apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Rabu, 20 April 2011

tahap takut, tahap iman

Memang salah sendiri. 4 tahun study UM, sekalipun tak pernah jumpa penasihat akademik. Datang pun just minak sign sahkan mejor minor. Itu pun bagi kat kaunter HEP sebab masa tu Penasihat Akademik jadi TNC HEPA dan semestinya penasihat akademik bukan dari Fizik atau math, tapi BIOLOGI..360 degree shifted!!...fuhhh..

Sekarang sibuk-sibuk nak cari PA nak mintak sahkan borang penijazahan.. Memang kecut perut bila dia kata "saya tak nak sign" tapi dia suruh jumpa Isnin ni..

Ya Allah, perasaannya cuma Allah yang tahu, kecut la bila PA ni berstatus YB Datuk DR .... Ini memang first time berurusan dengan someone yang ....errr..tak tau nak cakap camne, orang-orang VVVIP kot.. After habis khidmat dia as TNC, skrg bertugas kat Institut Kongzhi, UM.
Maknanya, nak dapatkan sign dia perlulah menapak ke Jalan Tun Ismail, area PWTC.
Bertambah-tambah kecut + seram + takutnya..

Start la fikir yang bukan-bukan. Apa ayat pertama dia nak cakap? Apa soalan dia? possible tak dia cakap "you tak boleh greduate, I nak you extend, baiki pointer" huhu..Tambah-tambah lagi tengok result exam yang semestinya bukan 4.0!!

Ketakutan menyelubungi diri hampir 1 jam.. bernasib baik sebab roomate (sofwah) tengah sibuk siapkan esiment, jadi tak berkesempatan nak tengok muka yang agaknya macam nampak harimau..

bila direnung balik perasaan takut ni, tanya balik diri..
HAIFA, kenapa kau takut sangat?
sbb dia org 'besar' VVVIP, Datuk, DR

kenapa takut dia orang 'besar'?
malu dengan diri sendiri

if dia marah, then sign borang, apa effect nya pada kau lepas tu?
xda apa-apa, aku akan tinggalkan UM, then dia pun dah lupa aku..

THEN?? kenapa nak takut sangat?
no answer..

start thinking..

perasaan takut yang kau alami sekarang ni, sama tak dengan perasaan takut dengan Allah?
perasaan takut bila dengar azab-azab Allah?
perasaan takut bila rasa dosa menyelubungi diri?
perasaan takut bila buat salah, tahu buat salah, tahu Allah nampak kita buat salah?

apa tahap ketakutannya?

takut ALLAH = takut DATUK/YB/DR/prof/orang 'besar'
takut ALLAH > takut DATUK/YB/DR/prof/orang 'besar'
takut ALLAH < takut DATUK/YB/DR/prof/orang 'besar'


subhanallah, ya Allah..
ampunkan dosaku.. kerana aku lebih takutkan hambaMU dari ENGKAU sendiri..

tahap apakah imanku ini??



-----

peringatan untuk diri,
sejauh mana kesilapan kita, perbaiki diri, belajar dari kesilapan.
takutkan silap kita dengan manusia, tapi jangan lupa takutkan silap kita dengan Allah..
mungkin kita lupa sbb kita nampak manusia, tapi kita tak nampak Allah..
tak nampak ALLAH, tapi yakin dan percaya dengan ALLAH itu kan RUKUN IMAN?

kamu kata, kamu percaya dengan RUKUM IMAN? tapi adakah kamu beriman?

-----
semoga urusanku ISNIN ni dimudahkan

cikgu haifa,
12.30 p.m
IMAN Villa
pantai permai.

Jumaat, 8 April 2011

muha SABAH

1) "kita pergi program sama-sama, dapat input yang sama, tapi jumpa Allah kita sorang-sorang je. Allah tak tanya A, apa yang kita buat, tapi Allah tanya kita, apa yang kita buat.."
program : input
kita : output

jadi, output kita lepas program ada x?

2) "betapa teruknya kita, 3 kali perdana menteri dah bertukar, tapi isu S _ _ S masih tak selesai. orang lain sibuk bincang nak tolong jepun, kita sibuk bincang nak jatuhkan orag sendiri..katanya kita negara ISLAM"

tapi islam kah kita? atau kita sekadar ISLAM?

3) setiap bulan mak bagi RM2000, suatu hari mak kata "dik, mak nak mitak tolong topupkan tepon mak RM10, mak tak sempat nak kuar rumah" jawapan kita "alah mak ni, duit ni nak simpan PC fair bulan depan, nak beli iPAD2, nak usha PC fair..tak bolehlah"

beza sangat ke RM2000 dengan RM10? berkira kan.. ni baru kes mak , anak..

suatu hari yang damai seorang kakak mengajak "dik, jom ikut akak pegi dengar talk pasal palestine malam ni, kejap je" dalam hati: ish, sibuklah akak ni, aku nak landing kat katil yang empuk ni, cite KCB tak habis tengok lagi.. "tak pe lah kak, saya ada keje lah nak buat, penting sangat nih"

berkira kan kita..

nak kata kita ni berkira, tak pulak kita ni berkira-kira nikmat masa Allah bagi..
1 saat=RM50
1 minit = RM3000
1 jam = RM180,000
1 hari = RM4320,000
1 bulan = RM129,600,000
1 tahun?
10 tahun?
dah 23 tahun hidup?

ni baru andaian 1 saat RM50
ternilai ke masa yang Allah bagi pada kita dengan RM50 je??

tapi kita masih berkira kan dengan ALLAH yang bagi kita nikmat kelapangan masa...

4) kita solat sbb dah masuk waktu

atau kita solat sbb nak masuk syurga

atau kita solat sbb kita sayang Allah

atau lain??

--------

beberapa persoalan yang menjerat diri sejak kebelakangan ini,
itulah hidup, mencari hakikat diri..

Jumaat, 1 April 2011

indahnya bila Allah suka..

korang rasa apa cerita hot utk student-student U kalau dah akhir2 sem 2 ni?? dinner kan.. dinner kolej, dinner course, dinner final year, dinner apa lg? macam-macam dinner la..

macam-macam dinner, makanya macam-macam tema..
ala-ala arab, ala-ala glamour
macam-macam tema, makanya macam-macam tempat..
hotel 5 bintang, hotel cina, cruise...
macam-macam tempat makanya macam-macam tebiat...
mmg buang tebiat, yg di'tutup' terbuka, yang was-was jadi yakin, yang haram jadi halal..
yang gaya intelligent tahap U dah mcm intelligent tahap org barat..
macam-macam yang diluar tebiat..

Inikah yang dinamakan pengakhiran semester??
"yeah, kitakan dah final year..bila lagi..sporing lah sikit."
apa makna sporting? bergambarberdua? bersentuh pipi? gaya mak datin..?

berkorban duit ratus-ratus sewa baju riza_ _ _ _ ?
"yeah, murah je tu, dia bagi discount utk student"

situasi ni mungkin pernah berlaku pada diri sendiri, kawan-kawan kita syok cite dinner, tema apa, gaya apa, baju apa...
bagi yang ada perasaan 'jelik' dengan cite-cite diner ni korang buat apa dgn kawan2 korang?
korang iya kan je ke apa yang daorang cakap..

"kita org nak pakai selendang, nampak rambut sikit je"
kita pun diam, mcm ditarik nikmat suara..kan?

mungkin yang kita mampu cakap
"yakin ke nak pegi?" dibalasnya "dah bayar beratus, rugi tak pegi"
"kalau dah niat datang nak makan sbb rugi dah bayar, pakai yang simple-simple je" dibalasnya "ish, mestilah ikut tema, nanti pelik la saya sorang yang tak ikut tema"
"bawak telekung, nak solat maghrib" dijawabnya "mana ada orang pegi dinner bawak beg telekung, lagipun ada je telekung kat surau hotel"
"comfirm ke?" tak terjawab pula... hmmm..kawan-kawan..

skrg dah duduk IMAN villa, dah tak da la dinner rasmi.. tapi kawan-kawan ada la.. tu yang hot..
tapi memang panas tengok gambar-gambar kat FB.. (sendiri cari nahas, siapa suruh bukak FB)

sedih..dah tahun 4, final year, final sem (insyaAllah)...
cuma mampu cakap yakin ke, bwak telekung, pakai simple-simple...

masih tak mampu nak buat satu suasana baru..

indahnya dinner kita ,
makan tempat yang comfirm halal,
start lepas solat magrib jemaah,
mulakan dengan tazkirah, doa,
niat meraikan teman-teman,
makan dengan mendahulukan,
tak cukup makanan, kita share,
lebih makanan, kita tapau balik umah..hehe..
bagi peringatan untuk teman-teman,
peringatan untuk sama-sama 'kuat'..
perigatan untuk sama-sama jaga iman..
diakhri dengan berjabat, berpelukan..
bertemu berpisah kerana TUHAN..

indahnya bila Allah suka..

p/s: insyaAllah dinner IMAN villa a.k.a dinner usrah akan menyusul... Semoga Allah bagi moment yang indah buat kami..moment yang Allah redha..amin.. =)

nothing can be said...

kawan-kawan cina sibuk dengan cite april fool diaorang.. ni pun april fool kerajaan malasia kot .. siap2 kanlah diri pilih pemimpin, PRK 13 nak dekat.infak duit banyak untuk agama xpe..lain2??? pikir la sendiri..

sumber: malaysiakini.com

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.


Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah," katanya ketika dihubungi.

Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.

Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Ini kali kelima harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya diapungkan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi.