apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Jumaat, 3 Disember 2010

tahniah : 4 dalam 1


assalamualaikum w.b.t =)
cuba bersabar ketika menulis entri ni..

tahniah (bagi yg terlibat)... 4 dalam 1...

apa yg HEBAT!! bila 4 dalam 1????
4 augerah dirangkul
4 emas sukan dalam 1 hari
4 negara buat perjanjian maritim dgn malaysia
apa lg 4 dalam 1 yg membanggakan???

oppss...jgn lupa..4 isteri untuk satu suami... =)

ok, sebenarnya yg dikatakan 4 dalam 1 untuk entri kali
ini berkenaan dgn kenaikan harga..

1- petrol
2- diesel
3- gula pasir
4- gas


yup!! 4 barang dalam 1 kenaikan..

boleh rujuk : malaysiakini.com



bagaimana ya, pakcik yg duduk kampung...
sember pendapatan sawit, kerja-kerja kampung...
isi minyak motor kapcai...
nak hantar anak-anak sekolah..
nak isi minyak mesin potong rumput..
nak isi perut anak isteri..
pendapatan tak juga meningkat..
tapi perbelanjaan meningkat..

aduh..
sakit...
perit..

bagaimana ya, mak cik yang pendapatannya meniaga kuih muih..
gula sekilo rm2.10..
tepung pulut sekotak, dari rm34 dah menginjak rm40..
gas pun naik..
"mak cik, kuih sebiji berapa?"
"sebiji 40sen dik"
"kecik macam ni 40sen!!! mahalnya, tak jadi la beli"
kalau berhenti niaga...
siapa nak belanja makan rumah..
duit belanja anak sekolah sapa nak bagi..
suami dah lama meninggal...

aduh..
sakit..
perit..


bersabarlah duhai abah abah...
bersabarlah duhai emak emak diluar sana...
ini semua ujian dunia..
biar miskin harta..
tapi berusaha lah supaya ALLAH sayang kita...
Allah sayang dengan menganugerahkan anak-anak yg soleh..yg solehah..
yg menjadi sumber pendapatan mak, abah dia alam barzakh...

"Ya Allah, semoga mereka tabah..kurniakan mereka anak-anak yg menjadi penyejuk mata, penawar hati, penerus saham akhirat..amin"


haifa_aniqah
7 p.m
damansara


2 ulasan: