"Maka itulah Allah, Tuhan kamu yang sebenarnya, maka tidak ada setelah kebenaran itu melainkan kesesatan. Maka mengapa kamu berpaling (dari kebenaran)?
(Yunus:32)
"Dan katakanlah "kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap"
Sungguh yang batil itu pasti lenyap"
(Al-Isra':81)
Kebenaran itu adalah Allah, yang bersifat kekal
kebenaran itu disampaikan oleh nabi dan hidayah itu milik Allah
Allah memberi kesedaran, fitrah kita sebagai manusia untuk mencari kebenaran
Kesedaran terhadap kebaikan dan keburukan,
namun kita sendiri yang memilih untuk baik atau buruk.
Apabila seseorang itu telah menemui dan mengakui kebenaran, maka kebatilan itu akan tertolak
kebatilan ibarat buih-buih yang menutupi air dilautan, kebenaran akan tertegak dengan perginya buih-buih kerana kebatilan itu tidak kekal, yang kekal hanyalah kebenaran
Alhamdulillah, sedkit intipati Daurah Manusia dan Kebenaran yang dikupas dari buku karya Yusuf Qardhawi. Sepanjang daurah, teringat kisah-kisah lalu bagaimana diri ini menemui kebenaran yang dicari. iya, hampir 5 tahun mencari sesuatu yang hilang, mencari jawapan pada persoalan, memenuhi sesuatu yang kosong, hingga tiba saatnya, benar, hidayah itu milik Allah.
Betapa puasnya menemui kebenaran, bertambah manis dengan hidayah Tuhan.
aku yakin jalan ini, jangan aku dipaling setelah kutemui kebenaran
Ya Allah, tetapkan hambaMu dijalan ini
walau diuji, itu kerana sayangMU
juga kerana dosa-dosa ku
~aku tidak mahu menjadi manusia yang tidur dan hanya akan tersedar apabila mati~
aku yakin,
"wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah,
nescahaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu:
(Muhammad:7)
yakinkah anda??
(tepuk dada, tanya iman)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan