apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Rabu, 20 April 2011

tahap takut, tahap iman

Memang salah sendiri. 4 tahun study UM, sekalipun tak pernah jumpa penasihat akademik. Datang pun just minak sign sahkan mejor minor. Itu pun bagi kat kaunter HEP sebab masa tu Penasihat Akademik jadi TNC HEPA dan semestinya penasihat akademik bukan dari Fizik atau math, tapi BIOLOGI..360 degree shifted!!...fuhhh..

Sekarang sibuk-sibuk nak cari PA nak mintak sahkan borang penijazahan.. Memang kecut perut bila dia kata "saya tak nak sign" tapi dia suruh jumpa Isnin ni..

Ya Allah, perasaannya cuma Allah yang tahu, kecut la bila PA ni berstatus YB Datuk DR .... Ini memang first time berurusan dengan someone yang ....errr..tak tau nak cakap camne, orang-orang VVVIP kot.. After habis khidmat dia as TNC, skrg bertugas kat Institut Kongzhi, UM.
Maknanya, nak dapatkan sign dia perlulah menapak ke Jalan Tun Ismail, area PWTC.
Bertambah-tambah kecut + seram + takutnya..

Start la fikir yang bukan-bukan. Apa ayat pertama dia nak cakap? Apa soalan dia? possible tak dia cakap "you tak boleh greduate, I nak you extend, baiki pointer" huhu..Tambah-tambah lagi tengok result exam yang semestinya bukan 4.0!!

Ketakutan menyelubungi diri hampir 1 jam.. bernasib baik sebab roomate (sofwah) tengah sibuk siapkan esiment, jadi tak berkesempatan nak tengok muka yang agaknya macam nampak harimau..

bila direnung balik perasaan takut ni, tanya balik diri..
HAIFA, kenapa kau takut sangat?
sbb dia org 'besar' VVVIP, Datuk, DR

kenapa takut dia orang 'besar'?
malu dengan diri sendiri

if dia marah, then sign borang, apa effect nya pada kau lepas tu?
xda apa-apa, aku akan tinggalkan UM, then dia pun dah lupa aku..

THEN?? kenapa nak takut sangat?
no answer..

start thinking..

perasaan takut yang kau alami sekarang ni, sama tak dengan perasaan takut dengan Allah?
perasaan takut bila dengar azab-azab Allah?
perasaan takut bila rasa dosa menyelubungi diri?
perasaan takut bila buat salah, tahu buat salah, tahu Allah nampak kita buat salah?

apa tahap ketakutannya?

takut ALLAH = takut DATUK/YB/DR/prof/orang 'besar'
takut ALLAH > takut DATUK/YB/DR/prof/orang 'besar'
takut ALLAH < takut DATUK/YB/DR/prof/orang 'besar'


subhanallah, ya Allah..
ampunkan dosaku.. kerana aku lebih takutkan hambaMU dari ENGKAU sendiri..

tahap apakah imanku ini??



-----

peringatan untuk diri,
sejauh mana kesilapan kita, perbaiki diri, belajar dari kesilapan.
takutkan silap kita dengan manusia, tapi jangan lupa takutkan silap kita dengan Allah..
mungkin kita lupa sbb kita nampak manusia, tapi kita tak nampak Allah..
tak nampak ALLAH, tapi yakin dan percaya dengan ALLAH itu kan RUKUN IMAN?

kamu kata, kamu percaya dengan RUKUM IMAN? tapi adakah kamu beriman?

-----
semoga urusanku ISNIN ni dimudahkan

cikgu haifa,
12.30 p.m
IMAN Villa
pantai permai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan