untuk anak-anak kelas 4MPV1, harini ada sesuatu istimewa untuk mereka.. kami buat kelas kraftangan.. dipendekkan cerita seperti buku diary. atas nasihat kak ja untuk beberapa tips, diary mungkin ada manfaatnya.
Hari ini kami mula dengan ulangkaji soalan exam & teruskan dengan buat buku diary yg simple. Anak-anak perempuan, aisyah damia, syuhada, syahida.memang itu yg mereka minatkan. melukis & mewarna. tak kurang juga anak-anak laki. Zainal & adenan boleh diam & khusyuk dengan lukisan muka depan diary. alaxender, chi peng, mun onn juga tak kurang hebatnya walaupun tak mahu diajak duduk berkumpul dengan anak-anak lain.
mereka tergelak bila disarankan untuk meluahkan perasaan dalam diary.
"cikgu, tulisan saya tak cantik" - jangan merendah diri...
"cikgu, saya tak tau nak tulis apa" - kamu boleh tulis kalau kamu tak suka saya (bergurau)
"cikgu, cikgu tak baca diary saya kan?" -cikgu baca (cakap dalam hati)
diary akan diberi 10 minit sebelum kelas berakhir dan dikutip selepas habis kelas math.
moga usaha ini ada manfaatnya, insyaAllah..
S1: cikgu, nama cikgu nurhaifa aniqah kan..saya tengok kat kotak pensil warna cikgu. maknanya cikgu dah nikah kan?
p/s: kandungan diary dirahsiakan dari pembaca..peace!!
dikantin guru,
cikgu (P) : cikgu, baju koprat ni mcm tak sesuai sangat la untuk cikgu perempuan, sbb dia pendek.
cikgu (L) : eh, sesuai la. cikgu perempuan lengan panjang. cikgu lelaki lengan pendek.
cikgu (P) : a'ah, lengan panjang. tapi dia pendek tak sampai bawah (sambil menunjukkan aras atas lutut)
cikgu (L) : oh, sbb cikgu ni mcm ustazah sikit, style pakai pun lain.
cabaran kerja... lindungi aku ya Allah
cikgu haifa,
iman villa,
pantai permai,
6.50 p.m
25/05/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan