Dia rasa semakin jauh. Rasa damai dihati yang pernah dirasa dulu kian hilang. Kenapa ya. Bila direnung kembali, banyak perkara-perkara kecil yang tersingkap. Terasa banyak untuk dibuang karat dihati. Terasa berat untuk melangkah. Terasa semuanya sesak. Dan bertanya diri. Mampukah dirinya mengembalikan iman yang semakin menipis. Bila tersedar, lapisan iman mungkin bertambah senipis kulit bawang. Bila terleka, lapisan iman terhiris dengan tebalnya.
Allah..Allah..Allah.. saat mendengar alunan zikir..
Bagaimana ya Allah. Dirinya ingin berubah. Tapi terasa
bingung. Bagaimana mahu memulakan langkah? Tanya pada dirinya. Sedangkan itu semua pernah berlaku. Dahulu.
Menangis. Menangis, kecewa dengan dirinya. Tapi sampai bila mahu menangis.
Menangis tak mampu mengembalikan damai yang hilang.
Orang yang dirinya dengan Allah,
rasa sunyi dalam keramaian manusia
rasa tenang setiap masa
rasa syahdu dihatinya
rasa damai tak terkata.
Itu yang dicarinya.
Allah, bantulah dia bertemu dengan damainya.
Barangkali dengan tangisan ujian, dengan takdir
pertemuan , dengan apa pun Tuhan..
Dia mahu kembali kepada damai yang hilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan