apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Ahad, 31 Oktober 2010

..ALLAH give me a wonderful life.... :)

assalamualaikum... :)

minggu terakhiar kuliah beredar dgn baiknya... alhamdulillah....

dalam sibuk-sibuk nak hantar esiment yg dibagi last minute (bukan buat last minute ya), Allah bagi lagi kesempatan utk buat benda-benda lain...

wah!!! hidup yg penuh warna-warni... :)


23/10 - KAFA siri 5 (budaya couple: antara fitrah & fitnah)

ustzh fatimah syarha & ustaz pahrol juoi

Tingkat cinta itu ada 3 :

1. Cinta Peringkat Agong - Cinta kepada Allah, Rasul dan jihad

2. Cinta Peringkat Pertengahan - Cinta kepada ibu bapa, keluarga, harta, perniagaan, sesama makhluk

3. Cinta Peringkat Rendah - Melebihkan cinta pertengahan dari cinta agong


Ustazah Fatimah syarha


ustaz pahrol

--------------------------------------------------------------------------------

28/10 – PESTA KO-K


pesta KO-K ni wajib datang bagi yg ambil kelas KO-K termasuklah kelas Bimbingan Rakan Sebaya (pameran) yg diambil.. apa aktiviti?? Persembahan & pameran..

(persembahan yg sangat melalaikan-tarian dll)

Jadi larikan diri tengok pameran, dan ini antara yg menarik…



Hasil-hasil kerja pelajar kelas membuat tembikar



---------------------------------------------------------------

30/10 – ziarah farahiyah(best friend) kat USIM NILAI

Alhamdulillah, ALLAH sangat bantu mudahkan perjalanan..sangat mudah, tak makan masa yg lama untuk tunggu bus & kereta api..

Semoga ukhwah ini kekal hingga ke akhirnya..

persahabatan itu bukan terletak pada selama mana pertemuan, tapi sejauh mana ingatan sahabat kepada sahabat dalam doanya..


..dapat hadiah dari farahiyah..

telekung…ingatan sahabat dalam doanya.. (thanks farah..)

-------------------------------------------------------------------------------

31/10 – daurah BAITUL MUSLIM (BM)

“Dan diantara tanda-tanda kebesaranNYA ialah dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dia menjadikan antaramu kasih dan sayang. Sungguh, pada yg demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran bagi kaum yang berfikir"

(Ar-Rum :2 1)



Baitul muslim = keluarga islam

Marhalah pertama ialah pembentukan individu muslim

Marhalah kedua ialah pembentukan keluarga muslim

Kenapa pentingnya BM?

Untuk masa depan agama

Apa tandanya kita ‘sedia’? adakah selepas sempurna marhalah pertama?

Kita ‘sedia’ apabila :

-memikirkan matlamat perkahwinan itu sebagai penerusan jalan dakwah

- anak-anak berada dalam system tarbiyah

-bersedia menjadi isteri yg kedua selepas dakwah

.: kebahagiaan hadir dalam diri pasangan yg bertakwa, bukan pada kekayaan, kecantikan dan darjat .:

(akhi akram kata : semua yg berada dalam daurah ni adalah yg sudah bersedia)


+thank you ALLAH+

next:
exam : 29/11-9/12

Jumaat, 22 Oktober 2010

masa!!! tunggu...

assalamualaikum :)

hope semua chat... minggu-mingu akhir kuliah ni kebanyakannya bermuka tekanan..
waktu ni mmg lecturer suka nak buat test + esiment yg dibagi last minute + nak habiskan silibus
(kesian ahli iman villa yg hadapi situasi ni..sabar ya..akhawat boleh!!)

buku fizaik cakap:
hukum tekanan, P (pressura) = F(daya)/A (luas)

tekanan berlaku bila

daya-daya luar dibagi pada seseorang, contohnya :
esok ada test, esok kene hantar esiment,esok kene presentation

dan luas dengan erti kata lain masa
contohnya: masa tetap sama, xda penambahan

jadi..

bila F meningkat, P akan meningkat

bila A meningkat, P akan menurun

so, apa yg kita perlukan utk kurangkan tekanan???

A!!!! luas = masa =ruang

Allah bagi kita masa semua sama : 24 jam


tapi, setiap org ada masa lapang & masa sempitnya
minggu ni saya lapang, boleh senyum2..
mungkin juga minggu depan saya sempit, macam nasi himpit...
jd masa lapang, kn beringat-ingat..
siapkan esiment + hal2 teknikal+revision (cket2 la) + ringan2 kan juga bantu kwn2 yg sdg sempit



"demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian...."
(al-asr:1-3)

semoga urusan kita dimudahkan

p/s: nak masa jadi kawan baik, so that boleh suruh masa tunggu saya sekejap..
"masa, tunggu kejap. saya nak study dulu. bila saya dah habis study, kamu boleh la jalan"

Rabu, 20 Oktober 2010

ziarah tokoh


ZIARAH TOKOH

PAK CIK SYED IBRAHIM & DR. MELASUTRA

SABTU, 16/10/10

9.00 PAGI -2.00 PTG

BANDAR SRI DAMANSARA

6 ikhwah, 13 akhawat


Alhamdulillah, dengan izin Allah konvoi yg disertai pimpinan K-UM, K-PJ dan KAFA UM telah sampai ke teratak dua tokoh ini.

Bertentang mata dengan mereka merupakan perkara yang bermakna dan semangat pejuang dapat dirasakan dalam setiap getaran suara pak cik & mak cik.

Sesi dimulakan dengan ta’aruf yang dikendalikan oleh akh Fattah.


Copy of IMG777-01.jpg


Melalui sesi ini, pak cik berkongsi cerita disebalik nama syed dan al habshi. Mak cik mela pula bercerita disebalik namanya, MELASUTRA=Melaka + sumatera ,juga kaitannya dengan tokoh Dr Burhanuddin Al-Helmy. Darah pejuang mengalir dalam diri mereka.



DSC00888.JPG


Sesi makan-makan. Sedapnya sambal sotong + rendang… (syukran pada mak cik mela yg bekalkan kami makanan utk bawa pulang J)


Copy of IMG780-01.jpg



Copy of IMG781-01.jpg


Perkongsian oleh pak cik syed (lengkap dengan slide show).Inilah gaya pemimpin. Buat sehabis baik!!


DSC00898.JPG




DSC00895.JPG



Sesi perkongsian menjurus kepada pengalaman pak cik ketika berada di US, dan bagaimana berlakunya proses perubahan kepada aktivis dan menjalani proses pentarbiyahan : ‘from Zero to HERO’.

Pesan pak cik :

· Kita perlu berani kehadapan dan kita tak kan tahu kemampuan kita selagi kita tak mencuba (rahsia pakcik sebagai pengerusi GMI)

· Mantapkan amal fardhi

· Tidak tahu untuk bercakap dikhalayak ramai? – latih diri (pak cik selalu di’kerah’ oleh naqibnya untuk bercakap)

· Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang mukmin yang mengaku pejuang Allah:

1. ikhlas

2. sabar

3. istiqamah

4. tidak putus asa

5. berani mencuba

6. ingat 5 sebelum 5

Akhawat berkesempaan bergambar bersama sebelum pulang



*Mak cik Mela cakap, lain kali nak buat sesi khas untuk akhwat.. nak sharing pasal mcm mana kehidupan dia tahun pertama pulang ke Malaysia*



"Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi MU, bertemu untuk mematuhi perintah MU, bersatu memikul beban dakwah MU, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.kekalkan kemesraan antara hati-hati ini,penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani MU yang tak kunjung malap,lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMU, suburkanlah hati ini dengan ma'rifah tentangMU,Matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada. engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong."


~sekian~


Selasa, 19 Oktober 2010

couple: antara IFTRAH & FITNAH

jom pegi!!! percuma/terbuka kpd semua

KAFA

UNIVERSITI MALAYA


ASSALAMULAIKUM W.B.T

(ana mewakili TEAM KAFA UM)

dengan izin Allah menjemput

IKHWAH/AKHAWAT/ANAK USRAH/ADIK/KAKAK/ABANG/UMMI/ABI/KAWAN/BF/GF

Ke

FORUM

BUDAYA COUPLE:

ANTARA

FITRAH & FITNAH

AHLI PANEL :

USTAZ PAHROL MOHD JUOI

&

USTAZAH FATIMAH SYARHA

TARIKH :SABTU /23 OKTOBER 2010

MASA :9.00 pagi – 12 tengah hari

TEMPAT :DEWAN KULIAH A

FAKULTI SASTERA & SAINS SOSIAL (UM)

maklumat lanjut, sila hubungi:

MUHAMMAD SAIFUL ISLAM B. AHMADON - 013-3439087


Sabtu, 16 Oktober 2010

pilihan ibarat bakar jambatan sendiri


3 tahun lalu....
saya nekad (dengan kemahuan mak) utk pilih kursus pendidikan dan terlalu obses dengan fizik...
sehinggakan...
4 pilihan utama (UPU), saya pilih kursus pendidikan dengan pelbagai universiti antaranya UM, UKM, UTM & UPM
yang mana, 4 pilihan ini tidak boleh ditukar (sbb ada temuduga) dan ia ibarat membakar jambatan yang saya lalui (tidak ada plihan utk patah balik)
dan saya siap di 'sound' kawan2 rapat matrikulasi (KMJ) sbb pertaruhkan masa depan
sehinggakan ada kawan yg 'call' abang kat rumah, mintak bukak internet & tukarkan pilihan yang saya buat (disaat-saat akhir tarikh permohonan)
maka bermulalah episodnya...

sistem baru diperkenalkan...
sesiapa yang nak ambil kursus pendidikan perlu menjalani dua perkara penting

1- ujian MeDSI
2- temuduga (hanya selepas lulus ujian MeDSI)

awal semester kedua (matrikulasi), nama2 calon yang layak menduduki ujian MeDSI tertampal
depan pejabat kaunseling...
berdebar...dah dengar desas-desus dimana bukan semua permohonan layak duduki ujian MeDSI
selepas diteliti..air mata pun jatuh...
tidak ada nama NURHAIFA ANIQAH BINTI KAMSON

sedih...tapi masih mengharapkan keajaiban..
saya hanya yakin bahawa pilihan mak itu ada hikmahnya....

ALLAH sahaja tempat bergantung....
beruntungnya kita...
ada Allah utk meluahkan rasa duka
dan doa itu membuatkan saya redha dgn pilihan dan apa2 keputusan
"Ya Allah, sekiranya menjadi pendidik ini dapat mendekatkan aku dengan MU, maka permudahkanlah Ya Allah, sekiranya tidak, engkau maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaMU ini"

alhamdulillah...
selang beberapa hari, senarai calon ujian MeDSI dikelurkan semula oleh kementerian
kerana mendapat aduan daripada pihak2 yang persoalkan tentang kelayakan calon ujian MeDSI
semua yang memohon, layak untuk ambil ujian..
(sebelah kaki sudah ada nak jadi cikgu)

alhamdulillah, segala urusan dimudahkan
walaupun banyak pihak yg cakap sukar utk dapat kursus pendidikan sbb terlalu banyak permohonan...
dari MeDSI saya melangkah ke temuduga di UTHM

dan sekarang di UM (Sarjana Muda Sains dengan Pendidkan-FIZIK/MATEMATIK)
insyaAllah tahun akhir..

cabaran tak terhenti disitu..
pandangan orang sekelilinga adalah cabaran terbesar saya...
"huh! jadi cikgu, xda kursus lain ke nak pilih"
itulah ayat yg biasa

tapi, apalah sangat pandangan manusia pada kita
yang penting pandangan Allah

doakan saya kuat untuk menjadi pendidik...
kerana matlamat saya:

1- cikgu = dai'e
2- penyambung impian mak
3- fizik bukan subjek susah... (mentaliti pelajar sekarang-fz susah)

~Allah knows~

Khamis, 14 Oktober 2010

mak suka MAHER ZAIN


sejak Raudhatus Sakinah bawa Maher Zain datang Malaysia, ramai dah mengenali penyanyi yg popular dgn lagu InsyaAllah.. sedar tak sedar hampir dekat setahun lagu-lagu Maher Zain 'bertapak' kat dalam henset ni... dulu pasang Mp3 maher zain pun xda sape tanya ni lagu siapa..tapi sekarang dah tanya"eh, lagu maher zain"
:)


hehe...apa yg best dgn lagu-lagu ni sebenarnya terletak pada liriknya...
yang bercinta mesti suka lagu 'For the rest of my life'

ada juga yg suka lagu 'barakallahulakuma' sbb rentak dia..
tapi mesti terkejut kalau tau makna lagu ni..
sbb lagu ni utk org2 kawin...
kawin?????


yg penting, kene la tengok video klip 'Palestine tomorrow will be free'...
supaya kita sedar, terlaksanakah hutang2 kita dgn rakyat palestine???
..tepuk dada, tanya iman..
[kemenangan itu pasti]

one day, mak mesej...

mak : kalau free, dengarlah radio skrg. maher zain kat radio
haifa : erkkk...mak tau ke maher zain?? mak suka ke lagu dia??
mak : eh, mestilah mak tau...mak suka lagu dia, tapi xtau nak nyanyi..
haifa : haha..

*antara bukti2 gelombang fenomena maher zain dah sampai ke peringkat mak-mak*
abah?? no komen :)

-----------------------------------------------------------------------------------------

usaha utk ingatkan diri...
setiap yg kita dengar, gelombang akan masuk ke telinga, akal, hati...
dengarlah yang baik-baik...
yg bermanfaat untuk diri..
kerana ia juga makanan rohani...



Isnin, 11 Oktober 2010

apabila hati kata "nak baca buku ni"

...dalam kumpul duit nak beli buku ni...

PENDIDIKAN ANAK-ANAK DALAM ISLAM

oleh

ABDULLAH NASIH ULWAN

"tarbiyah anak-anak, akan ku TAWAN buku ni satu hari nanti" hehe
--------------------------------------------------------------------------------------

"Ya ALLAH ya tuhanku, bantulah aku kasih kepada MU dan Rasul MU,
dan segala amalan yang boleh membawa aku kasih kepada MU dan Rasul MU,
dan hampirkan aku dengan manusia yang boleh membawa aku kasih kepada MU dan Rasul Mu"

~ mode: mula berfikir dgn lebih seri0us ~

Sabtu, 9 Oktober 2010

saya rindu adik2 sofwah
syahidah,nabilah, sumayyah, najibah(gambar)
2 tahun lepas jumpa najibah merangkak lagi, skrg dah pakai tudung :)
ingat lagi x dgn kakak aifa??

~no answer~

-------------------------------------------------------------------


Rabu, 6 Oktober 2010

thank you Allah... :)


SELAMAT HARI RAYA.. rasanya mmg dah lambat pun...kuih raya pun dah masuk siri pembuatan ke-2.. :)

alhamdulillah, Ramadhan kali ini sangat bermakna, sbb Allah bagi kesempatan raikan Ramadhan dgn housemate yg hatinya sentiasa ingat dgn Allah, dan berlaku juga peristiwa yg sukar dilupakan..syukur,raya kali ni serba sederhana & objektif nak ziarah rumah nenek2 (mak&abah) dah tercapai dgn jayanya... (kecuali nek long yg xda kat rumah masa kami dtg)..

raya setiap tahun mmg meriah...meriahnya bolahlah digambarkan mcm kat gambar ni..himpunan pak cik, mak cik, sepupu, anak buah.. yg menariknya, sbb duit raya banyak (khas buat yg belum bekerja dan kebawah :)


sebenarnya banyak tragedi yg berlaku sepanjang bulan 9 (bulan raya)..dan sempatlah mencatat kronologinya kat dalam diary :(

3/9 - cik usop (pak cik) kemalangan, beraya kat hospital
7/9 - nenek (mak) kemalangan, pagi raya kuar hospital
16/9 - abah sakit pinggang (terkehel)
23/9 - mak sakit vertigo
28/9 - cik faizul (pak cik) masuk wad, demam panas

nikmatnya bila sihat...berat mata memandang, barat lagi bahu org yg sakit ni nak pikul... tapi Allah kan maha adil... Allah bagi kita sakit, susah, senang, gembira, dll.. sbb bila kita senang, kita susah nak ingat Allah, tapi bila kita susah, senang kita nak ingat Allah.. kan? kan? kan? Ujian yg Allah bagi pada kita, sebenarnya itu tandanya Allah sayang pada kita...sebab Allah nak kita selalu ingat pada DIA, dan nak kita sedar yg DIA selalu perhatikan kita... thank you ALLAH.. :)


dan kita kene yakin dgn apa2 yg berlaku pada diri kita...sbb Allah dah bagi tau...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebaikan yang dikerjakan dan dia mendapat siksa dari kejahatannya..."
(Al-Baqarah:286)

dikesempatan ini, nak memohon kemaafan pada siapa2 yg kenal& terbaca blog ni.. semoga kita berjumpa dengan Ramadhan akan dtg..

p/s :ini Ramadhan terakhir di KL sbg student, insyaAllah next Ramadhan akan berpuasa dgn keluarga kat Johor

aslmkm, jumpa lagi

~atas pertanyaan~