apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Ahad, 5 Disember 2010

1 muharam vs 1 januari

assalamualaikum =)

alhamdulillah.. sehinga ke hari ini diberikan nikmat iman & islam (Islam@islam-mana lebih penting??) Allah masih beri kesempatan hidup di muka bumi ini...

hidup untuk memenuhi tuntutan tujuan dihidupkan

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU" (Az-Zariyat :56)

insyaAllah, esok 1 Muharam 1432H...
bermakna hari ini kita akan baca doa akhir tahun & awal tahun....

sudahkah kita memuhasabah diri sepanjang 1431H yg lalu...?
apa khabar iman ku?
apa khabar amal ku?
apa khabar tarbiyah diriku?
apa khabar amanah yg dituntut?
apa khabar hutang keadilan saudaraku?
apa khabar usrahku?
apa khabar mad'u ku?
apa khabar nikmat (keluarga) ku?

dan banyak lagi khabar yg perlu disingkap...

hijrah..
bukan sekadar kisah penghijrahan nabi
namun konteks hijrah lebih luas
dan yg lebih utama ialah menghijrahkan diri
kerana musuh utama itu adalah diri sendiri

"oh, esok 1 muharam..cuti.."

ia bukan sekadar cuti saudaraku..
ia lebih dari itu..

lebih dari itu dengan erti makna sebenar sejauh mana pengharapan kita kepadaNYA

apakah sudah cukup pengharapanku
meletakkan tuhan didalam setiap langkah
melahirkan 'rasa' tuhanku dimana-mana
atau ianya hanya kadang - kala


namun seberapa ramai yg meletakkan 1 muharam adalah garis mula matlamat dan penghijrahan diri atau mungkin tidak perasan bila 1 muharam
mungkin ramai lagi yg meletakkan 1 januari sebagai garis mulanya matlamat sinonim dengan Tahun Baru..(ya, planner ku lebih cantik dengan mulanya 1 januari)

jadi garisan mula 1 muharam @ 1 januari??

pilihan ditangan kita...
iya, tidak ada salahnya diantara dua...
tapi 1 muharam itu ada kisah disebaliknya
kisah yg boleh dijadikan enzim kepada matlamat
dan 1 januari itu apa pula kisahnya???


maal hijrah (bersama hijrah)

semoga aku kuat
dengan tuhan sebagai sandaran
berada dalam biah yg baik
hati yg basah dengan rasa dosa
dan sedar tuhanku dimana-mana

salam bersama hijrah,
nurhaifa aniqah binti kamson,
29 zulhijjah 1431H,
8.30 pagi,
villa iman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan