apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Khamis, 6 Januari 2011

perang SEP

assalamualaikum belog =)

Semester baru sudah bermula. Maka bermulalah perang kami (pelajar SEP-sains dengan pendidikan) memperjuangkan hak masing-masing. Hak untuk mendaftarkan subjek yang bertindih mahupun jadual exam. Mudah bunyinya kan.

Iya, itulah fenomenanya terutamanya apabila dalam semester dan tahun akhir. Hanya kerana kami istimewa. Istimewa sebab melibatkan dua fakulti (sains & pendidikan ) dan banyak jabatan (fizik/kimia/math/bio/geologi). Tidak terkecuali juga yang sedang menaip ni. Ini merupakan pengalaman pertama berhadapan dengan jadual yang bertindih. Dua-dua melibatkan subjek fizik.

KAEDAH MATEMATIK - SELASA& KHAMIS - 3.30-5p.m
FIZIK ASAS AMALI - SELASA -10.00 -5 p.m
ELEKTRONIK AMALI - KHAMIS - 10.00-5 p.m

Jika subjek Kaedah matematik tidak didaftarkan, ini bermakna perlu sambung lagi 1 sem hanya kerana 1 subjek..(tidak mahu).. Jadi, berperang dengan birokrasi memang penyelesaian terbaik.

langkah-langkah yang perlu dibuat :

1-memaklumkan kepada pensyarah yang terlibat, berbincang untuk penyelesaian yang terbaik samaada masuk/keluar kelas lebih awal/ lambat, menukar jadual pada waktu lain (tidak mungkin), atau kata putus pensyarah "saya tak boleh buat apa-apa, awak kene ambil semester depan" (parah). jadi, pensyarah-pensyaeah perlu menyatakan kata putus yang sama.

2-buat surat permohonan kepada Seksyen Kemasukan Rekod dan Data (SKRD) apabila pensyarah bagi lampu hijau (selepas mengetuk bilik pensyarah dan membuatkan pensyarah 'cop' muka- ada baiknya juga) dengan mendapatkan pengesahan bercop dari pensyarah, ketua jabatan dan timbalan dekan akademik. Menunggu pengesahan dari ketua jabatan dan timbalan dekan memakan masa beberapa hari.

3-hantar surat kepada SKRD, dan tunggu hingga lampu hijau diberi.

Tidak banyak pun yang perlu dibuat, hanya dengan 3 langkah. (cuba untuk mempositif kan diri)

Ada lagi kawan-kawan yang berhadapan dengan masalah yang sama, bukan hanya 2 subjek, malah lebih dari itu.


Semoga kawan-kawan saya sabar, ayuh kita berusaha memperjuangkan hak masing-masing. Kepada kawan-kawan yang terpaksa melanjutkan lagi 1 sem kerana terlalu banyak pertindihan, diharapkan ini merupakan ujian yang mamatangkan kita.

ujian menjadikan kita faham apa erti hidup, berjuang kerana percaya dengan adanya harapan meskipun payah.
pandanglah ujian ini dalam pandangan yang positif, dan banyak lagi ujian yang bakal ditempuh.
yakin bahawa ujian ini adalah tanda sayang Allah pada kita, menjadikan kita dekat dengan DIA.

dan, sekiranya kita merasakan kita tidak dapat apa yang kita mahukan, tenangkanlah hati

"...boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, sedangkan itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahu sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah : 216)

p/s: hari ini akan memulakan langkah pertama =)

2 ulasan:

  1. berusaha! semoga kamu mendapatkan yang terbaik dalam perjuangan ini! ^__^. InsyaAllah, apapun keputusan pasti bersama hikmah tersendiri.

    BalasPadam
  2. =) ya akak... setiap yg berlaku ada hikmah tersendiri... boleh jadi habis sem ni, boleh jadi juga xtend..masih dlm proses.. =)

    BalasPadam