Tengok-tengok takwim, cuma tinggal lebih kurang 5 minggu lagi kat sekolah. Rasa sedih pun ada, tapi sedih lagi kalau sepanjang 10 minggu ni tak ada kesan apa-apa sepanjang mengajar. Muhasabah diri, apa sebenarnya cikgu ni. Memang tahu tanggungjawab dan peranan cikgu tu apa. Tapi cuba untuk pandang dari sisi pandangan Islam sendiri. Kadang-kadang terasa down sangat sebab terlalu penuhi tuntutan kerja tanpa penuhi tuntutan kita ni sbg hamba Allah yang semestinya bukan macam robot.
Hmm.. bila tengok ada yang mengantuk, susah nak bagi tumpuan, cikgu tau kamu penat. Penat kerja, cari duit, penat lagi kene marah dengan cikgu lain sbb tak boleh bagi tumpuan. Yang cikgu mampu buat cuma bersabar dan sebolehnya memang tak nak ada perasaan marah apatah lagi menengking. Dan mungkin juga kamu juga tak jelas apa matlamat kamu sebenarnya kan. Mungkin ini juga soalan yang selalu ada pada diri kamu kan. Kenapa aku ni nak susah-susah belajar matematik? Bukan lulus pun. Kenapa nak susah-susah sakit kepala fahamkan apa cikgu ajar? memang dah banyak yang tak faham pun.
Tapi kamu sedar tak, kita ni sebagai anak, macam mana sekalipun mak ayah kita tahu kita ni lemah dalam belajar, tapi dalam hati mak ayah kita, dia nak tengok juga hasil pelaburan dia hantar kita pegi sekolah. Dia nak dengar juga kita bersorak "Mak, anak mak lulus matematik!!!"
Bila kamu tidur, cikgu kata "bangun"
Bila kamu mengantuk, cikgu kata "lawan"
Bila kamu leka, cikgu kata "salin"
Tapi cikgu rasa, bukan ni caranya kan. Apa sebenarnya ya..
soalan sama berlegar lagi "macam mana nak jadi cikgu yang bermotivasi untuk 20 tahun akan datang"
anak-anak, cikgu mintak maaf sbb cikgu ajar, kamu mengantuk. insyaAllah, cikgu akan usaha lagi. Dan sebenarnya motivasi berpaksikan Allah hanya buat cikgu tahan untuk 20 tahun lagi, insyaAllah..
Jumaat ni pensyarah nak datang observe. Ya Allah bantu aku tanamkan niat dalam hati. Aku ajar bukan sbb lecturer nak observe, tapi menunaikan hak manusia yang namanya anak murid cikgu.
Gred A bukan segalanya, tapi sentuhan hati seorang guru bekalan untuk anak muridnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan