apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Rabu, 30 Mac 2011

Waspada, Sindrom Hurried Woman di Sekitar Anda

Dr Syarifah (lecturer KAEDAH PENGAJARAM MATEMATIK) ada sentuh pasal hurried syndrom ni. Untuk kes kanak-kanak, sindrom ni berlaku bila aktiviti harian mereka sangat padat, dan mendesak diri sendiri untuk bertindak pantas dengan kata lain orang dewasa selalu bagi arahan pada kanak-kanak "cepat, pegi tuisyen", "cepat tukar baju, nak pegi kelas piano". Ini yang berlaku sekarang, terlalu mengharapkan anak-anak sempurna, semua kelas tambahan nak suruh anak pegi.Sedangkan anak-anak ni perlu menjalani proses kanak-kanak, bukan diasak untuk menjadi dewasa. Nak maklumat tambahan? Boleh cari dengan uncle gOOgle. Nak cari buku ni (http://www.hurriedwoman.com/index.html) tapi tak da kat library UM, mahupun MPH. Kene usaha cari ket tempat lain. =(..selamat menggeledah..oh ya, sindrom ni juga ada pada wanita.
sumber:
Waspada, Sindrom Hurried Woman di Sekitar Anda

NILAH.COM, Texas - Anda merasa sangat lelah, mudah tersinggung, berat badan naik, dan dorongan seks rendah? Anda merasa sudah melakukan rileksasi, tapi masih saja merasa tidak rileks?


Bisa jadi Anda menderita kondisi yang disebut Hurried Woman Syndrome atau sindrom hurried woman. Sindrom ini menurut Dr Brent Bost, obstetrician dan gynecologist dari Beumont, Texas dalam bukunya The Hurried Woman Syndrome, terjadi karena bertahun-tahun hidup dalam ketergesaan tanpa mengambil waktu istiharat.
Tanpa disadari stres yang berlarut-larut mempengaruhi zat kimia otak sehingga otak didominasi hormon stres seperti cortisol dan adrenalin. Sehingga zat kimia serotonin, yang menimbulkan perasaan tenang, rileks berkurang. Perubahan hormon ini bahkan bisa menyebabkan gejala fisik.
Agar perasaan ini tidak berlarut-larut dan cepat teratasi Dr Bost memberikan beberapa tips berikut:
1. Manjakan diri Anda tiap hari.
Contohnya seperti berendam air panas atau mendengarkan CD favorit tanpa gangguan. Cara ini efektif bagi Anda yang menderita sindrom Hurried Woman.
Aktivitas yang memanjakan diri merupakan pengalaman sensori dan mengaktifkan reseptor di dalam otak. Otak lalu akan fokus pada reseptor itu dan mengistirahatkan bagian otak lainnya.
2. Coba berbaring lebih lama setelah weker berbunyi.
Biasanya ketika mendengar weker, Anda akan langsung bangun dan menuju kamar mandi. Padahal ketika Anda baru bangun, otak masih dalam gelombang alpha yang tenang. Aktivitas langsung melompat turun dari ranjang, berarti Anda memaksa keluar dari situasi menenangkan dan masuk dalam situasi yang lebih waspada dan stres. Akibatnya otak langsung memproduksi adrenalin yang membuat Anda bergerak dengan kecepatan di sepanjang hari.
Jadi, mulailah hari Anda dengan berada di ranjang lebih lama. Anda bisa menyetel weker lebih awal agar Anda bisa berbaring lebih lama dan memulai hari lebih tenang.
3. Mencium aroma bunga.
Riset membuktikan bahwa pemandangan alam bisa menenangkan pikiran dan menurunkan kadar hormon stres. Jadi, sempatkan untuk menyentuh alam dalam satu hari. Contoh: memandang pohon-pohon atau mencium aroma wangi bunga.
4. Pisahkan diri dari teknologi.
Jika Anda besar di kota dan dimanjakan dengan segala teknologi, agaknya sulit untuk tidak ketergantungan dengan teknologi. Namun menurut Dr Bost, teknologi terkait dengan tugas dan 'memaksa' Anda mengerjakan berbagai tugas sekaligus. Tentu saja hal ini justru meningkatkan hormon stres dan memberi rangsangan berlebihan kepada otak dan membuat pikiran Anda bergerak lebih cepat.
Luangkan waktu minimal satu jam tiap minggu dan matikan semua alat teknologi dari telepon, teve, komputer atau radio. Memutuskan hubungan dengan teknologi akan menurunkan stimulasi pada otak dan menurunkan kadar hormon stres sehingga Anda lebih rileks dan tenang.

5. Sering tertawa.
Tertawa itu sehat! Tertawa spontanitas menyebabkan interupsi di dalam pola pikiran dan menghentikan aliran hormon stres dan pikiran yang serba buru-buru.
Cobalah untuk sering-sering menonton komedi situasi atau main game dengan anak-anak atau hal-hal lain yang bisa membuat Anda tertawa. [mor]

p/s: memang perlu risau, tapi risaukan diri sendiri yang makin jauh dari Allah itu lebih penting.. apa-apa pun, berbalik pada Allah.. chaiyok haifa!!

Isnin, 7 Mac 2011

tarbiyah kaedah matematik (fizik)

Apa perasaan anda bila nak test (ujian)? Berdebar kan? Sebab test juga menyumbang kepada markah untuk final exam.

Apa perasaan anda bila boleh bawa soalan test balik rumah, jawab di rumah, pas tu hantar jawapan esok paginya? Pasti gembira melompat sakan tak ingat dunia kan?

Bayangannya saja gembira sakan + konfidend habis. Tapi apabila anda berada di situasi tersebut, ya Allah, umpama pikul beras seguni mengenangkan amanah untuk jujur dan ikhsan.

Itulah yang berlaku hari ini. Memandangkan subjek ni istimewa sebab tak dapat masuk kelas, kene belajar sendiri, makanya test pun kene ambil hari ini, sedangkan orang lain dah ambil dua minggu lepas.

haifa : Dr, I want to take the test.
Dr : ok
haifa : I do it at the table outside, is it ok?
Dr : ok

bila dah duduk kat meja luar office tu, teringat pulak berapa lama oleh jawab test ni.
masuk semula office, jumpa Dr.

haifa: How long I can answer the question?
DR : oh, you can send to me tomorrow morning, ok.
haifa: You believe me sir?
Dr : I believe on ALLAH

gulp....subhanallah...

dah Dr cakap hantar esok, makanya terus lah balik rumah. Tapi hati berdebar. Rasa macam bawak beras seguni.

Ya Allah...
mungkin itu lah di ayang dikatakan Allah mengikat hati orang mukmin tu dengan akidah yang sama. dengan lafaz yang sama.. LAILAHAILLAH...

walau berbeza rupa, bangsa, keturunan, pensyarah, student..
tapi akidah kita sama.
meletakkan keyakinan pada saudaranya dalam memelihara amanah.
yakin dengan amanahnya, jujurnya.
kerana yakinnya sama
iaitu..
ALLAH itu ada dimana-mana,
memerhati, meihat hambanya.

semoga Allah memberkati DR. Abdur Rahim Okhunov dengan tarbiyah kaedah matematiknya =)

p/s : hingga saat ini masih belum menjawab soalan test dan dilarang sama sekali menyentuh kertas soalan sehingga belum masanya hendak menjawab
insyaAllah, menunggu masa yang terbaik.

Khamis, 3 Mac 2011

cikgu halaqah

Assalamualaikum... pagi jumaat yang sayu.. sayu hati, langit mendung..adakah kerana penangan KCB semalam? Oh, tidak.. (mungin juga).. sebenarnya agak ketingalan zaman, mungkin dah berpuluh kali orang tengok, tapi semalam baru berpeluang.. =) apa pun, yang menariknya dalam cite ni bila dia sebut hadith, perkataan bahasa arab & doa kawin..haha... ok, disarankan anda tengok dengan naqibah, sebab kalau tak paham 'terms-terms' yang tak biasa tu, boleh terus tanya..(ya, semalam tengok cite ni dengan naqibah)...

ok, tutup cite KCB. Sebagai seorang yang nak jadi cikgu, yang belajar bagaimana nak mengajar dan lain-lain subjek pendidikan, apa yang menarik sejak dua tahun kebelakangan ni adalah bagaimana untuk mengajar. Nak mengajar ni, kalau nak ala kadar, boleh je. masuk kelas, "ok, buka muka surat 30, saya nak sorang baca. ok, inertia tu..bla..bla..bla...ok, kelas dah habis, saya nak kamu buat kerja rumah muka surat 35-40" fuh....senang kan jadi cikgu?

Tapi tahukan anda, anak murid sangat 'menyampah' dengan kaedah ni.... sebabnya tak faham pun, mungkjin tahu, tapi tak faham..anda pun mungkin pernah mengalaminya, saya juga..

Oleh kerana itu, bakal-bakal cikgu perlu ada skill bagaimana nak mengajar yang dipanggil kaedah pengajaran.. ada banyak kaedah-kaedah pengajaran ni, antaranya kaedah;

*induktif
*deduktif
*penerokaan
*syarahan (paling tak digalakkan)
*penyelesaian masalah

ok, kat sini nak tekankan sedikit mengenai kaedah penyelesaian masalah. kaedah penyelesaian masalah ni, lebih kepada mengajar dengan memberi masalah.haha, pening kan?
tak, mudah saja.. contohnya, nak mengajar matematik. pilih soalan (ikut tahap kepandaian anak murid) kemudian bimbing anak murid untuk jawab soalan dengan kemahiran cikgu tu nak bagi 'key point'.Tapi ingat, cikgu bukan bagi jawapan. Apa yang menarik dengan kadedah ni ialah cikgu tak syok sendiri. Maknanya, anak murid akan terlibat 100% dengan anda. fuhhh... Menarik bukan, sbb semua tumpu pada anda. heh.. ni bermakna, pembelajaran anak murid akan menjadi pembelajaran bermakna.

*anda faham ke? jika anda tak faham, anda boleh mengunakan kaedah 'discvery learning' iaitu, anda carilah maklumat lanjut di internet... =)

Baiklah, sebenarnya saya nak mengalakkan, kepada para naqib/naqibah sekalian...
kita ini ibaratnya cikgu, kita yang menerangkan, kita yang merancang perjalanan halaqah.Dalam menjalankan halaqah, kita seharusnya lebih kreatif. Pendekatan penyelesaian masalah ada baiknya juga untuk sesetengah kes. Ambil beberapa kisah/ kes masyarakat sekeliling dan kaitkan dengan apa yang akan disentuh dalam halaqah..
Penyampaian terus mungkin akan menimbulkan sedikit kebosanan, walaupun mereka diam, tapi dalam hati mungkin juga berkata "bila nak habis usrah ni".. (nahas la anda)

hidayah itu milik Allah,
usaha itu hak kita..