Konflik biasa berlaku apabila si abang dah masuk ke peringkat dewasa (sekolah menengah), manakala adiknya masih kebudak-budakan (sekolah rendah).
Konflik jelas bilamana situasi transisi si abang ke alam dewasa mengganggu suasana hubungan dan komunikasi si adik dengan abangnya.
Si adik yg masih perlukan kawan untuk ber'gusti', berguling dan lain-lain perkara yang kanak-kanak lelaki perlukan akan menghadapi masalah untuk bergurau dan bermain apabila si abang bersikap dingin dan mula merasakan ianya tidak sesuai dengan
naluri kedewasaannya. (normal bagi remaja lelaki).
Si abang dan si adik akan berperang dengan ego masing-masing (u/p:ego lelaki sangat dahsyat). Mereka semakin tidak rapat. Si abang dengan dunia remajanya, si adik dengan dunia memberontaknya. Yang dinamakan lelaki itu, cakapnya kurang. Si abang dengan monolognya sendiri,"aku kan abang". Si adik dengan perasaan tidak disayangi oleh abang.
persoalannya : siapakah mangsa? Si abang atau si adik?
'aku kan abang'
ini bermakna, adik yang menjadi mangsa
serangan psikologi
kesan-kesan serangan psikologi dapat diperhatikan melalui tindakan dan sikap yang ditunjukkan si adik.
- memberontak apabila diminta tolong
- kurang meluahkan perasaan dengan abang/ orang lebih dewasa
- bersikap kurang rational dengan adiknya
- bersikap dingin dengan ibu bapa
- lebih pendiam, memendam rasa
- melepaskan geram (bom meletup) pada keadaan tertentu
Apabila tindakan ini ditunjukkan oleh si adik, maka ibu bapa pula akan menghukum mereka tanpa mencari sebab.
Kesannya, si adik tadi akan mempunyai esteem diri yang rendah kerana pandangan orang terhadap dirinya seperti tidak dihargai. Situasi ini akan memberi kesan kepada pembentukan peribadinya kerana konflik yang berlaku pada tahap ini tidak dapat diselesaikan seterusnya memberi kesan kepada peringkat perkembangan seterusnya.
Pernahkah situasi ini berlaku kepada anda? Jika ya, bawa berbincang dengan ibu bapa dan ahi keluarga lain (terutamanya si abang) hanya jika anda sayangkan adik anda!!
p/s:Ia ditulis berdasarkan pengamatan/pemerhatian dan melalui pembacaan buku Psikologi Pendidikan oleh MOK SOON SANG (penerbitan multimedia) dibawah tajuk Teori Perkembangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan