apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Isnin, 23 Mei 2011

23 - MEI - 2011

Isnin datang lagi..
student pun exam lagi

arini ada kelas 4P2 je

cikgu: knp kamu tak suka matematik?

S1: kepala saya serabut dengan nombor-nombor ni cikgu.
S2: saya mmg lambat pick up cikgu
S3: cikgu (yg lepas) ajar tapi dia tumpu kat org yang duduk tengah je. saya yang duduk tepi ni da tak peduli pun.
S4: dalam kelas faham, tapi nak buat soalan tak tau
S5: saya selalu tak datang sekolah, banyak yang saya tertinggal, saya tak faham
cikgu: kenapa tak datang sekolah?
S5: saya jaga adik kat umah, saya ada family problem
S6: saya memang main-main cikgu, saya tak suka buat latihan, dah banyak kali cikgu nasihat, tapi saya memang tak suka buat latihan, buku saya semua kosong

terima kasih atas respon anak-anak yang jujur
ya Allah lapangkan hati anak-anak ini.

bukan A matlamat nya, tapi peningkatan.
manusia merancang...Allah yang menentukan..

nota 1: kene buat mural kat makmal sains@ fizik
nota 2: movie maker utk persembahan hari guru sangat menguji kesabaran =)
nota 3: alhamdulillah, siap tanda & bagi markah kelas 4MPV1 kat cikgu khairuddin..peace!! (takut dgn cikgu disiplin)
nota 4: cikgu2 tak sabar nak cuti, kami takut fikir lepas cuti sbb dah kene observe dgn lec & guru pembimbing
nota 5: GPK pentadbiran 'ikut buku'.. jadi, kene ikut buku juga kalau nak selamat..ngee..

jumpa lagi..assalamualaikum =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan