apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Khamis, 30 Jun 2011

24 - jun - 2011

Seperti yang dijanjikan, harini DR Tay datang. uh seram sejuk tak makan dari pagi ditambah lagi DR. dah tunggu kat bilik guru sejam awal sampai semua cikgu tau kami kene observe harini..hehe..

alhamdulillah, semua baik-baik saja, insyaAllah..

Lepas lecturer keluar, memang tergelak habis dgn anak-anak 4MPV1. Mana tak nya, anak-anak berlakon (dengan sendirnya). Subhanallah, memang berakhlak mulai tahap super saya sungguh. Cikgu tanya soalan, siap bangun dan jawab. Kan elok hari-hari macam ni, tak rugi pun =)

Hari ni belajar topik baru-Probability (kebarangkalian). Bawak la segala macam benda nak bagi nampak.


Dadu yang besar, gambar trafic light, replika duit syiling 50 sen. Alhamdulillah, gambar/objek memang bantu anak-anak nak faham. Cikgu cakap banyak mungkin susah nak faham, so let's the picture told the story.. =)

Dan pertama kalinya worksheet cikgu buat dwibahasa.

cikgu berazam semoga semangat mengajar tu bukan datang bila kene observe je, tapi sbb adanya rasa amanah.. insyaAllah =)

student : cikgu, dalam dadu ni ada apa (sambil membelek kotak dadu)
cikgu : hantu!!

alhamdulillah, kelas 4MPV1 dah start baca doa setiap kali start kelas

cikgu: untuk halau syaitan-syaitan yang banyak dalam kelas ni, jom kita baca doa
student: cikguuuuuuuuuu.......... (gelak sakan)

p/s: balik sekolah terus g bandar tasik selatan.. mak abah dah panggil balik =)

23 - jun - 2011

alhamdulillah, merasa juga Hari Terbuka sekolah. Teringat dulu-dulu abah datang sekolah amik 'report card'. Disebabkan dulu duduk hostel, petang dah call abah, tanya dia nak datang sekolah kul berapa sbb nak tunggu depan pagar..hehe.. yang best nya, mak bawakkan makanan even mak tak datang.. tapi seingatnya, hari terbuka terakhir (FORM 5) mak datang sbb pujuk mak, cakap "ni hari terbuka last, lepas ni anak mak dah tak ada hari terbuka".. heehhhhh.. psiko je lebih..

Tapi hari terbuka sek arini sunyi benar. Budak tak ramai datang.. owh, lagikan parents.

cikgu : kenapa parents kamu tak datang?
student: kerja
cikgu: mana lebih penting, anak atau duit?
student: duit
(perbualan antara seorang guru kelas dgn anak muridnya)

Hakikat fenomena sekarang. Mungkin sebahagiannya tak sedar lagi bahawa hari terbuka bukanlah hanya tentang pencapaian anak, tapi sejauh mana perhatian yang diberi utk anak.. ya, walaupun mmg ada yang sekerasnya tak boleh elak perkara-perkara lain, kan..

jadi, yang bukan guru kelas goyang kaki ke?
oh tidak sama sekali. Adil & saksama tu penting.
Kami (cikgu praktikal) kene tampal pembetulan pada novel Interlok, bukan satu tapi 90 buku x 9 muka surat, hinggat tak sedar arahan GPK yang mintak kami sambut parents.


wuuu... kecoh juga dibuatnya sbb GPK cari kami tapi tak jumpa, then cikgu-cikgu lain kata "GPK dah bermuka merah"

Pengajaran bermakna untuk hari ini ialah:

dahulukan arahan mengikut pangkat, bukan mengikut jenis kerja

insyaAllah lepas ni akan lebih hati-hati.. =)

Jalan-jalan kat sekolah, terjumpa mak pada seorang student 4MPV1 yang baru keluar dari bilik kaunseling.

soalan cepu emas yang biasa buat cikgu cemas, kan?

mak cik : cikgu, anak saya mcm mana kat kelas?

apa sebenarnya jawapan terbaik ya, sbb anak tu ada sekali ditempat kejadian

cikgu: dia ok sebenarnya, pandai, baik, cikgu tak ada masalah dengan dia. Boleh faham apa cikgu ajar.. cuma, kene lah selalu datang sekolah, jangan ponteng.

atau

cikgu: dia selalu tak datang sekolah, dia pergi mana sebenarnya? bila tak datang, susah nak faham apa cikgu ajar, banyak tertiggal..

waaa.... sila pilih, jawapan 1 @ 2..

Rabu, 22 Jun 2011

22 - jun - 2011

it's RABU!! dan hari ni ada perhimpunan ko kurikulum.. menarik sangat.. perhimpunan ni dibuat sebulan sekali, dan harini giliran kadet bomba.. tahniah utk anak-anak kadet bomba! oh, ya.. zainal (4MPV1) dan farahana (4P2) orang kuat kadet ni, anak-anak ni buat demonstrasi sesi menyelamat. =) gambar untuk hari ni tak ada lagi, insyaAllah len kali ya.

Tengok-tengok takwim, cuma tinggal lebih kurang 5 minggu lagi kat sekolah. Rasa sedih pun ada, tapi sedih lagi kalau sepanjang 10 minggu ni tak ada kesan apa-apa sepanjang mengajar. Muhasabah diri, apa sebenarnya cikgu ni. Memang tahu tanggungjawab dan peranan cikgu tu apa. Tapi cuba untuk pandang dari sisi pandangan Islam sendiri. Kadang-kadang terasa down sangat sebab terlalu penuhi tuntutan kerja tanpa penuhi tuntutan kita ni sbg hamba Allah yang semestinya bukan macam robot.

Hmm.. bila tengok ada yang mengantuk, susah nak bagi tumpuan, cikgu tau kamu penat. Penat kerja, cari duit, penat lagi kene marah dengan cikgu lain sbb tak boleh bagi tumpuan. Yang cikgu mampu buat cuma bersabar dan sebolehnya memang tak nak ada perasaan marah apatah lagi menengking. Dan mungkin juga kamu juga tak jelas apa matlamat kamu sebenarnya kan. Mungkin ini juga soalan yang selalu ada pada diri kamu kan. Kenapa aku ni nak susah-susah belajar matematik? Bukan lulus pun. Kenapa nak susah-susah sakit kepala fahamkan apa cikgu ajar? memang dah banyak yang tak faham pun.

Tapi kamu sedar tak, kita ni sebagai anak, macam mana sekalipun mak ayah kita tahu kita ni lemah dalam belajar, tapi dalam hati mak ayah kita, dia nak tengok juga hasil pelaburan dia hantar kita pegi sekolah. Dia nak dengar juga kita bersorak "Mak, anak mak lulus matematik!!!"

Bila kamu tidur, cikgu kata "bangun"
Bila kamu mengantuk, cikgu kata "lawan"
Bila kamu leka, cikgu kata "salin"

Tapi cikgu rasa, bukan ni caranya kan. Apa sebenarnya ya..

soalan sama berlegar lagi "macam mana nak jadi cikgu yang bermotivasi untuk 20 tahun akan datang"

anak-anak, cikgu mintak maaf sbb cikgu ajar, kamu mengantuk. insyaAllah, cikgu akan usaha lagi. Dan sebenarnya motivasi berpaksikan Allah hanya buat cikgu tahan untuk 20 tahun lagi, insyaAllah..

Jumaat ni pensyarah nak datang observe. Ya Allah bantu aku tanamkan niat dalam hati. Aku ajar bukan sbb lecturer nak observe, tapi menunaikan hak manusia yang namanya anak murid cikgu.

Gred A bukan segalanya, tapi sentuhan hati seorang guru bekalan untuk anak muridnya.

Selasa, 21 Jun 2011

21 - jun - 2011

jatuh bangun anak, mak abah sentiasa disisi
hanya kerana gagal sehari
tak akan tolak anak ketepi
sedangkan 9 bulan setia menemani

segagal mana pun anak,
mak abah kata "tak apa, usaha lagi"
walaupun dia tak cakap dia kecewa
walaupun dia tersenyum pada kita
dalam hati siapa tahu
"ya Allah, jagai anakku"

anak
masih ada waktu
untuk membuat mak abah bahagia ada anak sepertimu



You raise me up so I can stand on mountains,
You raise me up to walk on stormy seas,
I am strong when I am on your shoulders,
You raise me up to more than I can be

Isnin, 20 Jun 2011

20 - jun - 2011 - SUPRISE!!!

alhamdulillah, syukur...

isnin yang didalam kesusahan, ada kesenangan..
elok-elok happy jalan-jalan sekolah tiba-tiba ternampak kelibat DR.Tay, pensyarah yang buat penilaian untuk LM.. hah?gosok-gosok mata, benarkah?

memang DR.Tay pun, datang sekolah tiba-tiba, mmg suka buat suprise!!! dan i'm the first dia observed, then baru lah tiah..

alhamdulillah, benda-benda on the dot ni best gak kan? kalau tau dia nak datang harini, mesti dari malam td tak boleh tidur lena.. =)
lesson plan, worksheet semua dah siap malam td.. pengajarannya: bahagia bila jadi muslim proaktif kan.. tak payah kelam kabut..insyaAllah, masih lagi mendidik diri utk jadi muslim yang tersusun urusannya ;)

dan sekalung jutaan terima kasih dan ucapan sayang buat anak-anak 4P2 yang sememangnya pelakon terhebat. Walaupun mereka memang berlakon seperti budak yang sangat baik dan sopan dalam kelas, tapi hakikatnya anak-anak ni mmg sopan, dan baik sbb masih ada sensitiviti nak tolong cikgu dan hormat pensyarah yang datang.. hehe..

lucu sangat apa yg berlaku dalam kelas tadi, lepas je pensyarah keluar, semua lepaskan keluhan

"cikgu, kitaorg ngantuk la berlakon jadi baik ni.. ngantuk sbb tak boleh cakap banyak, tak boleh jalan-jalan dalam kelas, tak boleh gelak-gelak sakan"

cikgu pun jadi enjoy (aka syok sendiri) bila korang sangat sopan =)

jadi apa komen DR Tay?
-perlu guna pendekatan yg lebih kreatif, guna banyak gambar
-explain kenapa formula tu mcm tu, bukan student hafal bulat-bulat
-involve kan student dalam kelas, suruh dia buat kat white baord

and last dia tanya :
"student tu bukan baik mcm td kan?"

ngeeeee....
terkantoi juga akhirnya!!! DR.Tay cakap mcm tu sbb sebelum ni dia pernah datang round kelas ni, kebetulan masa tu kelas mcm anak kapal yang kepatahan layar.. =)

alhamdulillah, semua dimudahkan dan insyaAllah Jumaat ni lecturer datang lagi..

terima kasih juga pada kak Raza, guru pembimbing yang berjaya menpsiko lecturer untuk inform kami setiap kali nak datang buat observation sbb sblm ni lecturer suka guna pendekatan SUPRISE!!!!

alhamdulillah, berbahagialah bila diuji sekiranya sedar sememangnya diri ini layak..

Sabtu, 18 Jun 2011

ros jepun


ros jepun untuk pemenang pertandingan lukis ogif.. pening dah tak tau nak beli apa yg bermanfaat.
cikgu tak mampu la nak beli MP3 ke apa.. takut juga kalau anak-anak salah gunakan..



moga ros jepun sikit sebanyak bantu anak-anak untuk ada rasa tanggungjawab & amanah.insyaAllah =)

nak share lagu tema imam muda- hambaMU, rasanya ramai dah pernah dengar lagu ni kan... hayati lirik dia..thanks kak reen, bagi dengar lagu ni disaat diri hampir tersungkur, tak mampu.. =)
insyaAllah kita akan kuat hadapi ujian kerana sedar diri ini sememangnya layak diuji kerana kita hambaNYA..

sedangkan ayam nak kene sembelih tak merungut "kenapa aku yang dipilih untuk buat kenduri harini?" apa lagi kita? sememangnay tak layak nak merungut bila diuji..kan? ask yourself..

jumpa lagi, insyaAllah =)


Lirik Lagu HambaMu – Mawi ft. Akhil Hayy



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji

Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

khemah ibadah PMR

alhamdulillah, selesai sudah program kat SMK Sri Pantai..

khemah ibadah ni dia sekalikan dengan program motivasi.. kem ibadah (jumaat malam+qiam) di handle ustaz UM yang praktikal kat sekolah ni, tak tau la plak apa namanya..

jadi kami (haifa+tiah) diajak kawan yang handle slot motivasi (sabtu pagi), cikgu jemput dia as ex student sekolah ni.. alhamdulilah, sebenarnya bila kita join program motivasi ni kan, bukan kita berperanan as fesi je, tapi insyaAllah kita pun termotivasi sekali..

pernah tengok iklan hari raya puasa by Petronas? mengisahkan janda beranak 7..
dulu tak berapa faham sangat video ni, tapi bila dah dewasa ni, baru ada kefahaman dengan hati..
anak-anak dia yang penuh kesungguhan demi memenuhi permintaan si ibu yang nak masak hati, limpa lembu..
terdetik dalam hati, tertunaikah semua impian mak aku?
soalan dari hati ke hati yang mungkin kita sendiri tak pernah tanya mak abah kita kan?

"mak, apa harapan mak pada kita?"
bila kita gagal, mak kata "tak apa, cuba lagi..usaha lagi..mak doakan.."
tak pernah mak cakap "suka hati lah nak buat apa".. mak tak pernah putus harapan pada kita kan?

apa yang penting untuk mak abah kita sebenarnya bekalan diakhirat

..DOA ANAK YANG SOLEH..

“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah

segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang

dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”

(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

tanamkan azam dalam diri, setiap hari doakan mak abah kita.. insyaAllah..

17 - jun - 2011

jumaat yang padat... dapat 4 kelas ganti..alhamdulillah...penat, tapi puas.. itulah hakikatnya, bila jadi cikgu yang sebetulnya nanti, satu hari bolah jadi 5@6 waktu..

ok, masuk kelas 4P2 untuk kelas ganti, jadi tak plan pun nak ajar anak-anak.. diaorg pun sepatutnya ada lawatan, tapi dibatalkan pagi tadi. ramai juga yang tak bawa buku.

cikgu: kamu nak tahu tak siapa pemenang ....
student: hazama!!!
cikgu: ya Allah, rosak kamu ni...(sambil buat muka terkejut).. saya nak cakap, siapa menang pertandingan lukis ogif.. bukan AF!!
student: lorrrrrr..(gelak sakan)
cikgu: kamu rasa kenapa hazama boleh menang?
student: dia usaha, sabar, tak putus asa.. kuasa Allah, cikgu!!
cikgu: kamu tau cerita dia?
student: oh, dulu dia pernah masuk sampai konsert prelude..
cikgu: cuba andaikan, bila dia terkeluar konsert prelude, kita andaikan dia fail, dapat gred F!!! sekarang dia dapat no 1, kita andaikan dia dapat gred A!!!!
student: dari gred F pd gred A!!!
cikgu: jd tak mustahil kamu fail math, boleh dapat A..

kelas 4MPV1 pun ramai yang tak bawa buku... muka-muka kecewa sbb lawatan batal last minute!!! sian plak.. baru nak bersemangat pegi Nilai...
jadi, buat latihan lukis ogif.. sempat juga periksa kuku..

cikgu: semua letak kuku atas meja, cikgu nak tengok
student: alamak!!! cikgu nak check kuku.. habislah aku..

dalam kelas ada pulak sorang student yang mmg tak pernah jumpa sejak 3 minggu mengajar kelas ni

cikgu: awak student baru ke?
sudent: saya baru datang cikgu..
cikgu: mana awak menghilang?
student: (senyum kerang)

mana la anak-anak ni pegi, 3 minggu tak sekolah..

habis sudah jumaat... oh, harini nak melancong ke smk sri pantai, tolong kawan handle khemah ibadah solat PMR.. balik program insyaAllah update lagi.. peace!!!

assalmualaikum.. =)

Khamis, 16 Jun 2011

16 - jun - 2011 + api!! api!!

alhamdulillah..khamis sudah... =)

hari ni kene ganti kelas PJ, gabung budak perempuan 4MPV2, 4SS1, 4SS2

cikgu: kamu nak PJ ke?
student: tak nak..
cikgu: ok saya ajar math
student: ok
cikgu: x+x =?
student: x(kuasa 2)

ok, basic lemah lagi..jadi kami main- main guna kad.. sbb nak fahamkan konsep operasi 'unknown'

sambil jalan-jalan dalam kelas, selak buku student jumpa surat hari terbuka sekolah

student: cikgu, ni surat apa?
cikgu: ni surat hari terbuka (dalam hati: eh, knp budak ni tanya?"
student:oh..
cikgu: parents kamu datang tak?
student: tak cikgu, semua sunjek saya fail
cikgu:parents kamu tau tak ada hari terbuka?
student: tau, tapi tak nak datang

lastly,

cikgu: kamu pandai baca tak?
student: tak pandai

gulp..form4 tak pandai baca.. ya Allah, siannya anak-anak ni...

dalam kelas 4MPV1,
kelas harini agak bising..mungkin sbb dah tengahari, kul 12..semua dah macam cacing kepanasan..

cikgu: macam mana la nak kawal kamu ni.. minggu depan lecturer cikgu datang, kalau kamu bising mcm ni, dapat gred E la saya..
student: minggu depan hari apa cikgu?
cikgu: saya pun tak tau, dia datang mengejut
student: tak apa cikgu.. bagi tau je kita orang, nanti kita orang belakon.. cikgu-cikgu praktikal sebelum ni pun camtu dak, kita orang diam masa lecturer datang, tapi hari-hari biasa, mcm ni la perangai kami..

anak-anak..

that's means my skill is not develop..

harini dalam kelas, tiba-tiba suara hilang, dah tak bolah nak kuat.. terpaksa cakap yg semampu mungkin..
bayangkan, tengah explain contoh, tiba-tiba suara macam iklan dequadin..suara makin sloww..errrrrrkkkkkk....

dalam hati: jap lagi mesti kene gelak ni

tapi tak, alhamdulillah, kalau tak.. malu dibuatnya..
teruskan expalin mcm biasa, tapi mmg perasan suara dah makin slow sangat..
dan anak-anak pun menajdi diam dan mendengar..

kes ni berlaku juga semalam dalam kelas 4P2 masa bacakan markah exam.. tekak gatal sangat dan mendesak untuk batuk banyak kali, tapi usaha untuk tahan hingga terkeluar air mata..
lastly, baca satu nama, markah, then batuk.. baca nama, markah, batuk..
anak-anak 4P2 semua diam mcm dalam exam..

maafkan cikgu ya, next week cikgu bawak gula-gula hacks hitam.. =)

ok ,masuk cerita api pulak..
mlm tadi, dalam area kul 12 lebih dah tido, tiba2 bunyi bising orang kecoh kat bawah rumah.. biasa mmg mcm tu, ada je lalaki yg buat bising mlm-mlm.. tapi ni bising mmg peli sampai tersedar dan mengintai dari tingkap..ada orang jerit sambil tengok atas

"oi, api oi!!!!" "api!! api!! api!!"

hah?? ada rumah terbakar!!!
apa lagi..sbb tak tahu menahu api dari mana, dibuatnya rumah atas rumah sendiri yg terbakar, secara spontannya bagi arahan mcm warden,kejut semua housemate

"semua bangun, pakai tudung, sweater, bawak i/c, tutup semua suiz.." sian housemate yg terkebil-kebil..sory ya.. nak gerak pantas..
masa bagi arahan tu dah start menggigil, sbb tak tahu api dari rimah mana, tambah lagi bunyi orang kecoh-kecoh..

then semua turun bawah , tutup suiz.. datang dua buah lori bomba..lori ke? tak tau nak pangil kenderaan tu apa..mmg seram bunyi lori tu..bertambah lagi gigil.. datang pulak abang bomba yg naik motor besar, mcm hero plak..

ktorg pandang-pandang atas, tapi tak tau pun rumah mana yg terbakar..tiba2 nampak bara api jauh kebawah..oh, rumah tu..api dah tak ada, rumah tu dah hangus hitam nampak dari luar.. semua penghuni dah bertenggek nak tahu apa yg berlaku..

tapi semua elok, alhamdulillah dan beredar selepas 1 dari lori bomba tu balik..maknanya tak teruk kan, abang motor besar yg mcm hero tu pun balik, semua naik umah, sambung tido. tapi bomba tu ada lg, dgn polis.. dengar2 cte, umah tu tak ada org. maknanya tak ada kemalangan jiwa.. alhamdulillah...
bak kata kak reen: Allah sayang kita kan, cuma kita je tak sedar. kalau Allah nak, Allah bagi je semua blok ni dah terbakar...

kan, Allah sayang kan..

dalam keadaan kecoh-kecoh pagi semalam, cikgu yg sama sekolah dengan kita orang pun duduk kat flat sama, cuma blok dia blakang blok kita org. kita org cte kat dia, dan seriously, dia tak tau apa2..tak dengar pun bunyi siren bomba..hehe.. bomba, your siren actually not enought loud... =)

15 - jun - 2011

alhamdulillah...harini dengan secara mengejutnya kak raza (guru pembimbing) tiba-tiba masuk kelas 4P2 utk observation..tapi dia keluar balik sbb "kamu buat aktiviti kan harini, ok..lain kali lah saya masuk"

wuu..selamat utk sementara... anak-anak 4P2 harini buat pertandingan melukis ogive. satu group 2 orang.. dari pertandingan ni nak tengok diaorg ni sebenarnya faham ke tak apa yang dah diajar..

daripada perhatian:

anak-anak perempuan, alhamdulillah, tau nak buat ogive
anak-anak lelaki, mmg kalut la nak siapkan..time ni la kejar cikgu sana-sini.. tapi ini bermakna cikgu tak ajar betul-betul..cikg ajar main-main.. cikgu camna ni..?

harapnya, masa dalma tekanan buat ogive tu anak-anak belajar sesuatu... sbb kadang2 dalam keadaan tertekan, kita terdesak nak tau, kita pun cari jalan dengan selak buku, tanya orang.. kan..kan..kan...
macam cikgu la kalau dah nak final exam, tak faham time ni la nak tanya orang, rajin bukak buku =) time tak exam?? ngeeee... (jgn tiru tabiat ini)

kelas 4MPV1, alhamdulillah.. sangat seronok harini

antara perbualan dgn anak-anak sambil buat graf ogive:

cikgu: semalam kamu masak apa?kongsi la resepi dengan cikgu
student: huhh.. kita orang kene 'bantai' semalam..cikgu katering mengamuk... kita orang tak masak pun semalam..benci la camni..
cikgu: kenapa cikgu kamu mengamuk?
student: ada lah yg buat cikgu marah..saya benci semalam cikgu.. kami kene jadi kuli, basuh pinggan tetamu dari korea datang
cikgu: eh, kan 30 orang je orang kora yg datang
student: 30 orang, tapi pinggan sampai 150..
cikgu: kamu dapat makanan tak?
student: mana ada, penat, kene maraah ada lah..

kesian dgn anak-anak ni..kadang-kadang kita ada dalam keadaan selesa, kita tak fikir pun rg bawah kita kan..oh, muhasabah diri sendiri..

student: bikgu, graf ogive tu saya tak boleh nampak.. kene galihkan kotak tu..
cikgu: ok, sambil angkat kotak, tapi kotak ni melekat kat meja
student: hahahahah... (menggelakkan cikgu)
cikgu: pandai awak kenekan saya ya.. dosa tau gelakkan cikgu

student: cikgu, saya tak nampak la tulisan kat white board ni, kene tutup pintu
cikgu: ok, saya tutup pintu..

sambil nak menarik daun pintu baru perasan..eh, tak ada pun pintu

student: hahahahaha..cikgu, mana ada pintu lah..
cikgu: awak.....tak baik tau..dosa gelakkan cikgu...kan saya dah kata tadi.. (sambil senyum-senyum menahan malu yang teramat sangat)

ya Allah malunya..kenapa la lurus sangat cikgu ni..
anak-anak tak habis gelak lagi..

cikgu: saya rasa kan, saya tahu kenapa awak selalu gagal matematik
student: kenapa cikgu?
cikgu: sbb awak selalu gelakkan cikgu kan..
student: semua terdiam..
cikgu: tak apa, saya dah maafkan..

berakhir 70 minit dgn anak2 4MPV1 arini..alhamdulilah, rasa senang sangat...terasa mcm melayan anak-anak remaja yg 'mereng' =)

student: cikgu, cikgu-cikgu lain semua suka marah-marah kita orang, masuk kelas je kene tengking..
cikgu: diam..

ada mesej yang cuba disampaikan anak-anak ni kan..

islam suruh penganutnya bersabar, berlembut..
kadang-kadang memang geram, kene 10 kali cakap "tolong diam"
kene cakap dgn nada yg kuat juga..hmm
tapi cikgu pun tak suka cakap kuat-kuat..
harap anak-anak pun faham.. =)

14 - jun - 2011


set induction untuk lengkapkan jadual frequency:
cikgu: who are the youngest among of you? sape dapat jawab, saya bagi hadiah
student: sarah, jia meng..syuhada...
cikgu: owh..kurang tepat..kurang tepat..sapa nak cuba?.. (semua syok tanya2 kawan)
student: sarah cikgu, paling muda..
cikgu: justin paling muda sbb dia lahir december 1994.
student: hah? ye ke cikgu... owh..ye la kan, dia kan peralihan..

kelas sambung mcm biasa...

balik rumah, recall semula apa yg diajar kat kelas 4P2....
masa sediakan lesson plan,tengok kat diaorg punya maklumat, justin lahir 1994, yg lain lahir 1995..
nombor 4 kurang dari 5, tapi siapa lahir tahun 1994 lebih tua dari siapa yg lahir 1995
jadi, siapa lahir 1994 bukan the youngest, tapi the oldest..
waaaa...cikgu..what have you done???

anak-anak ni pun 'telan' bulat-bulat..nasib baik ni set induction, bukan content...alhamdulillah..=)

kat kelas 4MPV1, ramai yg datang harini..
cikgu: kamu ada kelas memasak ke harini?
student: ada, sbb tu ramai datang..
cikgu: esok kongsi resepi dgn saya!

dalam kelas 4MPV1, mmg bila ditanya, jawabnya panjang lebar & susah nak stop diaorg cakap..
ada juga yang sedar "kau, diam lah. jgn susahkan cikgu..".. syukur..
anak-anak ni, tak suka mendengar, lebih suka hands on activity..
note diaorg mmg sependek yang mungkin sbb panjang-panjang pun makan masa nak menyalin..

student 1: cikgu, saya nak pinjam pen cikgu, pembaris, pensil...
student 2: kerja pun tak mampu nak beli pen ke..

guru kelas 4MPV1 jumpa
"cikgu ajar math kelas saya ya?"
"ya"
"mereka tu ada yg hisap gam, kerja..mmg selalu tak datang sekolah"
"mcm mana cikgu tau?"
"selalu mereka pergi tandas, mata kuyu, cakap pun tak betul"
"oh, ada..saya perasan" -anak-anak agamaku....bagaimanakah?

13 - jun - 2011

Alhamdulillah, 2 minggu cuti yang banyak kisah duka+ manisnya.. itulah hidup.ujian itu kemanisan hidup bila kita rasa kehambaan kan..

so, camne agaknya kelas arini?? waaaa..learning outcome tak tercapai..
hidup tak selalu cerah, langit tak selalu indah kan??
harini 1st time ajar secara formalnya..dan mmg banyak yg kene perbaiki..

banyak juga respon on the spot anak-anak dalam kelas yang boleh dijadikan kayu ukur..
kalau anak-anak tak faham apa kita ajar, cuba check balik diri kita mcm mana kita ajar
kalau anak-anak bising dalam kelas, cuba check balik, kenapa dia bosan?
kalau anak-anak bising, sampai cikgu sakit tekak, camne?

=)
hoho...isnin yang mencabar, kene asah balik tune yg dah hilang dua minggu..

4P2
-kene ajar math step by step
-handout tak banyak membantu
-problem solving is the best method, kan

insyaAllah next class perlu ada penambahbaikan

cikgu: kamu ingat nama cikgu tak?
murid: ingat..cikgu nurhaifa
cikgu: saya dah lupa sikit nama kamu (dalam hati)

Ahad, 12 Jun 2011

press enter to upload


esok sekolah ke?
eh, terengganu menang bukan dapat cuti ke?
mcm agung kata nak bagi cuti..

hakikatnya, esok memang sekolah ya cikgu..
yes..positive!!!! jumpa anak-anak esok...

tomorrow teacher will press


to upload mathematics in to your brain...and your heart..
opppssss..not math only!!!
of cozzz immunity of the beautiful of ISLAM

insyaAllah.. rabbi yassir wa la tu'assir =)

Jumaat, 10 Jun 2011

rahmat ujian-bicara tuhan

subhanallah.. sungguh, ujian ini sangat berat.. berat bilamana kita meletakkan ujian hanya dengan makna "ya Allah, aku tak mampu".. tapi nikmatnya ujian tu.. hati terasa benar-benar lapang, benar-benar merasakan diri ini ibarat sebutir pasir, benar-benar merasakan setiap langkah dengan kalimah Allah,benar-benar merasakan Allah lebih dekat dari urat di leher.. benar-benar Allah sedang berbicara dengan ku..

bicara Allah yang bila difikirkan..

"kenapa ya Allah bagi aku ujian ini?"
"Allah tak sayang aku"
"sayang kah aku dengan Allah?"
"Allah tak adil dengan aku"
"adilkah aku dengan Allah?"
"Allah tak dengar doa ku"
"dengarkah aku dengan suruhan Allah?"

Allah sedang berbicara dengan mu..

Aku sedar kenapa ujian ini Allah bagi..
Aku sedar, banyak hak Allah aku tak tunaikan
Aku sedar hati ini belum benar-benar takut dengan peringatan Allah
Aku sedar
"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku"
belum sepenuhnya kerana MU
Aku tahu Allah...
kau sayang aku, kau menjaga aku, kau lihat aku
kerana doa aku
"jangan KAU tinggal aku walau sedetik"
maka ujian ini kerana
aku selalu meninggalkan KAU
berjuta-juta detik
tapi KAU
tak tinggalkan aku walau sedetik
Allah sayang aku
Allah rindu tangisan aku
Allah menjaga aku
Allah nak aku tahu
Allah sentiasa dekat dengan aku

itulah rahmat ujian
kerana tuhan sedang berbicara dengan hambanya

...ayuh,berbicara dengan tuhanmu, DIA rindu dengan tangisanmu..



Khamis, 9 Jun 2011

rahmat ujian- mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Isnin, 6 Jun 2011

Pantai Penyabong

Alhamdulillah, berkesempatan berkongsi mengenai hari keluarga sebelah mak. Kami berkonvoi 5 kereta dari Batu Pahat-Kluang-Mersing (29-30mei). Tiba di Pantai Penyabong kira-kira dah masuk waktu zohor, lunch,check in.

Oleh kerana dah start cuti sekolah, semua dah pakat mintak abah uruskan tempat, jadi chalet abah dah tempah 1 Mei, alhamdulillah tak ada masalah untuk cari chalet. Sebenarnya keluarga kami ni biasa tidur dalam khemah. Kata abah, jimat dan dapat rasa sendiri suasana berkhemah, tidur tepi pantai, dengar bunyi ombak, bangun pagi tengok air dah pasang dan juga melatih anak-anak lelaki ni berkawal..haha.. indahnya saat-saat dulu..dan kini juga =)

Kali ni kami sewa chalet atas permintaan ramai.. best gak ada shalet kan..

Destinasi kami di Pantai penyabong, if korang search kat google map, pantai ni dah nak dekat dgn sempadan Pahang. Berjiran dengan pantai penyabong ialah Tanjung Resang. Tanjung Resang ni ada memori tersendiri family kami. Sebelum dibangunkan jadi tarikan pelancong, tanjung resang destinasi utama hampir setiap tahun sbb pakej dia bagus.. pakej memancing, suasana yg aman (tak ramai orang), dan yang paling menarik ialalh ada sungai yang mengalir ke laut dihiasi dengan pokok bakau, timbunan batu-batu besar yang ada cik tiram =) .. Subhanallah... sangat indah ciptaan Allah..bagun pagi je, keluar khemah dah nampak air pasang, lepas solat duduk tepi batu tunggu matahari naik.. tapi skrg dah ramai orang kat tempat tu & dah ada orang buat chalet..

ok, berbalik cerita pantai Penyabong, kami sewa bilik standard=RM95. ada aircond, 1 katil besar, 1 bilik air, muat untuk kami 1 family, 6 orang..ok, jgn tanya kami susun bilik camne..hee...pandai-pandai la guna kebijaksanaan sbb katil tu ada 2 tilam kan... =)


Untuk family mak cik-mak cik lain diorg sewa bilik deluxe = RM150, ada aircond, bilik air & 2 katil besar.

So, after solat sume melepak sementara tunggu asar utk mendebush kan diri dalam air laut. tapi Allah kan lagi tau, kul 4 hujan selebatnya, jadi kami menikmati air kopi panas dan yg lelaki prepare peralatan memancing. Elok je lepas asar, hujan stop, langit cantik jadi semua pakat berendam air laut.

ok, apa keistimewaan pantai penyabong ni, dia ada 2 jeti, sesuai sangat untuk kaki pancing, pantai ni dilindungi pulau2 kecik, jadi ombak tu tak la besar sangat. Jadi bila ombak tak besar, baju tak banyak pasir.. jadi advantage pada kaum ibu, senang nak basuh baju yang tak banyak pasir. seriously, kalau ombak besar, pasir2 laut boleh masuk dalam baju & seluar hingga ke lipatan2 jahitan.ok, jgn tanya macam mana dia masuk =) air pantai juga sangat jernih, macam kolam mandi, boleh nampak kaki sendiri..


sebelah malam, aktiviti BBQ.. alhamdulillah menu satay, ayam, pechal sayur, nasi himpit. satay ni order yg belum bakar, ayam perap dari rumah. Jadi malam sesi membakar & makan. percaya tak, dengan hanya RM65.00 (untuk 1 keluarga-5/6 ahli) untuk makan malam dan sarapan pagi -set burger+roti + hot dog roti+ mee segera (kecemasan).. jimat kan.. jadi kalau pegi melancong dan sebagainya bawa bekalan makanan memang sangat menjimatkan =) dan kene mind set, melancong bukan bermakna bercuti dari menyediakan masakan untuk keluarga. sebenarnya, inilah waktu yg baik untuk mak abah melayan telatah anak..kan..

lepas subuh, dari chalet boleh tengok matahari terbit + dengar bunyi ombak sbb air pasang.. waktu-waktu mcm ni kan, sesuai sangat untuk muhasabah diri kita yg cuma sebutir pasir kat bumi Allah ni kan.. tapi Allah masih sayang kita bagi nikmat udara secara free...

lepas sarapan, kami bermandi manda.. sempat juga melayan kerenah sepupu yg semuanya masih bawah 12 tahun.."cikgu, cikgu...ajar la berenang"..haahaha... ni la nikmat ada sepupu yg semuanya kecik-kecik belaka..

kami bertolak pulang lepas zohor.. insyaAllah, pantai penyabong menyimpan memori indah kami 4 keluarga mengenal hati budi, berukhwah dan insyaAllah boleh dikatakan 'mengenali dia'.. sebab...

petikan dari saifulislam.com

Teringat saya kepada riwayat ibn Abi al-Dunya, bagaimana pada suatu ketika Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang lelaki lain.

Umar bertanya kepadanya, “engkau pernah bermusafir dengannya?”

“Tidak pernah,” jawab lelaki itu.

“Engkau pernah bergaul rapat dengannya?” tanya Umar lagi.

“Tidak pernah,” jawab lelaki itu lagi.

“Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya kamu tidak kenal akan lelaki itu!”

Bermusafir dan bergaul rapat itu adalah wasilah untuk kita saling kenal mengenal. Itulah khasiat di sebalik pengembaraan yang panjang tersebut. Perjalanan dengan segala kesukaran, cabaran, masalah, dan tekanan akan mengeluarkan wajah dan warna sebenar seseorang.

Itulah sebabnya Umar menilai bahawa selagi kita tidak pernah bermusafir bersama, atau bergaul mesra, malah dalam riwayat-riwayat yang lain, diletakkan juga soal memberi amanah kepercayaan, berurusan berkaitan duit, maka selagi itulah kita belum layak mendakwa, “aku mengenalinya”.

selamat bercuti, rancang budget & perjalanan.. destinasi tempat nak bercuti sebenarnya bukan penting sangat kan, yang penting matlamatnya, meluangkan masa yang berkualiti dengan keluarga

untuk bacaan lanjut, boleh tanya pak cik gogle atau try link ni:


p/s: gambar-gambar semua dari pak cik google sbb kami dah simpan gambar dalam memori... =)


Khamis, 2 Jun 2011

bengkel LM

Alhamdulillah, fak sains anjurkan bengkel LM sempena melengkapkan misi cuti sekolah =)
Seriously, bukan seronok apa pun datang bengkel-bengkel ni kan, tapi memang seronok sebenarnya. harini slot motivasi kendalian HUSHIM consultant.

iya.. Tn. Hj Hushim yg selalu kat tv3 slot motivasi pagi kul 6.30a.m. Alhamdulillah, jumpa juga orangnya depan mata =)

slot pagi dikendalikan anaknya, En. Fauzan yg lebih kepada cara komunikasi. apa sebenarnya komunikasi? komunikasi-untuk mendapatkan respon. Kalau kita cakap dengan dinding, mestilah tak ada respon kan? jadinya, bercakap dengan dinding bukanlah satu bentuk komunikasi.Ada 2 bentuk komunikasi, lisan & bukan lisan,dan sebenarnya lebih 70% manusia gunakan komunikasi bukan lisan.

CARA KOMUNIKASI

1)visual (gambaran) - "Look at this picture"
2)kinestatik (perasaan) - "I ask you, can you feel me"
3)orditary (dengar) - "Listen to what I said"
Jadi, seseorrang guru perlu tahu apa jenis komunikasi yg paling sesu
ai untuk gunakan dalam sesi P&P. sebenarnya bukan guru je, sapa2 pun boleh =) untuk anak-anak 4MPV1 lebih kpd visual & 4P2 lebih kepada orditary.

JARAK KOMUNIKASI - 1 kaki setengah

PANDANGAN (eye contect) - pandang pada hidung, menandakan kita respect pada seseorang, owh.. bukan pandang mata ya

INTONASI
berdasarkan kepada teori PAC
P- parent
A-adult
C-child

penggunaan intonasi adult(dewasa) adalah yang paling sesuai bila komunikasi dengan student, kawan-kawan & urusan-urusan rasmi/ tak
child ni biasanya sesuai utk pasangan- iya, org yg berpasangan dan bukan kepada kanak-kanak tadika!!
intonasi parent sesuai untuk parent kepada anaknya, dan bukan anak kepada parentnya ya...
Allah dah bagi tau awal-awal sebelum manusia cipta teori ni kan..jom check tafsir =)

Al-Isra: 23-24

Tau tak kenapa Salleh Ya'acob senang-senang je kawin 4? haha.. sebab dia pandai susun ayat..eh, ni penceramah cakap..

bahasa penyusunan ayat ni dipanggil HIERACKY OF IDEAS

ada 3 element penting:
1) chunking up
2) chunking down
3) lateral

contoh situasi: suami balik lewat, isteri tanya "abang pe
gi mana, kenapa balik lambat?"

suami jawab
chunking up : "mana ada lambat, 10 minit je, abang kan keje, cari duit untuk awak juga kan.."
chunking down : "baru lewat 10 minit awak dah beb
el. awak tau tak saya ni keje, cari duit, balik-balik awak dah bising, bingit la"

isteri respon
chunking up: "iya, saya tau abang cari duit, lain kali jangan lambat ya.."
chunking down: "eleh, ntah-ntah abang dah ada perempuan lain kan.. jangan bohong saya la"

selepas situasi chunking up/ chunking down barulah penggunaan literal. senang cerita, literal ni mcm lebih kepada alternatif lain dalam komunikasi. dis
ebabkan isteri ni bagi respon chunking down,suami pun guna lah literal ni nak bagi alternatif lain.cth:

literal: "ish, mana ada, tayar saya pancit tadi kat jalan, saya tunggu mekanik datang, lambat"

paham ke? insyaAllah faham-fahamkan lah ya...

Slot petang dengan Tn. Hj Hushim,

p/s: abaikan si baju oren

Tn. Hj banyak sharing pengalaman di kat sekolah, guru tak bermotivasi, politik sekolah,.. macam-macam la..mmg itu lah hakikat suasana sekolah, bukan tentang murd je, tapi cikgu juga..

antara tips:
-jangan berkira dengan tugas yg ada..
-guru perlua ada kekuatan mental
-ketahanan emosi
-tahu uruskan kemarahan,uruskan emosi
-minat dengan manusia
-seronok mengajar
-ada keikhlasan
-stay dalam kumpulan cikgu2 yg bermotivasi
-guna pendekatan kognitif, bukan pendekatan emosi
-jadikan tugas sebagai cabaran, bukan beban
-perlu ada sentuhan dengan pelajar (sama jantina) di bahagian bahu, siku

..dan banyak lagi.. handout yg dia bagi pun tak habis baca lagi..

insyaAllah, orang-orang hebat ni bertindak macam enziim untuk bagi kita motivasi kan, tapi semuanya berbalik pada kita, sbb motivasi yg terbaik tu motivasi intrinsik (dalaman)

esok, insyaAllah slot dengan guru pakar Matematik.. jumpa lagi..insyaAllah

cikgu haifa,
iman villa,
pantai permai,
10.07p.m,
02/06/2011