apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Selasa, 10 Januari 2012

4X50

Saat berbaris mendapatkan 4x50 kat fakulti pagi semalam, teringat kata-kata Dr Hafidzi dalam satu sesi kuliah kat UIA Gombak tentang arab spring:Gaddafi. Lebih kurang maksudnya.Ada pelajar yang menuntut disana mendapatkan pandangan anak-anak muda dalam university tersebut. Rata-rata menyatakan suka dengan Gaddafi kerana mendapat keistimewaan dalan pengajian tinggi dimana mereka tidak perlu membayar yuran pengajian, ‘education free’. Tanya Dr. Hafidzi, “siapa yang mahukan kebebasan bersuara?” Semua mengangkat tangan sepakat dengan isu kuliah sesi kali ini. Beliau bertanya lagi “sekiranya kamu diberikan duit dan hati kamu gembira, adakah kamu akan bersuara untuk menentang kezaliman orang yang memberikan duit kepada kamu” Semua diam. “kamu masih belum benar-benar mahukan kebebasan bersuara, semua dikaburi dengan duit”

Anak muda, gembira dengan duit. Ibarat anugerah dari langit. Dan sedikit-sedikit mendoktrin erti kebebasan bersuara. Mungkin sehari dua ini tidak nampak lagi kesannya. Tapi PRK/PRU akan datang pasti sedikit sebanyak menyentak hati-hati untuk menutup kebenaran dengan sebuah anugerah kebaikan 4X50. Ambillah 4x50 itu kerana memang sudah diberi, tapi itu hanya nilai semata-mata, bukan untuk menukar nilai kebebasan bersuara HANYA untuk mereka yang mengerti, hidup ini bukan untuk diri sendiri. Diri senang, diam. Orang susah diperlekeh. Orang lain yang memperjuangkan orang dianiaya dikatakan kurang pandai, berkumpul ibarat tauke yang tak perlu bekerja/belajar.

Kalau tidak mampu untuk memperjuangkan hak kebebasan orang lain, bebaskanlah diri dari dikaburi wang yang kita berhak, tapi bukan hak untuk menutup kebebasan bersuara.

Maaf pemberi duit, hati saya masih tidak terbuka untuk menjadikan kamu pemimpin. Terima kasih kerana saya yakin ia dari hasil cukai-cukai yang dibayar bapa saya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan