apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Ahad, 16 Januari 2011

pisang shah




24 tahun sudah..
17 januari, hari dimana untuk mengingat kelahiran kamoooo...
tapi paling dekat untuk ingat mati
heh..suram pulak


ok, ini ialah abang kandung yang namanya macam perempuan (orang kata)
Mohd Haninafisha bin Kamson
belajar di UM juga, kejuruteraan awam
impian kami ialah grad sama-sama
huhu, terharu sangat bila dia kata "kita mesti grad sama-sama"
dalam kondisi saya yang tak menentu,
ok, kita usaha!!!!

sem ni rasanya agak sedih, sbb ini sem terakhir kami kat KL
iyalah, hidup berdikari adik-beradik kat tempat orang
pernah merempit sama2
pernah tersepit pintu LRT di KLCC
pernah berkongsi makanan sbb dia stay kolej yg xda makan
pernah topup menopup
pernah susah 'kering' sama2
pernah tertinggal bus untuk balik hari raya aidilfitri
pernah kene gossip disangka pasangan kekasih (haishh...)
pernah juga 'dingin' (masakan lidah lagi tergigit)
jatuh, bangun kita sama-sama
tapi itulah, air dicincang, insyaAllah tak kan putus...

ini sahaja abang kandung yg saya ada,
dulu, kini dan selamanya
walaupun tak dipanggil abang (panggil nama aja)
tapi insyaAllah, satu hari nanti doa saya akan termakbul
melihat pintu hatinya diketuk dgn kebenaran
insyaAllah, aku kene usaha lebih...

Allah, jagai dia, ajari dia, sayangi dia, ingatkan dia,
Allah, biar dia susah,
asal hatinya dengan MU..
biar dia senang setelah melihat kebenaran itu..

"selamat hari lahir, abang"

2 ulasan:

  1. grade sama2? nice idea.. same to me and kak siti. grade sama2 (2009). good luck!

    BalasPadam
  2. sweet & jimat duit mak abah..hehe..kita merancang, tapi perancangan Allah paling baik kan.. =)

    BalasPadam