Tahun masihi dah beranjak dari ganjil ke genap, tapi apapun tahun hanya sekadar nombor. Sebagai kuantiti untuk sesuatu ukuran dari aspek usia, tempoh atau apapun pun yang nak dinilaikan.
Tapi kalau kuantiti yang kita pandang, untuk menginjakkan diri pada tahap yang lebih baik, pastinya kesan itu hanya untuk jangka masa yang pendek, atau lebih tepat lagi motivasi luaran. Pada diri haifa sendiri, tahun 2011 memang tahun yang penuh ujian dan pengajaran untuk diri. Banyak peristiwa yang berlaku positif mahupun negatif. Itulah hakikat kehidupan, ibarat roda yang kadangkala diatas dan pastinya juga dibawah.
Tapi, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. Rasa damai sangat bila kita dah berjaya hadapi ujian yang Allah bagi. Alhamdulillah, indahnya orang islam, bila diuji ada tempat mengadu yang sebenar. =)
Apapun, ada lagi ujian-ujian kehidupan selepas ini. Pastinya lebih mencabar tahap pergantungan pada Allah. Semoga hikmah-hikmah dari ujian yang lepas membantu diri kita untuk menjadi insan yang lebih kental iman & jati diri.
Ramai juga kawan-kawan rapat yang bakal bertukar status, dari ganjil ke genap, dulu sendiri kini berdua lebih baik.. =) kak anah, hajar, sa'adah.. Alhamdulillah, mabruk buat mereka semua.. =) . Mereka, insan yang sangat-sangat tinggi pergantungan pada Allah. Diantara mereka ada yang bertunang selama lebih 3 tahun, tidak bercinta tapi pastinya mereka yakin dengan janji Allah. (An-Nur:26).. yang biasa pasti kata "mustahil, mana ada orang buat".. tapi merekalah antara yang luar biasa..
insyaAllah, haifa juga bakal bertukar status.. dari student kepada bukan student.. =)
lepas ni, tinggal dengan mak & abah, dan pastinya azamku ialah dari anak kepada anak solehah.. nak berbakti sepenuhya pada mak& abah. nak duduk dengan mak berbulan-bulan.. (ini akibat kes duduk asrama 5 tahun, matrik, UM..) insyaAllah
Ya Allah permudahkan urusanku, menjadi penyejuk mata hati mak abah, anak solehah pembekal doa..
insyaAllah =) oh ya.. juga nak buka tuisyen free untuk anak-anak KG. Parit Surau.. insyaAllah.. jom tuisyen!!!
ok, jumpa lagi, insyaAllah.. doakan yang terbaik untuk exam terakhir di UM.. =) Assalamualaikum w.b.t
Tiada ulasan:
Catat Ulasan