apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Jumaat, 19 November 2010

kek gula hangus


assalamualaikum...
salam aidil adha
dikongsikan sedikit resepi
moga bermanfaat =)


bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum (diayak bersama soda bikarbonat)
2 sudu soda bikarbonat
2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak @ majerin
1/2 camca esen vanilla
6 biji telur
(untuk acuan 4 segi seperti dalam gambar adalah 1/2 daripada bahan-bahan diatas)


cara-cara:

1- cairkan gula pasir, sentiasa dikacau hingga gula cair, masukkan air, biarkan sejuk
2- pukul telur hingga kembang
3- masukkan susu pekat & minyak masak, kemudian pukul hingga sebati
4- masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati
5- masukkan gula hangus yang telah sejuk, kacau adunan hingga sebati
6- tapiskan adunan
7- sapu acuan kek dengan sedikit majerin
8- masukkan adunan
9- bakar pada suhu 150 darjah celsius, selama 12-20 minit

siap!!!!!



insyaAllah, mudah dibuat dan tak makan masa yg lama...

selamat mencuba

2 ulasan: