Bila taip mujahadah kat google image, mostly gambar yg ada tunjukkan mujahadah untuk exam (zahirnya). Bila dah bukan student, hakikatnya banyak benda yang nak dimujahadahkan. Geram sungguh tengok orang lain ada sendiri takwim kuliah agama. Each night terisi dengan kuliah. Best kan! Tak ada kenderaan bukan alasan. Alam maya banyak sumber yang dah macam boleh datang 3 kuliah dalam 1 malam. Tapi sejujurnya kuliah zahir (ditempat kejadian) lagi tinggi kadar resapannya kan?
Apa sebenarnya mujahadah eh? Setakat ni yang sefahamnya, mujahadah ni melawan kehendak diri. Kehendak tu sama la juga dengan nafsu kan. Bukan mudah nak buat apa yang Allah suka dan tinggal totally apa yang Allah tak suka. Benda-benda besar mungkin kita dah mencapai indicator (cth:solat, puasa dll) tapi benda-benda kecil spt makan bersama, memilih nombor ganjil (Allah suka nombor ganjil kan?), mula dengan langkah kanan dan banyak lagi yang kita boleh perincikan sebenarnya kita susah nak buat kan sebab mengubah kebiasaan tu bukan mudah.
Bercerita tentang Baitul Muslim sorang akhawat ni yang membentuk peribadi anaknya dengan sehalus dan sebaik mungkin dengan menidakkan anasir-anasir yang kita anggap macam picisan. Dah menjadi kebiasaan setiap rumah ada TV kan? Tapi rumah akhawat ni tak ada TV. Sebab TV tu antara sumber-sumber karat dalam hati. Itu antara mujahadah yang terhasil dari tarbiyah ikhwah akhawat ni. Mujahadah diri dengan membiasakan ketidakbiasaan.
Jadi, ada apa-apa target untuk membiasakan ketidakbiasaan atau membuang kebiasaan? Yup, awalnya memang susah dan tersangatlah tak suka dan tak selesa. Tapi atas dasar yakin dengan Allah, pasti manis dihujungnya. (pengalaman peringkat awal duduk di IV)
InsyaAllah, saya sendiri ada target untuk minggu ni. Walaupun susah dan payah, tapi saya harap Allah terima usaha picisan ni.
salam mujahadah.
PERINGATAN: membiasakan ketidakbiasaan dalam ayat diatas untuk perkara-perkara yang membawa redha Allah sahaja ya. Yang mendatangkan marah Allah tu, kena tanya iman sendiri.
"Kami adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan selain dari Islam, maka Allah akan menghinakan kita" Saidina Umar r.a
Tiada ulasan:
Catat Ulasan