apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Selasa, 24 Mei 2011

24 - MEI - 2011

on the way balik bilik guru after lunch,

"ustazah, ustazah kan? saya nak tanya, kalau saya datang bulan, saya pegang surah Yaasin (buku) boleh tak?"
lepas bagi jawapan, dia cium tangan dan sempat bergurau

"c---l la ustazah ni" sambil cubit pipiku. anak...anak... (anak-anak sesi petang mungkin, tak sempat bertanya)

telatah anak-anak yang tak disangka-sangka memang selalu mencuit hati, walaupun tak pernah mengajar anak-anak ni, dan memang tak kenal pun, tetapi sedikit sebanyak membakar semangat cikgu untuk sedar akan manfaatnya dia disekolah, walaupun ada yg tak mahu mendengar apatah lagi mahu belajar..

"cikgu, cikgu kene sabar ajar kita org, kita org ni mmg lambat cikgu, kami tahu cikgu penat"
terharu dengan ayat anak-anak 4P2 yang minta diterangkan semula soalan persamaan serentak yang hampir memakan masa 30 minit.

Alaxender juga tak tidur dalam kelas harini.Luqman juga membuka mata menahan ngantuk.Alhamdulillah...

Alyana tak putus-putus bertanya "cikgu, 36% lulus kan".. iya Alyana, kesungguhannya jelas terserlah.

Allah, anak-anak ini membuatkan aku bersemangat. Cikgu juga insan yang lemah,buat kesilapan.

esok akan ku gagah diri ke UM, insyaAllah jika rezeki konvo tahun ini, alhamdulillah, jika tidak, itulah sebaik-baik perancangan Allah.

cikgu haifa,
iman villa,
pantai permai,
6.20 p.m
24/5/2011

2 ulasan:

  1. all d best cikgu haifa cumell..! :)

    kakak mendoakan mu.. t.care!

    BalasPadam
  2. amin...syukran kak.. =)selamat bekerja ya ummi...

    BalasPadam