISK - INI SEJARAH KITA


KITA???
siapa kita???
student? anak? bapak? ibu? pekerja? jiran? org melayu??org malaysia?
(jawapan: orang ISLAM)

hadis logam tu apa??

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham"

logam ada ciri-ciri tersendiri...ada manfaat tersendiri...
sama macam manusia...KITA...

tapi!!!
sekiranya manusia tu dalam keadaan jahiliyyah, maka manfaat dia utk jahiliyyah..
sekiranya manusia tu islam, manfaatnya untuk islam..
sekiranya
dia FAHAM...

aku lihat dunia ini...
ramai bijak pandai yang mengaku dirinya islam...
profesor,pensyarah,doktor, engineer, pegawai bank, cikgu, penguatkuasa

tapi kenapa susah nak cari masjid universiti tempat aku belajar?
aku nampak bangunan baru tersergam indah
tapi pelik, dalam kesergaman bangunan
seorang pak cik bertanya..
"adik, pak cik nak solat, tapi pak cik tak jumpa pun surau..surau U ni kat mana??"

aku jawab...
"masjid paling dekat kat depan pintu masuk,
surau area ni xda pak cik..
yang ada bilik sembahyang, tapi ditutup sebab kawasan tu tengah renovate"

yang rancang pembangunan ni orang islam..
yang pegang pentadbiran org islam..
tapi kenapa org islam tak sensitif?

sbb tak FAHAM..

KENAPA KITA ADA KAT DUNIA NI???
bergembira? dapatkan gaji 10k?banglo utk setiap anak? kereta berderet? pHD sebelum 28thn?
boyfriend/girlfriend cantik? suami hensem? isteri cantik? sembahyang cukup? puasa tak tinggal?
(jawapan:khalifah + buat apa Allah suruh)

APA ASAL USUL SEJARAH KITA YG KITA WAJIB TAHU??
asal usul keturunan?macam mana mak ayah jumpa?penubuhan malaysia? melaka ditawan? reneissance? pendudukan jepun? perang dunia?perang salib?
(jawapan :sejarah jatuh & bangun islam)


~graf sejarah KITA~

KENAPA PERLU TAHU SEJARAH KITA???
(jawapan:dapatkan formula kejayaan)

adakah anda tahu...

tahun 2010 = zaman MEKAH (zaman jahiliyyah)
ada dakwah, tak ada daulah, tak ada tamadun islam

kita di zaman jahiliyyah...

macam mana nak ke zaman abbasiyyah
yg ada dakwah, daulah, tamadun islam??

sbb tu pentingnya dapatkan formula
dengan tahu sejarah KITA...

sudahkan anda tahu sejarah KITA???

anda tahu..tapi mungkin anda tak FAHAM...

..jangan biarkan diri anda dibelenggu ketidakfahaman dalam pengetahuan...

-------------------------------

ok, itu sedikit sebanyak point-point dalam ISK yg dibuat jumaat & sabtu..
banyak yg perlu dihuraikan, tapi kalau nak tahu..kenelah datang...
dari ditugaskan utk uruskan makanan disaat akhir
kepada PIC program,penganalisis, resolusi, penutup
sbb presenter kene balik awal
subhanallah..
sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik..
aku mengahrap yang terbaik buat diriku Ya Rabb
alhamdulillah....
kini lebih faham intipati ISK dengan akal dan hati..
semoga adik-adik yg di ISK kan faham dengan akal & hati
insyaAlah..


tahu + faham + 'rasa'

p/s: masih dalam intonasi kak zai=kak kimah=ustaz salam..
dengan trade mark
"faham ke?"

Rabu, 3 November 2010

..ada org 'sakit rumah'..

assalamualaikum....salam cuti2 exam...



agak-agak dapat teka tak menu apa kat atas tuh????
ikan keli goreng + pucuk daun ubi celur + sambal tumis cili api = menu utk org yg homesick


nak dipendekkan cerita, adalah sorang mamat ni, dia rindu kat mak, tapi mak tak bagi balik rumah (sbb kat rumah x study)

so, macam kesian la plak kat dia ni..
oleh kerana dia ada adik yg cute lg baik hati (masuk bakul angkat sendiri)
so adik dia pun masakkan lah menu yg wajib ditempah kalau balik umah..

harap-harapnya dapatlah mengubati 'sakit rumah' nya tu..

utk
isha @abang@ pisang@ shah@ haninafisha@fish@gendon?? :)

hidup kene SEMANGAT!!!
"...jangan engkau bersedih.sesunguhnya ALLAH bersama kita.."
(At-Taubah:40)

p/s: abang saya bagi penampal tapak kaki utk buang toksik badan...hehe.. :)