apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Jumaat, 8 April 2011

muha SABAH

1) "kita pergi program sama-sama, dapat input yang sama, tapi jumpa Allah kita sorang-sorang je. Allah tak tanya A, apa yang kita buat, tapi Allah tanya kita, apa yang kita buat.."
program : input
kita : output

jadi, output kita lepas program ada x?

2) "betapa teruknya kita, 3 kali perdana menteri dah bertukar, tapi isu S _ _ S masih tak selesai. orang lain sibuk bincang nak tolong jepun, kita sibuk bincang nak jatuhkan orag sendiri..katanya kita negara ISLAM"

tapi islam kah kita? atau kita sekadar ISLAM?

3) setiap bulan mak bagi RM2000, suatu hari mak kata "dik, mak nak mitak tolong topupkan tepon mak RM10, mak tak sempat nak kuar rumah" jawapan kita "alah mak ni, duit ni nak simpan PC fair bulan depan, nak beli iPAD2, nak usha PC fair..tak bolehlah"

beza sangat ke RM2000 dengan RM10? berkira kan.. ni baru kes mak , anak..

suatu hari yang damai seorang kakak mengajak "dik, jom ikut akak pegi dengar talk pasal palestine malam ni, kejap je" dalam hati: ish, sibuklah akak ni, aku nak landing kat katil yang empuk ni, cite KCB tak habis tengok lagi.. "tak pe lah kak, saya ada keje lah nak buat, penting sangat nih"

berkira kan kita..

nak kata kita ni berkira, tak pulak kita ni berkira-kira nikmat masa Allah bagi..
1 saat=RM50
1 minit = RM3000
1 jam = RM180,000
1 hari = RM4320,000
1 bulan = RM129,600,000
1 tahun?
10 tahun?
dah 23 tahun hidup?

ni baru andaian 1 saat RM50
ternilai ke masa yang Allah bagi pada kita dengan RM50 je??

tapi kita masih berkira kan dengan ALLAH yang bagi kita nikmat kelapangan masa...

4) kita solat sbb dah masuk waktu

atau kita solat sbb nak masuk syurga

atau kita solat sbb kita sayang Allah

atau lain??

--------

beberapa persoalan yang menjerat diri sejak kebelakangan ini,
itulah hidup, mencari hakikat diri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan