apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Isnin, 6 Jun 2011

Pantai Penyabong

Alhamdulillah, berkesempatan berkongsi mengenai hari keluarga sebelah mak. Kami berkonvoi 5 kereta dari Batu Pahat-Kluang-Mersing (29-30mei). Tiba di Pantai Penyabong kira-kira dah masuk waktu zohor, lunch,check in.

Oleh kerana dah start cuti sekolah, semua dah pakat mintak abah uruskan tempat, jadi chalet abah dah tempah 1 Mei, alhamdulillah tak ada masalah untuk cari chalet. Sebenarnya keluarga kami ni biasa tidur dalam khemah. Kata abah, jimat dan dapat rasa sendiri suasana berkhemah, tidur tepi pantai, dengar bunyi ombak, bangun pagi tengok air dah pasang dan juga melatih anak-anak lelaki ni berkawal..haha.. indahnya saat-saat dulu..dan kini juga =)

Kali ni kami sewa chalet atas permintaan ramai.. best gak ada shalet kan..

Destinasi kami di Pantai penyabong, if korang search kat google map, pantai ni dah nak dekat dgn sempadan Pahang. Berjiran dengan pantai penyabong ialah Tanjung Resang. Tanjung Resang ni ada memori tersendiri family kami. Sebelum dibangunkan jadi tarikan pelancong, tanjung resang destinasi utama hampir setiap tahun sbb pakej dia bagus.. pakej memancing, suasana yg aman (tak ramai orang), dan yang paling menarik ialalh ada sungai yang mengalir ke laut dihiasi dengan pokok bakau, timbunan batu-batu besar yang ada cik tiram =) .. Subhanallah... sangat indah ciptaan Allah..bagun pagi je, keluar khemah dah nampak air pasang, lepas solat duduk tepi batu tunggu matahari naik.. tapi skrg dah ramai orang kat tempat tu & dah ada orang buat chalet..

ok, berbalik cerita pantai Penyabong, kami sewa bilik standard=RM95. ada aircond, 1 katil besar, 1 bilik air, muat untuk kami 1 family, 6 orang..ok, jgn tanya kami susun bilik camne..hee...pandai-pandai la guna kebijaksanaan sbb katil tu ada 2 tilam kan... =)


Untuk family mak cik-mak cik lain diorg sewa bilik deluxe = RM150, ada aircond, bilik air & 2 katil besar.

So, after solat sume melepak sementara tunggu asar utk mendebush kan diri dalam air laut. tapi Allah kan lagi tau, kul 4 hujan selebatnya, jadi kami menikmati air kopi panas dan yg lelaki prepare peralatan memancing. Elok je lepas asar, hujan stop, langit cantik jadi semua pakat berendam air laut.

ok, apa keistimewaan pantai penyabong ni, dia ada 2 jeti, sesuai sangat untuk kaki pancing, pantai ni dilindungi pulau2 kecik, jadi ombak tu tak la besar sangat. Jadi bila ombak tak besar, baju tak banyak pasir.. jadi advantage pada kaum ibu, senang nak basuh baju yang tak banyak pasir. seriously, kalau ombak besar, pasir2 laut boleh masuk dalam baju & seluar hingga ke lipatan2 jahitan.ok, jgn tanya macam mana dia masuk =) air pantai juga sangat jernih, macam kolam mandi, boleh nampak kaki sendiri..


sebelah malam, aktiviti BBQ.. alhamdulillah menu satay, ayam, pechal sayur, nasi himpit. satay ni order yg belum bakar, ayam perap dari rumah. Jadi malam sesi membakar & makan. percaya tak, dengan hanya RM65.00 (untuk 1 keluarga-5/6 ahli) untuk makan malam dan sarapan pagi -set burger+roti + hot dog roti+ mee segera (kecemasan).. jimat kan.. jadi kalau pegi melancong dan sebagainya bawa bekalan makanan memang sangat menjimatkan =) dan kene mind set, melancong bukan bermakna bercuti dari menyediakan masakan untuk keluarga. sebenarnya, inilah waktu yg baik untuk mak abah melayan telatah anak..kan..

lepas subuh, dari chalet boleh tengok matahari terbit + dengar bunyi ombak sbb air pasang.. waktu-waktu mcm ni kan, sesuai sangat untuk muhasabah diri kita yg cuma sebutir pasir kat bumi Allah ni kan.. tapi Allah masih sayang kita bagi nikmat udara secara free...

lepas sarapan, kami bermandi manda.. sempat juga melayan kerenah sepupu yg semuanya masih bawah 12 tahun.."cikgu, cikgu...ajar la berenang"..haahaha... ni la nikmat ada sepupu yg semuanya kecik-kecik belaka..

kami bertolak pulang lepas zohor.. insyaAllah, pantai penyabong menyimpan memori indah kami 4 keluarga mengenal hati budi, berukhwah dan insyaAllah boleh dikatakan 'mengenali dia'.. sebab...

petikan dari saifulislam.com

Teringat saya kepada riwayat ibn Abi al-Dunya, bagaimana pada suatu ketika Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang lelaki lain.

Umar bertanya kepadanya, “engkau pernah bermusafir dengannya?”

“Tidak pernah,” jawab lelaki itu.

“Engkau pernah bergaul rapat dengannya?” tanya Umar lagi.

“Tidak pernah,” jawab lelaki itu lagi.

“Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya kamu tidak kenal akan lelaki itu!”

Bermusafir dan bergaul rapat itu adalah wasilah untuk kita saling kenal mengenal. Itulah khasiat di sebalik pengembaraan yang panjang tersebut. Perjalanan dengan segala kesukaran, cabaran, masalah, dan tekanan akan mengeluarkan wajah dan warna sebenar seseorang.

Itulah sebabnya Umar menilai bahawa selagi kita tidak pernah bermusafir bersama, atau bergaul mesra, malah dalam riwayat-riwayat yang lain, diletakkan juga soal memberi amanah kepercayaan, berurusan berkaitan duit, maka selagi itulah kita belum layak mendakwa, “aku mengenalinya”.

selamat bercuti, rancang budget & perjalanan.. destinasi tempat nak bercuti sebenarnya bukan penting sangat kan, yang penting matlamatnya, meluangkan masa yang berkualiti dengan keluarga

untuk bacaan lanjut, boleh tanya pak cik gogle atau try link ni:


p/s: gambar-gambar semua dari pak cik google sbb kami dah simpan gambar dalam memori... =)


5 ulasan:

  1. :) wah bestnye cuti sekolah haifa. hihi.

    BalasPadam
  2. salam alaik. selain dari xtvt memancing ada x xtvt2 lain kat sana? cthnya macam kayaking ke banana boat ke? best lak tengok tempat ni..

    BalasPadam
  3. kak sarah: heee..ahad, isnin g mersing..isnin tu sebenarnya ada bengkel LM kat UM.. ponteng..tapi alhamdulillah, kawan2 inform bengkel cancel isnin selasa... Allah tolong kan.. =)

    BalasPadam
  4. haryz: kayak ada, banana boat tak ada la plak..yg memancing ni dia ada pekej laut dalam & kelong acheh..ni kalau nak ikut pekej dia-kene bayar, nak mancing sendiri pun boleh.. then ada juga sewa bot untuk island hopping. pantai ni dia tak mcm port dickson & lain2..sesuai utk siapa2 yg xsuka ramai org..

    BalasPadam