dua puluh tiga... banyak dan sikit
boleh jadi lebih banyak dosa dan sikit amalnya
boleh jadi lebih banyak amal dan sikit dosanya
muhasabah diri, jgn disiakan lagi sisa hidup yg ada..
jgn tunggu empat puluh baru mahu bawa hati kepada tuhan
belum tentu empat puluh akan tiba
tepat jam 8.30 a.m (mesej sampai)
mak: hapy birthday dik, mak doakan sehat, dimudahkan urusan dunia akhirat
anak: huhu..tk mak lahirkan kita, mak ingat birtday anak mesti ingat sakit bersalin kan
mak: ya, 8.30 bersalin, mengandung xda problem, bersalin pun tak sakit lama, moga mudah camtu hingga akhirnya..
anak: mak, esok kt g sekolah, nervous
mak: tarik nafas panjang-panjang, tunaikan cita-cita mak, gantikan mak..
air mata mengalir laju...
ayuh muhasabah diri...
kita leka dengan ucapan "happy birthday", mungkin dibelanja makan/sambut oleh kawan, family, pakwe juga barangkali...
lupa dgn ucapan terima kasih buat mak yg sakit melahirkan... mungkin disaat kita gembira dgn ucapan happy birthday, mak kita terkenang saat melahirkan kita.. bertarung nyawa..
hari lahir, bukan hanya untuk diri sendiri
tapi kisah lebih dari satu manusia
mak, anak
dan juga abah...
itu makna hari lahir
makna hari lahir bagi anda?
semoga ianya membawa hati kpd tuhan..
p/s: esok hari guru, bermula episod hidup sbg guru praktikal.. insyaAllah berbekalkan semangat mak, semoga segala urusan diberkati Allah sebagai pendidik, menyentuh jiwa anak-anak, menjadikan profesyen perguruan sebagai jalan mencari redho tuhan..
cikgu nurhaifa,
iman villa, KL
9.20 am
15 mei 2011
-ayuh dhuha-
selamat hari lahir cikgu haifa ^____^
BalasPadamesok ngajar molek2 deh!bertabahlah!
syukran kak sarah... =)
BalasPadamseram2 ni..melangkah dengan penuh yakin, insyaAllah!!