tapi insyaAllah pen merah tak cuti. ada lagi 1 set kertas exam 4P2 nak tanda. 4MPV 1 dah siap, alhamdulillah.
arini agak kelam kabut sikit sbb tiba2 kul 7 pagi lecturer (penyelia LM), DR. Tay mesej nak datang sekolah. smlm last email, dia ckp nak dtg isnin minggu depan. jadinya, kene jumpa GPK untuk cancel kelas ganti sbb bertembung dgn masa dia datang, lagipun tiah ada kelas.
terkejut juga bila dia datang sekolah, budak-budak baru lepas rehat. sekolah dah macam pasar lambak. dia pun nampak blurr.. =)
Kami round sekolah, lawat kelas yg haifa & tiah (partner) ajar & singgah kantin.
Dr tanya pasal student 4MPV1 & 4P3. Terkejut juga dia, nampak dah risau dan banyak kali dia tekankan 'mesti buat sesuatu'.
antara tips dari discussion kami:
1) student akan dengar kata cikgu bila dia percaya dengan cikgu
2) ambil masa dengan student untuk bercerita, cerita yg pengajarannya tersirat
3) percaya, setiap cikgu ada kaedah tersendiri
hampir sejam Dr Tay kat sekolah.
Then masuk kelas 4MPV1 - alhamdulilah, hampir 20 orang yg datang. Tapi bila berbual dengan cikgu kaunseling, dia kata, budak2 MPV ni mmg rajin datang sekolah kalau hari tu ada kelas memasak. yeke?? korang datang bukan sbb suka blaja math ke? hehe.. (dalam hati)
dalam kelas buat soalan math, sambungan dari permainan semalam. semua tak bawak buku tulis, tulis dalam kertas A4 la jawabnya. anak...anak...
pernah sorang lecturer cakap, kat luar negara, cikgu-cikgu pakai pen warna-warni utk tanda student punya latihan & bagi kata2 semangat. Tips-tips ni dapat bantu student utk suka belajar.
supaya hati dia tak sakit nampak pen merah yg tanda pangkah..ngee..
jom try, pakai pen ungu ok gak kan..
ok, insyaAllah uppdate lain kali..
note 1: hari Jumaat ada bacaan surah yaasin kat sekolah, syahdu hati tengok anak-anak ni baca yaasin
note 2: nampak budak cabut sekolah depan mata, tanya pak guard, knp dia xpanggil budak tu, pak guard kata "saya ada anak, isteri..saya tak nak budak-budak ni apa-apakan saya. diaorang kalau tak puas hati, panggil geng datang, belasah orang"..gulp..
note 3: pesan abah, amik hati budak-budak ni, buat apa yg dia suka, ajar dengan cara yg dia suka, bukan ikut cara kita je..
p/s: nasihat abah kunci pada 'trust'
thanks Allah, the idea Allah give through someone that we called ABAH.. alhamdulillah =)
cikgu haifa,
iman villa,
pantai permai,
20/05/2011
9.10p.m
wah! cikgu haifa ^^
BalasPadam