ok, tutup cite KCB. Sebagai seorang yang nak jadi cikgu, yang belajar bagaimana nak mengajar dan lain-lain subjek pendidikan, apa yang menarik sejak dua tahun kebelakangan ni adalah bagaimana untuk mengajar. Nak mengajar ni, kalau nak ala kadar, boleh je. masuk kelas, "ok, buka muka surat 30, saya nak sorang baca. ok, inertia tu..bla..bla..bla...ok, kelas dah habis, saya nak kamu buat kerja rumah muka surat 35-40" fuh....senang kan jadi cikgu?
Tapi tahukan anda, anak murid sangat 'menyampah' dengan kaedah ni.... sebabnya tak faham pun, mungkjin tahu, tapi tak faham..anda pun mungkin pernah mengalaminya, saya juga..
Oleh kerana itu, bakal-bakal cikgu perlu ada skill bagaimana nak mengajar yang dipanggil kaedah pengajaran.. ada banyak kaedah-kaedah pengajaran ni, antaranya kaedah;
*induktif
*deduktif
*penerokaan
*syarahan (paling tak digalakkan)
*penyelesaian masalah
ok, kat sini nak tekankan sedikit mengenai kaedah penyelesaian masalah. kaedah penyelesaian masalah ni, lebih kepada mengajar dengan memberi masalah.haha, pening kan?
tak, mudah saja.. contohnya, nak mengajar matematik. pilih soalan (ikut tahap kepandaian anak murid) kemudian bimbing anak murid untuk jawab soalan dengan kemahiran cikgu tu nak bagi 'key point'.Tapi ingat, cikgu bukan bagi jawapan. Apa yang menarik dengan kadedah ni ialah cikgu tak syok sendiri. Maknanya, anak murid akan terlibat 100% dengan anda. fuhhh... Menarik bukan, sbb semua tumpu pada anda. heh.. ni bermakna, pembelajaran anak murid akan menjadi pembelajaran bermakna.
*anda faham ke? jika anda tak faham, anda boleh mengunakan kaedah 'discvery learning' iaitu, anda carilah maklumat lanjut di internet... =)
Baiklah, sebenarnya saya nak mengalakkan, kepada para naqib/naqibah sekalian...
kita ini ibaratnya cikgu, kita yang menerangkan, kita yang merancang perjalanan halaqah.Dalam menjalankan halaqah, kita seharusnya lebih kreatif. Pendekatan penyelesaian masalah ada baiknya juga untuk sesetengah kes. Ambil beberapa kisah/ kes masyarakat sekeliling dan kaitkan dengan apa yang akan disentuh dalam halaqah..
Penyampaian terus mungkin akan menimbulkan sedikit kebosanan, walaupun mereka diam, tapi dalam hati mungkin juga berkata "bila nak habis usrah ni".. (nahas la anda)
hidayah itu milik Allah,
usaha itu hak kita..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan