assalamualaikum... jadi apa yg menarik arini kat sekolah?
oleh kerana kelas 4MPV1 xda exam arini dan yang datang kelas tak sampai pun 10 orang, kami main2 kad.
kad hijau, oren, biru & kuning.
tapi, alangkah mencabarnya nak suh diaorg ni duduk dan bagi perhatian. Last-last, kami duduk mcm dalam kedai kopi.
alhamdulillah, daripada alaxender (student cina yg suka nama alaxender) yg buat-buat tidur, sume nampak berminat dengan kad-kad warna. nak buat magic show ke cikgu ni?
syarat permainan senang je.
warna lain tak boleh dicampur dengan warna lain. contoh, hijau tak boleh campur warna biru.
jadi kalau ditulis, hijau + biru, apa jawapannya?
hijau + biru = ?
jawapan : hijau + biru.
ada juga yang bagi jawapan hijau biru, jadi kene ingatkan semula syarat permainan.
ok, dari soalan-soalan campur kad ni dah boleh tengok mana yang cepat faham dan mana yang kene bagi perhatian lebih.
lepas dah main-main kad ni dengan diaorang, di belakang kad tu kita tulis 'unknown'.
kad biru (x) oren (y) hijau (p) kuning (q)
then tanya semula if hijau + hijau = 2 hijau
kalau p + p = ?
alhamdulillah, ada yang paham boleh jawab 2p.
mcm tu lah hingga 30 minit kelas. harap-harap faham, sbb dalam exam mmg diorang tak tahu jawab soalan 5p+3q. yg dijawabnya 8pq..
ok, tak pe..kita tengok apa perkembangannya lepas ni..
sebelum habis kelas tadi dah bagi amaran
cikgu :esok saya ada kelas dengan kamu lagi ya, jgn buat-buat lupa, nak ponteng sekolah
syahida: alamak, saya baru plan tak nak datang sekolah cikgu. hari jumaat mmg ramai tak datang kelas
alaxender+adnan : korang datang esok, aku nak datang sekolah esok. korang tak datang siap!!
syuhada: cikgu, esok kita main-main lagi mcm ni.
alhamdulillah, hope diaorang datang esok.. and I need something more innovation for tomorrow.
think..think..think...
"rabbi yassir wa la tua'ssir"
p/s: jadi ajk buku cenderamata untuk hari sukan sekolah =)
jumpa lagi
mode: rindu usrah
cikgu haifa,
iman villa
pantai permai
19/05/2011
7.10 p.m
7.10 p.m
^^ i like it fa
BalasPadam