apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Rabu, 20 Oktober 2010

ziarah tokoh


ZIARAH TOKOH

PAK CIK SYED IBRAHIM & DR. MELASUTRA

SABTU, 16/10/10

9.00 PAGI -2.00 PTG

BANDAR SRI DAMANSARA

6 ikhwah, 13 akhawat


Alhamdulillah, dengan izin Allah konvoi yg disertai pimpinan K-UM, K-PJ dan KAFA UM telah sampai ke teratak dua tokoh ini.

Bertentang mata dengan mereka merupakan perkara yang bermakna dan semangat pejuang dapat dirasakan dalam setiap getaran suara pak cik & mak cik.

Sesi dimulakan dengan ta’aruf yang dikendalikan oleh akh Fattah.


Copy of IMG777-01.jpg


Melalui sesi ini, pak cik berkongsi cerita disebalik nama syed dan al habshi. Mak cik mela pula bercerita disebalik namanya, MELASUTRA=Melaka + sumatera ,juga kaitannya dengan tokoh Dr Burhanuddin Al-Helmy. Darah pejuang mengalir dalam diri mereka.



DSC00888.JPG


Sesi makan-makan. Sedapnya sambal sotong + rendang… (syukran pada mak cik mela yg bekalkan kami makanan utk bawa pulang J)


Copy of IMG780-01.jpg



Copy of IMG781-01.jpg


Perkongsian oleh pak cik syed (lengkap dengan slide show).Inilah gaya pemimpin. Buat sehabis baik!!


DSC00898.JPG




DSC00895.JPG



Sesi perkongsian menjurus kepada pengalaman pak cik ketika berada di US, dan bagaimana berlakunya proses perubahan kepada aktivis dan menjalani proses pentarbiyahan : ‘from Zero to HERO’.

Pesan pak cik :

· Kita perlu berani kehadapan dan kita tak kan tahu kemampuan kita selagi kita tak mencuba (rahsia pakcik sebagai pengerusi GMI)

· Mantapkan amal fardhi

· Tidak tahu untuk bercakap dikhalayak ramai? – latih diri (pak cik selalu di’kerah’ oleh naqibnya untuk bercakap)

· Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang mukmin yang mengaku pejuang Allah:

1. ikhlas

2. sabar

3. istiqamah

4. tidak putus asa

5. berani mencuba

6. ingat 5 sebelum 5

Akhawat berkesempaan bergambar bersama sebelum pulang



*Mak cik Mela cakap, lain kali nak buat sesi khas untuk akhwat.. nak sharing pasal mcm mana kehidupan dia tahun pertama pulang ke Malaysia*



"Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi MU, bertemu untuk mematuhi perintah MU, bersatu memikul beban dakwah MU, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.kekalkan kemesraan antara hati-hati ini,penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani MU yang tak kunjung malap,lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMU, suburkanlah hati ini dengan ma'rifah tentangMU,Matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada. engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong."


~sekian~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan