Apa perasaan anda bila boleh bawa soalan test balik rumah, jawab di rumah, pas tu hantar jawapan esok paginya? Pasti gembira melompat sakan tak ingat dunia kan?
Bayangannya saja gembira sakan + konfidend habis. Tapi apabila anda berada di situasi tersebut, ya Allah, umpama pikul beras seguni mengenangkan amanah untuk jujur dan ikhsan.
Itulah yang berlaku hari ini. Memandangkan subjek ni istimewa sebab tak dapat masuk kelas, kene belajar sendiri, makanya test pun kene ambil hari ini, sedangkan orang lain dah ambil dua minggu lepas.
haifa : Dr, I want to take the test.
Dr : ok
haifa : I do it at the table outside, is it ok?
Dr : ok
bila dah duduk kat meja luar office tu, teringat pulak berapa lama oleh jawab test ni.
masuk semula office, jumpa Dr.
haifa: How long I can answer the question?
DR : oh, you can send to me tomorrow morning, ok.
haifa: You believe me sir?
Dr : I believe on ALLAH
gulp....subhanallah...
dah Dr cakap hantar esok, makanya terus lah balik rumah. Tapi hati berdebar. Rasa macam bawak beras seguni.
Ya Allah...
mungkin itu lah di ayang dikatakan Allah mengikat hati orang mukmin tu dengan akidah yang sama. dengan lafaz yang sama.. LAILAHAILLAH...
walau berbeza rupa, bangsa, keturunan, pensyarah, student..
tapi akidah kita sama.
meletakkan keyakinan pada saudaranya dalam memelihara amanah.
yakin dengan amanahnya, jujurnya.
kerana yakinnya sama
iaitu..
ALLAH itu ada dimana-mana,
memerhati, meihat hambanya.
semoga Allah memberkati DR. Abdur Rahim Okhunov dengan tarbiyah kaedah matematiknya =)
p/s : hingga saat ini masih belum menjawab soalan test dan dilarang sama sekali menyentuh kertas soalan sehingga belum masanya hendak menjawab
insyaAllah, menunggu masa yang terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan