apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Rabu, 18 Mei 2011

18 - Mei - 2011

assalamualaikum... =)

sepertia biasa, update untuk arini.. Alhamdulillah, dapat jumpa & tanya pasal student kelas 4MPV1 dari cikgu math diaorg, yg juga cikgu disiplin..cikgu khairuddin. jadi, konklusi dari perbincangan disimpulkan yg masalah diaorg ni ialah kehadiran yg sangat teruk (hampir separuh tak datang kelas), harini ajar budak yg datang, esok ajar budak yg semalamnya tak datang, so tak ada continuity bila nak ajar.. sentiasa ada misconception, masalah disiplin (even cikgu disiplin yg ajar pun tak makan saman) dan mungkin juga ada sedikit 'ketakutan' bila tengok benda-benda yangberkaitan dgn nombor.

Alhamdulillah,harini masuk juga kelas 4MPV1 ni, macam kapal pecah pun ada. Tapi diorang ni istimewa, sbb bab masak- memasak ni memang hebat sbb diaorg pengkhususan katering.

Tanya camne nak wat pulut panggang memang semua pakar. =)

Tapi ada sorang budak laki dalam kelas ni, dia pendiam sangat. Dia tak kacau kawan, dan kawan mmg tak kacau dia. Tabiat dia duduk tepi pintu kelas, termenung. Bila ditanya "tak ulangkaji dengan kawan2 ke?" dia jawab "saya risau sbb tak bawak kalkulator. mungkin dia ada masalah sbb terlalu memikirkan masalah..hmmm.. tak boleh nak buat penilaian awal lagi..

apa-apa pun, langkah pertama nak solve kan masalah ialah mcm mana nak tarik minat diaorg ni datang sekolah, then barulah proses PnP jalan dengan baik. but how???

.........to be continue....

ngee...

one more.. kami cikgu-cikgu praktikal & cikgu -cikgu baru ditugaskan untuk buat persempahan masa hari guru.. and kami cikgu praktikal UM as core nya...
apa ya, persembahan yang menjaga maruah?? any idea?? ngeeee...

doa untuk mendapat kepuasan tidur :

"Ya Allah ya tuhanku, telah terbenam bintang-bintang dan telah terlelap semua mata, dan tinggallah Engkau sahaja, wahai yang Maha hidup dan yang berdiri dengan sendirinya, tenagkanlah malamku ini dan lelapkan mataku"

dipetik dari buku Doa, Zikir dan Munajat yang didengari Allah oleh Ustaz zahazan Mohamed (Telaga BIru)

Alhamdulillah, sedang mengamalkan doa ni sbb alami masalah mengantuk tapi otak still jalan..

jumpa lagi, insyaAllah

cikgu Haifa,
iman villa
pantai permai
18/5/2011
10.30 p.m

Tiada ulasan:

Catat Ulasan