apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Sabtu, 16 Oktober 2010

pilihan ibarat bakar jambatan sendiri


3 tahun lalu....
saya nekad (dengan kemahuan mak) utk pilih kursus pendidikan dan terlalu obses dengan fizik...
sehinggakan...
4 pilihan utama (UPU), saya pilih kursus pendidikan dengan pelbagai universiti antaranya UM, UKM, UTM & UPM
yang mana, 4 pilihan ini tidak boleh ditukar (sbb ada temuduga) dan ia ibarat membakar jambatan yang saya lalui (tidak ada plihan utk patah balik)
dan saya siap di 'sound' kawan2 rapat matrikulasi (KMJ) sbb pertaruhkan masa depan
sehinggakan ada kawan yg 'call' abang kat rumah, mintak bukak internet & tukarkan pilihan yang saya buat (disaat-saat akhir tarikh permohonan)
maka bermulalah episodnya...

sistem baru diperkenalkan...
sesiapa yang nak ambil kursus pendidikan perlu menjalani dua perkara penting

1- ujian MeDSI
2- temuduga (hanya selepas lulus ujian MeDSI)

awal semester kedua (matrikulasi), nama2 calon yang layak menduduki ujian MeDSI tertampal
depan pejabat kaunseling...
berdebar...dah dengar desas-desus dimana bukan semua permohonan layak duduki ujian MeDSI
selepas diteliti..air mata pun jatuh...
tidak ada nama NURHAIFA ANIQAH BINTI KAMSON

sedih...tapi masih mengharapkan keajaiban..
saya hanya yakin bahawa pilihan mak itu ada hikmahnya....

ALLAH sahaja tempat bergantung....
beruntungnya kita...
ada Allah utk meluahkan rasa duka
dan doa itu membuatkan saya redha dgn pilihan dan apa2 keputusan
"Ya Allah, sekiranya menjadi pendidik ini dapat mendekatkan aku dengan MU, maka permudahkanlah Ya Allah, sekiranya tidak, engkau maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaMU ini"

alhamdulillah...
selang beberapa hari, senarai calon ujian MeDSI dikelurkan semula oleh kementerian
kerana mendapat aduan daripada pihak2 yang persoalkan tentang kelayakan calon ujian MeDSI
semua yang memohon, layak untuk ambil ujian..
(sebelah kaki sudah ada nak jadi cikgu)

alhamdulillah, segala urusan dimudahkan
walaupun banyak pihak yg cakap sukar utk dapat kursus pendidikan sbb terlalu banyak permohonan...
dari MeDSI saya melangkah ke temuduga di UTHM

dan sekarang di UM (Sarjana Muda Sains dengan Pendidkan-FIZIK/MATEMATIK)
insyaAllah tahun akhir..

cabaran tak terhenti disitu..
pandangan orang sekelilinga adalah cabaran terbesar saya...
"huh! jadi cikgu, xda kursus lain ke nak pilih"
itulah ayat yg biasa

tapi, apalah sangat pandangan manusia pada kita
yang penting pandangan Allah

doakan saya kuat untuk menjadi pendidik...
kerana matlamat saya:

1- cikgu = dai'e
2- penyambung impian mak
3- fizik bukan subjek susah... (mentaliti pelajar sekarang-fz susah)

~Allah knows~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan