apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Khamis, 13 Januari 2011

cahaya bergerak lurus, kita?

assalamualaikum =)

Alhamdulillah, selesai sudah pertapaan di makmal,oh... untuk minggu ini sahaja. Ada lagi pertapaan untuk minggu-minggi seterusnya.

Surat permohohan (entri sebelum ini) juga sedang bertapa di Pejabat Dekan untuk kelulusan Prof Yatimah.

Nak berkongsi sedikit dengan apa yg kami buat di makmal fizik Asas untuk 12 jam (2minggu) bagi 1 eksperimen. Macam lama kan , tapi sebenarnya macam tak cukup. heh, manusia, memang tak pernah rasa cukup.

eksperimen pertama nak uji konsep 'polarization' (pengutuban) bagi cahaya. Sebab itulah juga eksperimen ni dibuat dalam bilik gelap (sangat enak untuk tidur). Cahaya ni, apabila dipancarkan, akan tersebar dalam semua sudut (umpolarized) . macam kat gambar . Bila kita letak polarizer (kami guna 'quarza') makanya, cahaya tu akan dikutubkan (polarized). faham kan? ok, tak faham pun tak pe.. =)

gambar kat bawah ni diambil selepas hampir 4 jam mendapatkan cahaya yang paling lurus yang boleh melalui lubang pada spectrometer. Itulah hukum alam, cahaya bergerak lurus. Dan nak membuktikan kebenaran teori ni, cahaya perlu benar-benar selari dengan semua alat sehinggalah sampai ke spectrometer. susah ke? memang susah, tapi mungkin dah beribu orang buktikan teori ni.



Untuk membuktikan teori eksperimen ni, cahaya perlu dalam keadaan lurus.

Begitu juga untuk membuktikan bahawa kita ini hamba yang taat, kita perlu berada pada jalan yang lurus.

Meluruskan cahaya yang memakan masa berjam-jam adalah satu pengajaran bermakna. Mungkin itulah hikmah terbaik untuk diri ini.

Jika kita boleh meluruskan cahaya, yakinlah kita juga mampu untuk meletakkan diri kita dalam jalan yang lurus.

Iya, sebab setiap hari kan kita dah doa dalam solat...

"tunjukkanlah kami jalan yang lurus.." (Al Fatihah : 6)

cuma, kene faham dengan hati apa yang kita doakan, insyaAllah =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan