apa yang ada di belakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita
- Happy Sugiarto Thandra
         

Selasa, 13 Disember 2011

nikah hanya melengkapkan kitaran bagi yang tidak faham tujuan

KISAH BENAR

Di pejabat umum,seorang lelaki diminta untuk menunjukkan gambar perkahwinannya yang hampir memasuki usia 1 tahun melalui mukabuku. Kata seorang rakan perempuan "wow, cantiknya isteri you.." sambil rakan-rakan yang lain memuji keadaan yang sama.

Kata lelaki tersebut "Dulu cantikla, hari-hari rasa nak jumpa, tak sabar nak tengok muka. Sekarang, huh..jemu!!! hari-hari tengok muka yang sama. Macam dah tak ada muka lain nak tengok. Lagi-lagi sekarang ni (isterinya sedang sarat mengandung anak pertama). Tak selera aku"

Untuk apa sebuah perkahwinan, kalau hanya

mengakhirkan cinta yang tak halal?
permulaan rasa bosan?
kemuncak pada kehidupan?
melengkapi kitaran 'bodoh'?

semuanya terjawab pada diri yang berkahwin


Saya harap lelaki ini hanya berkata sedemikian untuk menunjukkan rasa rendah hati dengan pujian. Bukan apa yang terbuku didalam hatinya. Tapi alangkah tergurisnya hati seorang isteri, saat diperkatakan seperti itu, sedangkan dirinya sedang mengandungkan zuriat pertama. Kami yang mendengar terasa 'berdesing' telinga menahan amarah.

"Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini menyintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku" (Riwayat Muslim)


tahniah buat kawan-kawan yang bakal membina masjid terutamanya musim cuti sekolah ni.. semoga rumahtangga yang dibina membawa mawaddah & rahmah..

Rabu, 16 November 2011

manusia reject @ Allah reject..mana lebih pahit?

berbulan berusaha, mengaharap, menanti
akhirnya dengan hanya 30 minit : you're





it's ok
insyaAllah, yakin rezeki kat tempat lain
usaha, doa, tawakal
teori memang senang, dan sekarang adalah praktikal

Alhamdulillah, selagi mana ujian yang datang kita hadapi dengan positif, pasti hati tenang..damai..

Allah sayang aku, Allah rindu dengan tangisan aku, Allah ingatkan aku utk muhasabah diri,
Allah tak nak aku leka

urusan manusia ditolak,tak apa haifa
aku berharap Allah terima aku
a.k.a not rejected

Ahad, 13 November 2011

no testing

Assalamualaikum..

InsyaAllah arini nak share tentang 'someone' yang sangat handsome namanya dan handsome akhlaknya. First time dengar namanya masa zaman sekolah. Ustaz tulis nama pemuda ni kat papan hitam. Pemuda ini berkata "Tidak bermakna hari-hariku tanpa berbakti untuk Islam"

Apa agaknya yang menyebabkan pemuda ni tampan lagi bergaya..?
Kisahnya mencari kebenaran betul-betul membuktikan dirinya yang gagah perkasa, berhati mulia dan insan pilihan Allah.

Merupakan anak kesayangan pada bapanya, yang merupakan orang kuat dalam agama Majusi. Tugasnya menjaga api akhirmya membuka hatinya pada satu keadaan dimana dia rasakan "oh, agama ini lebih baik dari agama Majusi" semasa melalui satu kawasan. Maka dengan keyakinan pada kebenaran ketika itu, beliau memaklumkan pada bapanya untuk memeluk agama tersebut iaitu agama Kristian. Maka dengan kuasa veto bapanya, dia dikurung didalam rumah ibarat anak perempuan yang tidak dibenarkan keluar rumah.

Tapi disebabkan dirinya yang gagah perkasa mencari kebenaran yang benar-benar dia yakin, dia berjaya melarikan diri. Akhirnya dia bergurukan kepada seorang ketua paderi sehinggalah ketua paderi itu meninggalkan dunia, dan beralih pada ketua paderi lain, dan kepada ketua paderi lain sehingga ketua paderi yang terakhir. Sebelum ketua paderi yang terakhir itu meninggalkan dunia, pemuda handsome ini bertanya "pada siapakah aku kamu akan serahkan?" jawab paderi, "kamu pergilah ke sebuah kota dan berjumpa dengan seorang pemuda yang mempunyai ciri yang sangat baik. Diantara cirinya ialah dia tidak mengambil harta sedekah, tetapi mengambil hadiah yang diberikan kepadanya"

Dengan gagahnya pemuda ini pun pergilah mencari pemuda yang dimaksudkan. Setelah menguji a.k.a test power, maka dia yakin inilah pemuda yang dimaksudkan. Dia dengan syahdunya memeluk pemuda tersebut dan menyerahkan seluruh dirinya untuk diajarkan kebenaran.

Hebat!! sebab apa? Sebab hanya dengan keyakinan, seorang pemuda sanggup bersusah payah melarikan diri, meninggalkan kehidupan yang selesa, merelakan dirinya untuk diajarkan kebenaran.

TANPA dia tahu apakah yang sebenarnya dia belajar.
HANYA yakin dengan kebenaran yang dia nampak.

NO TESTING ok...

maksudnya dia tak cuba-cuba untuk belajar dulu
tapi dia terus serahkan jiwa & raga dia untuk dididik

cuba bayangkan jika seseorang tawarkan kita untuk belajar buat kuih yang kita tak tahu nama kuih, besar atau kecil, pedas atau manis, susah atau senang, apa bahannya..
pasti kita akan kata "saya cuba dulu ya mak kiah (bukan nama sebenar), kalau saya suka saya teruskan, kalau payah saya belajar buat kuih lain la ya"

tapi hanya dengan KEYAKINAN yang kuat untuk mencari kebenaran,
pemuda ini sangat hebat dan handsome

dialah

SALMAN AL-FARISI



Salman Al-Farisi bertemu Nabi Muhammad dan menyerahkan dirinya untuk ditarbiyah dan beliau merupakan sahabat nabi.

Subhanallah.. maaf, mungkin penceritaan diatas tersangatlah santai dan ringkas dan tak memenuhi piawai anda.
Carilah kisahnya yang benar-benar menggetarkan jiwa dan meninggalkan persoalan pada diri kita yang telah mengikuti usrah terutamanya, atau pernah ditarbiyah, atau pernah mengikut kelas pengajian dengan kayakinan kita sendiri bahawa "aku mahu menjadi lebih baik" tapi berhenti ditengah jalan?

Adakah telah ku serahkan jiwa dan raga ini untuk ditarbiyah?
atau aku masih lagi TESTING?

Salman Al-Farisi, pemuda yang indah namaya, NO TESTING prinsipnya.
semoga kita kuat untuk menjadi lebih baik seperti pemuda handsome ini.
assalamualaikum

Jumaat, 11 November 2011

cinta isi buku


Assalamualaikum..

Seminggu ni asyik terpandang rak buku kat bilik.. macam ada 'hint' dari buku tu mintak dibaca.. mintak dibelai iya juga, bersihkan mana2 habuk yg kat rak tu..

Memang ada sedikit zalim dgn buku.. InsyaAllah, usaha baca pelan-pelan.. kesian buku-buku ni..

Dalam susunan buku ni, ada satu buku yang menarik.

Jumpa buku ni masa KLIBF 2011-26 April.. 'JUMPA' istilah paling sesuai walaupun buku ni beli. Mana la ada orang bagi buku percuma kat KLIBF kan. Buku ni orang tak nak beli pun, sbb dia nampak sangat lusuh, berlonggok dalam bakul, tertimbus jauh kedalam. Tapi tak tau la ya. Masa pegi KLIBF ni cakap dalam hati "Ya Allah, jumpakan aku dengan buku yang mendalam isinya, murah harganya, jangan aku tertipu dengan luarannya" hehe..macam cari jodoh pulak.. tapi memang mencari jodoh dengan buku pun sebab masa pegi tu cuma budget untuk beli buku yang 'hilang'.

Bila jalan kat deret-deret kedai, ada satu penjuru kedai ni yang memang tak ada orang jengah pun. Orang lalu pun , cuma tengok tapi tak pegang. Pelik kan. Jadi dengan muka biasa-biasa nak tahu sangat pegi lah penjuru tu dan nampak la longgok buku-buku lama yang serious lusuh, ilustrasi tak ada la berapa menarik (dibandingkan dengan buku-buku ilmiah zaman kini).
Belek-belek, korek-korek timbunan buku dan kebanyakannya buku-buku fikrah, tarbiyah. Dari situlah bertemu jodoh dengan buku ni.

Harga: RM3
Harga asal:RM7
cetakan 2002

perkenalkan, cinta hati saya.. cinta muka buku =)



(klik bawah gambar utk buka link)

Bersolek (Tabarruj)
Penulis: Ni'mat Sidqi
Terbitan: Dewan Pustaka Fajar
Harga: RM7.00

"Tabarruj" adalah sebuah buku yang dikarang oleh Almarhumah Hajjah Ni'mat Sidqi. Beliau seorang wanita Islam yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Islam di Mesir. Walaupun beliau telah kembali ke alam baqa', namun karya-karyanya tetap menjadi tatapan umum bagi kaum Muslimin dan Muslimat.

KANDUNGAN

- Huraian Tabarruj
- Tradisi Make-up
- Amaran Allah
- Satu Kehinaan
- Bersolek Adalah Tanda Kekolotan
- Awasilah Kesesatan Fahaman Pasif
- Doorongan Kekolotan (Jahil Tentang Agama)
- Sikap Ibu Bapa (Dalam Mendidik Anak-Anak)
- Bermake-up...Haram
- Sepatah Kata Untuk Ibu Bapa
- Wanita Dalam Neraka

ni gambar buku dari koleksi PUSTAKA IMAN
yang haifa punya memang agak lusuh ya, tapi masih boleh baca
ada satu lagi buku dari longgokan tu
karya DR. MAZIN FARRUKH
PRINSIP-PRINSIP ASAS 'AMAL ISLAMI (MENURUT AL-IMAM HASSAN AL-BANNA)

Penerbit yang sama : Dewan Pustaka Fajar
cari gambar buku ni dari GOOGLE tak ada, mungkin sebab buku ni dicetak tahun 1989

Untuk seorang wanita yang lemah macam haifa ni, memang buku ni bagi panduan untuk menjadi muslim yang baik. Tambahan lagi zaman sekarang, susah nak bezakan mana yang sempurna, mana yang baik dan mana yang kurang baik. Terutamanya dalam hal-hal berhias. Takut-takut juga kita terikut dengan nasihat & pandangan orang lain yang kita rasa boleh, tapi sebenarnya tak sesuai untuk seorang muslim.

Siapa-siapa yang terjatuh cinta dengan buku ni, hehe.. atau nak bagi adik, kakak, mak, bakal isteri bolehla dapatkan dari PUSTAKA IMAN.

Moga ia sedikit sebanyak membuka mata hati kita =)

pesanan dari penaja,
"Don't judge a book by it's cover,tapi apa didalamnya"

apa yang ada dibelakang kita dan apa yang ada di depan kita, tidaklah ada ertinya jika dibandingkan dengan apa yang ada di dalam diri kita -happy sugiarto thandra

-doakan saya jadi baik-

Khamis, 10 November 2011

tengok gambar nak jadi baik


saya nak jadi baik

bila saya tengok gambar dia..

saya dapat rasa saya jahat

itukah yang dimaksudkan dengan ayat

"....apabila melihat wajahnya, hati akan ingat pada Allah..." ??

saya nak
tapi tak usaha
sedarlah, sila lah scan diri

--------
maaf, memang lama tak update blog.. kejatuhan motivasi diri..mencari-cari hikmah diuji, mengaplikasi teori redha, ikhlas,sabar..masih perlukan masa merawat hati.. insyaAllah 2011 bakal berlabuh, tapi jangan lupa, Muharram lagi cepat tiba..

Jumaat, 9 September 2011

smkspkl in memory


rindu sekolah, rindu anak-anak.. rindu mak cik kantin.. rindu che ann (kerani sekolah).. rindu kak raza (guru pembimbing), rindu kak nor (koperasi sekolah) dan tersangatlah rindu suasana 6.45 pagi naik kereta memecut meredah toll free, wahai wan nur izreen aisyah wan rahim + nur fathiah ithnin + siti fatimah azizah rahmad..

rindu lagu "terima kasih cikgu"
rindu perhimpunan sekolah
rindu anak2 yg suka menyakat
rindu anak2 yg masuk kelas lambat
rindu anak2 yg datang menjenguk lepas sekolah
rindu yg teramat.. suasana damai pagi jumaat sambil mengalunkan surah yaasin beramai-ramai

terima kasih Allah, diberi kesempatan dan menjadi sebahagian dari mereka..


gambar hasil tangan luqman (4mpv1), di ambilnya profile picture kawan sekelas dari FB...hehe...idea yg kreatif & cepat..

gambar lepas program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)
Alhamdulillah, dengar-dengar pengetua nak buat lg tahun depan.. :0

bila ingat-ingat kenangan masa praktikal, ada satu benda yg masih tak ditunaikan lagi..

kak nor..

kak nor : haifa, sebelum tinggalkan sekolah jumpa kak nor dulu tau.. jgn lupa
haifa : insyaAllah kak, saya mesti jumpa akak.. touching la akak ni
kak nor : ye lah, nanti mesti lupa dah sibuk2 dengan budak-budak

lastnya mcm tu la..tak jumpa pun kak nor.. lepas habis sekolah, anak-anak serbu kat bilik guru, kak nor pun dah tutup kedai (rehat/solat), then kami terus balik tanpa jumpa kak nor sbb nak kejarkan urusan lain.. sory kak nor.. =(

Rabu, 7 September 2011

no need man to bring yourself to HIM, just you...yes..yourself..

Assalamualaikum.. sedikit perkongsian dari buku yang dikhatamkan semalam.. Alhamdulillah, thanks to hajar yg bagi pinjam & juga adiknya (nurin madihah- pemilik buku). Subhanallah, dah lama tak baca bahan bacaan yg santai-santai mcm ni.. yg bukan santai-santai kosong, tapi santai penuh makna.. Terima kasih Allah.. sedikit bekalan motivasi diri..

Antara petikan-petikan teks dari novel QUARTET.. moga Allah bagi kekuatan pada penulis ni..banyak lagi hati2 anak muda yg bakal disantuni..insyaAllah.. try la baca.. sama-sama muhasabah diri..


"...Allah nak your heart push yourself towards HIM..."


"..barangsiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-NYA dan meninggalkan larangan-NYA), nescahaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas dihatinya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan keperluannya.. (Ath-Thalaaq: 2-3)

"..tak baik menangisi apa yang Allah tetapkan untuk kita.."

"..kita cuma pelakon atas pentas dunia ini. Kita sekadar menuruti kehendak takdir kita. Apabila kita rasa kita macam berupaya mengawal takdir kita sendiri, ketika itulah takdir menunjukkan pada kita yang DIA lebih berkuasa daripada segala-galanya."

p/s: pada adik-adik yg pernah meluahkan rasa & cerita pada akak, jangan tertipu dengan cinta islamik, ask yourself.. diri jadi baik.. sebab dia atau sebab kita sendiri.. buku ni mungkin membantu =) insyaAllah.. go go POWER RANGERS!!!

Ahad, 4 September 2011

Suratku kepada suami muslim yang mulia

Copy paste dari blog kak mihah, utk share bersama.. suami or bakal suami dua-dua masih xda, jd pengisian ni untuk semua =) bacalah dengan penuh sabar.. insyaAllah sikit sebanyak mengubah persepsi kamu (lelaki) terhadap wanita a.k.a isteri

------------------------------------------------------------------------

Salamun'alaik..
Satu pengisian yang menarik nak dikongsi.. Jom baca bersama, walaupun agak panjang, tapi amat terkesan di jiwa.. sama2 lah sampaikan kepada suami kita, atau bakal suami anda... :) Dipetik dari blog ketua wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia, ustazah Maznah Daud
Assalamu’alaikum wr.wb.

Aku suka memanggil kamu dengan nama di atas. Ia bukan satu panggilan tradisi, sebaliknya ia satu panggilan yang disukai dan digemari Rasulullah s.a.w.. Aku akan beritahu kamu selepas ini dengan izin Allah, kenapa nama ini dipilih.

Adapun sebab aku menulis surat ini ialah beberapa aduan daripada akhawat anggota jamaah IM telah sampai kepadaku. Begitu juga aduan daripada akhawat yang bukan anggota IM. Meskipun aku rasa bertuah kerana diberi peluang hadir di muktamar akhawat yang diadakan beberapa minggu yang lalu di dewan muktamar university al-Azhar di bawah slogan: al-mar’ah al-Misriyyah… min athaurah ila an-nahdhah (Wanita Mesir.. dari revolusi kepada kebangkitan memajukan negeri), dan aku telah berbicara kepada mereka tentang kewajipan wanita di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, tetapi kita mesti tahu bahawa di sana terdapat hak-hak mereka daripada lelaki yang merupakan tanggungjawab aku dan tanggungjawab kamu.

Sesungguhynya aku memilih untuk berbicara kepada kamu secara langsung, mengingatkan kamu peranan yang dipikulkan Allah ke atas bahu kamu, yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kamu ketika baginda berada di ambang kematian. Ia merupakan wasiat terakhir yang paling berharga pernah diungkapkan oleh orang yang berwasiat.

Tuhan yang memiliki kebesaran berpesan kepada kamu supaya menjadikan hubungan kamu dengan isteri kamu bertunjangkan mawaddah dan rahmat, dibaluti kesedaran akan masuliah (pertanggungjawaban). Maka kamu adalah pengemudi bahtera keluarga. Kepimpinan kamu adalah kepimpinan yang berupa pertanggungjawaban, bukan penghormatan. Tuhan kamu berpesan supaya kamu jangan lupa kerana jika kamu lupa, kamu akan dilupakan. “… dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Al-Baqrah:237). Al-fadhl ialah kamu memberi lebih banyak daripada kamu meminta, kamu mengambil hak kamu lebih sedikit daripada yang sepatutunya.

Dia berkata kepada kamu, bahawa kamu melindungi isteri, anak-anak daripada kemudaratan dan perkara yang membahayakan sama ada dari aspek kebendaan dan maknawi, juga usaha kamu membawa manfaat kebendaan dan maknawi kapada mereka merupakan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu kamu sejak mula dijadikan ayah kamu Adam dan ibu kamu Hawwa sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.” (Ta Ha:117)

Dan Rasulullah Musa a.s. telah merealisasikannya secara amali, sebagai mematuhi tuntutan Ilahi yang penuh dengan hikmah yang sangat mendalam maknanya “Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya: Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: Penunjuk jalan.” (Ta Ha:10). Ayat ini mahu menyampaikan bahawa Musa seoalah-olah berkata kepada keluarganya: kamu tunggu di sini! Aku akan meninjau keadaan sekitar untuk mengelakkan kamu daripada bahaya dan perkara yang memudaratkan. Dan aku akan bawa kepada kamu perkara yang bermanfaat dari segi maddi dan maknawi.

Dan Allah juga telah menjadikan ikatan hubungan suami isteri ini dengan aqad yang kukuh yang diikat sendiri oleh kamu. Kamulah yang wajib memeliharanya. Allah akan menghisab kamu faktor-faktor yang menjadi ikatan itu kekal kukuh atau terburai “Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian yang kuat daripada kamu?” (an-Nisaa’:21)

Adapun kesalahan wanita atau keaipan mereka, ia seumpama keaipan kamu dan kesalahan kamu. Kedua-dua kamu perlukan kesabaran untuk merawatnya. Namun tali kekangannya tetap berada di tangan kamu agar kapal ini hanya dikemudikan oleh seorang individu sahaja. Urusan keluarga bukan tempat untuk berebut kuasa atau beradu tenaga untuk jadi ketua sabagaimana yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam dan musuh-musuh kemanusiaan untuk mencarikkan ikatan yang suci ini. Mereka cuba menyalakan api pertentangan antara lelaki dan perempuan dengan mengunakan setengah kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian suami dan mengaitkan kesalahan itu dengan sistem Islam, syariah rabbaniah yang telah meletakkan tanggungjawab kepimpinan di bahu lelaki, semua lelaki ke atas semua wanita, demi memelihara kesejahteraan masyarakat.
Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan dengan ringkas dan padat semua sistem-sistem yang diperlukan oleh manusia. Semua itu tersimpul di dalam beberapa ayat yang sangat ringkas. “Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); (Maksud al-Lail:1-3)
Malam dan siang, lelaki dan perempuan, saling bergandingan, lengkap melengkapi. Bukan berebut dan bersaing. Tiada kelebihan yang satu ke atas yang lain kecuali dengan melaksanakan peranan masing-masing.

Sebagai contoh, lihat isteri Firaun. Firaun mendakwa dirinya sebagai tuhan. Namun dakwaan itu sedikitpun tidak menjejaskan iman isterinya. Sebaliknya dua orang wanita lain yang menjadi isteri kepada dua orang nabi yang mulia, tidak mendapat apa-apa kelebihan di sisi Allah di sebabkan keingkaran mereka. Dan Maryam pula, seorang wanita solihah yang tidak bersuami. Jadi setiap individu mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah. Ia dihisab secara berasingan daripada pasangan masing-masing. Setiap orang mempunyai masuliah fardiah yang tidak boleh dipikul oleh orang lain.

Ketika Nabi s.a.w. menyebut bahawa wanita seperti tulang rusuk yang bengkok, itu tidak bermakna keaipan bagi wanita kerana wanita tidak menciptakan dirinya sendiri. Dari sisi lain kita dapati tulang rusuk yang bengkok itulah sebenarnya bentuk yang paling baik dan paling ideal. Kalaulah tidak kerana tulang rusuk itu bengkok, jantung tidak akan berada dalam keadaan yang selesa dan tidak akan dapat menjalankan pungsinya membekalkan darah ke seluruh anggota. Sepasang paru-paru juga begitu. Jika tulang rusuk tidak bengkok, seluruh tubuh tidak dapat bernafas, insan tidak akan hidup sihat dan sejahtera, tidak akan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke atasnya.

Justeru, Allah Azza wa Jalla berkata, ketika kamu tidak suka kepada sesuatu perkara yang ada pada isteri kamu – kesempurnaan itu hanyalah milik Allah jua - kamu juga tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Dalam kontek ini Allah berfirman maksudnya: “… Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (An-Nisaa’:19)

Rasulullah s.a.w. pula telah menghuraikan perkara ini dengan terperinci dan praktikal yang kamu boleh laksanakan dengan segera. Kamu yang mesti laksanakan, bukan dia (isteri kamu) kerana kamu adalah pengemudi, kamu yang bertanggungjawab. Baginda bersabda maksudnya: “Janganlah seorang mu’min itu (suami) membenci seorang mu’minah (isterinya) kerana boleh jadi dia tidak suka pada sesuatu perangainya, dia suka perangainya yang lain”. Maksudnya di sini, jika kamu melihat sesuatu yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip iman, maka kamu mesti mengubah mood kamu sendiri, sehingga kamu dapat melihat dan mengiktiraf kelebihannya dari aspek yang lain yang pastinya terlalu banyak yang kamu sukai. Maka dengan itu perasaan benci dengan segera akan bertukar menjadi sayang.

Aku ingin mengingatkan kamu satu maklumat yang simple yang kadang-kadang kita lupa. Tidakkah zakat fitrah isteri kamu, anak-anak dan khadam kamu yang bayar walaupun isteri kamu seorang yang kaya raya? Itu merupakan lambang pertanggungjawaban yang dipikulkan ke atas kamu kerana itu bukan zakat harta. Zakat harta yang dimiliknya adalah tanggungjawab dia sendiri. Dia yang mesti tunaikan secara berasingan daripada kamu. Awas kamu! Jangan ambil sedikitpun daripada hartanya tanpa izinnya dan jangan halang dia berbuat baik kepada keluarganya mengikut sukanya. Jika kamu berbuat demikian maka hisab kamu di sisi Allah amat sukar. Allah mengharamkan kezaliman ke atas diriNya dan menjadikan kezaliman itu haram ke atas sesama hambaNya.

Jadilah kamu orang yang sentiasa setia kepada isteri kamu kerana Rasulullah s.a.w. sentiasa setia kepada isterinya Khadijah r.a., kesetiaan yang sungguh indah sehingga selepas Khadijah meninggal dunia. Ia menjadi contoh bagi seluruh umat manusia. Begitu juga baginda tidak menyembunyikan perasaan cintanya kepada Aishah r.a. ketika baginda ditanya siapakah manusia yang paling baginda cintai. Maka dengan spontan baginda menjawab dengan terang dan tegasa: “Aishah!” Lalu sahabat berkata bahawa mereka bukan tanya tentang wanita, dan sekali lagi baginda menjawab: “Ayahnya!”. Baginda tidak berkata “Abu Bakar”, sebaliknya berkata: “Ayahnya”. Ia memberikan gambaran hubungan mesra dan intim antara baginda dan Aishah dan secara tidak langsung menggambarkan kedudukan Abu Bakar di sisi baginda.

Adakah kamu fikir ada ungkapan yang lebih indah daripada ini bagi menggambarkan rasa cinta seorang suami kepada isterinya? Unggkapan yang begitu tulus lahir dari bibir suami pastinya mampu memadam apa-apa kesilapan dan perselisihan antara kamu berdua.
Seandainya masalah yang kamu hadapi, na’uzubillah, sudah sampai ke tahap bercerai, dan cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah, isteri yang diceraikan itu berhak tinggal di rumah kamu, hak yang ditentukan sendiri oleh Allah, agar dengan keberadaannya di rumah itu, hati kamu dan hatinya akan jadi lembut, dan perselisihan yang berlaku sebelumnya akan lebur. Tidakkah kamu nampak, dalam keadaan yang begitu genting sekalipun, Allah tetap menghendaki kamu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Perhatikan ayat-ayat berkaitan dengan talaq, kebanyakannya dibasahi dengan ciri-ciri kelembutan dan kebajikan. Lihat surah at-Talaq ayat 1 hingga 3.

Akhirnya jangan kamu lupa wasiat perpisahan kekasih kita s.a.w. “Hendaklah kamu berpesan agar berbuat baik kepada wanita…”. Sungguh mengkagumkan, wasiat ini digandingkan dengan wasiat supaya menjaga solat. Tidakkah kamu rasa bahawa ia merupakan suatu perkara yang sangat penting?

Justeru, wahai saudaraku para suami, di manapun kamu dan dalam keadaan apapun, maka setia dan setialah kepada isteri kamu! Berbuat baik dan berbuat baiklah kepada isteri kamu! Beri perhatian dan beri perhatianlah kepada perasaan isteri kamu! Berbakti dan berbaktilah kepada keluarga isteri kamu! Bantu dan bantulah isteri kamu untuk berbakti kepada keluarganya. Bawalah isteri kamu memikul bersama kamu beban keluarga dan beban dakwah. Jadikan dia sandaran belakang kamu supaya dia dapat berjalan seiring kamu sambil membawa risalah dakwah yang diwajibkan Allah ke atas kamu.

Awas dan awas daripada mengambil hartanya tanpa kerelaannya. Adapun jika dia rela, Allah telah jelaskan hukumnya di dalam firmanNya yang bermaksud: “… Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (An-Nisaa’:4)

Ingat neraka dan neraka! Selamatkan isteri kamu darinya. “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka…” (At-Tahrim:6)

Ingat syurga dan syurga. Bawalah dia bersama kamu serta anak-anaknya. “Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;” (Ya Sin:56)

Dan ingatlah juga bahawa orang yang terbaik dalam kalangan kita ialah yang paling baik kepada isterinya. Dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. orang yang paling baik kepada isterinya dalam kalangan seluruh umat manusia. Maka adakah kita mencontohinya?

Akhirnya, Rasulullah s.a.w. menamakan kamu suami yang mulia (zauj karim) selama kamu melaksanakan wasiatnya yang bermaksudnya: “Tidak memuliakan wanita kecuali orang (suami) yang mulia, dan tidak menghina wanita kecuali orang yang tercela!”. Maka jadilah kamu wahai saudaraku suami muslim yang mulia. Semoga Allah berkati kamu pada isteri kamu, harta kamu dan anak-anak kamu. Semoga Allah rahmati ibu bapa kamu dan ibu bapa isteri kamu sama ada mereka masih hidup di dunia ini atau telah berpindah ke alam abadi. Semoga Allah himpunkan kamu berdua dalam kebaikan dunia dan akhirat. Semoga Allah berkati zuriat kamu berdua.

Sesungguhnya aku telah berbicara kepada para isteri dalam muktamar lepas dengan membawakan satu Hadis yang menjamin pahala untuk mereka, iaitu seorang wanita yang melayan suami dengan baik pahalanya menyamai jihad, solat jamaah, solat jumaat dan mengiringi jenazah. Dan redanya kamu kepada mereka merupakan pintu untuk mereka masuk syurga.

Aku berharap kamu tidak lupa kepada kami dalam doa-doa kamu yang baik-baik.
Was-salamu’alaikum wr.wb.

Saudara kamu,
Dr. Muhammad Badi’
Murshid Am Ikhwan Muslimin.

Sabtu, 2 Julai 2011

28 - jun - 2011

Hari selasa start sekolah, mula mengupdate apa-apa info semalam. Dan update terpenting ialah komen daripada cikgu math 4P2 yang gantikan kelas semalam. Ada juga bagi worksheet utk anak-anak. Dan daripada komennya, anak-anak perlu banyak latihan.

Ayuh muhasabah diri. Bila anak-anak tak faham, ada dua kemungkinan.
1-Memang dia tak faham sbb kelemahan ingatan, lambat faham
2-kaedah cikgu ajar bukan sesuai untuk anak-anak yang lemah ingatan dan faham..
3-Mcm mana hati anak-anak? terang? malap? gelap?

=) jadi apa sebenarnya? sebenarnya berbalik la kepada cikgu..

Hakikatnya memang asyik fikir je,mcm mana nak buat dgn anak-anak ni. Rasa susah hati bila jadi cikgu ni ialah melihat prestasi anak-anak. Sebab sebelum ni, bila dalam kelas sempurna kerja, lengkap, angguk faham, tanya boleh jawab. Tapi bila exam, segalanya sukar dijangka kan.

hehe.. Sekarang baru tau, apa sebenarnya perasaan cikgu bila anak murid exam. Bila boleh jawab, cikgu akan rasa lega. Bila tak boleh jawab, cikgu akan tengok balik diri "Aku tak pandai mengajar lagi"

Tapi kan, jadi cikgu yang risau dengan prestasi dalam exam je tak cukup kan?
Cikgu, tanya diri..
Bagaimana prestasi dalaman?
Anak solat?
Anak zikir?
Akhlak anak?
hubungan anak dgn parents?

itulah sebenarnya kerisauan yang paling penting kan? kerisauan dengan bekalan akhirat
Walaupun bekalan cikgu bukanlah secukup mana, tapi cikgu nak siapkan bekalan, jangan lupa bekalan anak juga. insyaAllah. Berat tanggungjawab, tapi optimislah. No choice, sbb itulah tujuan kita dihidupkan.

kelas 4P2:

student:cikgu, kenapa tak datang semalam? cikgu pegi mana? kitaorang tunggu cikgu tau. tak best la cikgu tak datang
cikgu: eh, bukan awak suka ke kalau cikgu tak masuk?
student: mana ada, kitaorang tunggu cikgu
cikgu: (dalam hati) alhamdulillah, kalau benar anak-anak tunggu cikgu masuk. Terasa benar diri dihargai =)

kelas 4 MPV1:

kelam kabut juga kelas harini, melayan kerenah yang nak pegi toilet, demam, masalah perempuan.



yang ckgu dah risau nak capai objektif p&p arini. Tapi mana mungkin anak-anak fokus bila masalah diri tak selesai. =)

Dah habis kelas, tersenyum sendiri. Macam-macam kerenah anak-anak. Terasa sungguh ibarat mak yang ramai anak.. =)

kadang-kadang Allah bagi kita uruskan kerenah macam-macam manusia yang sebenarnya Allah nak didik kita bersabar kan =)

cikgu tak marah, cikgu happy... Thanks Allah..

Jumaat, 1 Julai 2011

27 - jun - 2011

harini ada exam math kat UM, susah juga ya. insyaAllah, dah usaha sebaik mungkin untuk menjawab, selebihnya tinggal usaha doa + tawakal. sekolah? tak sekolah, mintak cuti.

Prosedur nak mintak cuti ni pun agak mudah diawalnya, tapi mencabar diakhirnya. =)
belit la cikgu ni kan. Sebenarnya GPK (sebab pengetua tak ada) dah luluskan hari Rabu, dia kata tak payah mintak sign lecturer. Tapi ditakdirkan pengetua tengok semula surat tu, jadinya kene panggil dgn pengetua..gulp... Memang bila kita jadi bos, kita akan usaha untuk sesempurna mingkin kan? Jadi pengetua nak mintak bukti yang isnin tu mmg ada exam.

Panas juga dibuatnya, tapi bila fikir balik, cuba bayangkan pengetua tu cikgu, cikgu tu anak murid. Cikgu sebolehnya nak pastikan kerja anak-anak sempurna kan? Mcm tu juga pengetua, dia nak kerja cikgu sesempurna dan se'ikut buku' yang mungkin. =) Jadi, tak ada sebab nak panas lagi kan marah =)

Daripada Abu Hurairah r.a, ia berkata, "Sesunguhnya ada seseorang yang berkata kepada Rasulullah s.a.w. ("Ya Rasulullah, nasihatilah saya!") Baginda bersabda, janganlah marah. Orang itu meminta berkali-kali. Maka baginda bersabda, 'Janganlah engkau marah'.
(Hadith 40-larangan bersifat amarah)



disebabkan cikgu tak sekolah harini, jadi kita tunggu esok..
apa agaknya reaksi anak-anak 4P2 bila cikgu math dia tak masuk kelas.. ngee..

Khamis, 30 Jun 2011

24 - jun - 2011

Seperti yang dijanjikan, harini DR Tay datang. uh seram sejuk tak makan dari pagi ditambah lagi DR. dah tunggu kat bilik guru sejam awal sampai semua cikgu tau kami kene observe harini..hehe..

alhamdulillah, semua baik-baik saja, insyaAllah..

Lepas lecturer keluar, memang tergelak habis dgn anak-anak 4MPV1. Mana tak nya, anak-anak berlakon (dengan sendirnya). Subhanallah, memang berakhlak mulai tahap super saya sungguh. Cikgu tanya soalan, siap bangun dan jawab. Kan elok hari-hari macam ni, tak rugi pun =)

Hari ni belajar topik baru-Probability (kebarangkalian). Bawak la segala macam benda nak bagi nampak.


Dadu yang besar, gambar trafic light, replika duit syiling 50 sen. Alhamdulillah, gambar/objek memang bantu anak-anak nak faham. Cikgu cakap banyak mungkin susah nak faham, so let's the picture told the story.. =)

Dan pertama kalinya worksheet cikgu buat dwibahasa.

cikgu berazam semoga semangat mengajar tu bukan datang bila kene observe je, tapi sbb adanya rasa amanah.. insyaAllah =)

student : cikgu, dalam dadu ni ada apa (sambil membelek kotak dadu)
cikgu : hantu!!

alhamdulillah, kelas 4MPV1 dah start baca doa setiap kali start kelas

cikgu: untuk halau syaitan-syaitan yang banyak dalam kelas ni, jom kita baca doa
student: cikguuuuuuuuuu.......... (gelak sakan)

p/s: balik sekolah terus g bandar tasik selatan.. mak abah dah panggil balik =)

23 - jun - 2011

alhamdulillah, merasa juga Hari Terbuka sekolah. Teringat dulu-dulu abah datang sekolah amik 'report card'. Disebabkan dulu duduk hostel, petang dah call abah, tanya dia nak datang sekolah kul berapa sbb nak tunggu depan pagar..hehe.. yang best nya, mak bawakkan makanan even mak tak datang.. tapi seingatnya, hari terbuka terakhir (FORM 5) mak datang sbb pujuk mak, cakap "ni hari terbuka last, lepas ni anak mak dah tak ada hari terbuka".. heehhhhh.. psiko je lebih..

Tapi hari terbuka sek arini sunyi benar. Budak tak ramai datang.. owh, lagikan parents.

cikgu : kenapa parents kamu tak datang?
student: kerja
cikgu: mana lebih penting, anak atau duit?
student: duit
(perbualan antara seorang guru kelas dgn anak muridnya)

Hakikat fenomena sekarang. Mungkin sebahagiannya tak sedar lagi bahawa hari terbuka bukanlah hanya tentang pencapaian anak, tapi sejauh mana perhatian yang diberi utk anak.. ya, walaupun mmg ada yang sekerasnya tak boleh elak perkara-perkara lain, kan..

jadi, yang bukan guru kelas goyang kaki ke?
oh tidak sama sekali. Adil & saksama tu penting.
Kami (cikgu praktikal) kene tampal pembetulan pada novel Interlok, bukan satu tapi 90 buku x 9 muka surat, hinggat tak sedar arahan GPK yang mintak kami sambut parents.


wuuu... kecoh juga dibuatnya sbb GPK cari kami tapi tak jumpa, then cikgu-cikgu lain kata "GPK dah bermuka merah"

Pengajaran bermakna untuk hari ini ialah:

dahulukan arahan mengikut pangkat, bukan mengikut jenis kerja

insyaAllah lepas ni akan lebih hati-hati.. =)

Jalan-jalan kat sekolah, terjumpa mak pada seorang student 4MPV1 yang baru keluar dari bilik kaunseling.

soalan cepu emas yang biasa buat cikgu cemas, kan?

mak cik : cikgu, anak saya mcm mana kat kelas?

apa sebenarnya jawapan terbaik ya, sbb anak tu ada sekali ditempat kejadian

cikgu: dia ok sebenarnya, pandai, baik, cikgu tak ada masalah dengan dia. Boleh faham apa cikgu ajar.. cuma, kene lah selalu datang sekolah, jangan ponteng.

atau

cikgu: dia selalu tak datang sekolah, dia pergi mana sebenarnya? bila tak datang, susah nak faham apa cikgu ajar, banyak tertiggal..

waaa.... sila pilih, jawapan 1 @ 2..

Rabu, 22 Jun 2011

22 - jun - 2011

it's RABU!! dan hari ni ada perhimpunan ko kurikulum.. menarik sangat.. perhimpunan ni dibuat sebulan sekali, dan harini giliran kadet bomba.. tahniah utk anak-anak kadet bomba! oh, ya.. zainal (4MPV1) dan farahana (4P2) orang kuat kadet ni, anak-anak ni buat demonstrasi sesi menyelamat. =) gambar untuk hari ni tak ada lagi, insyaAllah len kali ya.

Tengok-tengok takwim, cuma tinggal lebih kurang 5 minggu lagi kat sekolah. Rasa sedih pun ada, tapi sedih lagi kalau sepanjang 10 minggu ni tak ada kesan apa-apa sepanjang mengajar. Muhasabah diri, apa sebenarnya cikgu ni. Memang tahu tanggungjawab dan peranan cikgu tu apa. Tapi cuba untuk pandang dari sisi pandangan Islam sendiri. Kadang-kadang terasa down sangat sebab terlalu penuhi tuntutan kerja tanpa penuhi tuntutan kita ni sbg hamba Allah yang semestinya bukan macam robot.

Hmm.. bila tengok ada yang mengantuk, susah nak bagi tumpuan, cikgu tau kamu penat. Penat kerja, cari duit, penat lagi kene marah dengan cikgu lain sbb tak boleh bagi tumpuan. Yang cikgu mampu buat cuma bersabar dan sebolehnya memang tak nak ada perasaan marah apatah lagi menengking. Dan mungkin juga kamu juga tak jelas apa matlamat kamu sebenarnya kan. Mungkin ini juga soalan yang selalu ada pada diri kamu kan. Kenapa aku ni nak susah-susah belajar matematik? Bukan lulus pun. Kenapa nak susah-susah sakit kepala fahamkan apa cikgu ajar? memang dah banyak yang tak faham pun.

Tapi kamu sedar tak, kita ni sebagai anak, macam mana sekalipun mak ayah kita tahu kita ni lemah dalam belajar, tapi dalam hati mak ayah kita, dia nak tengok juga hasil pelaburan dia hantar kita pegi sekolah. Dia nak dengar juga kita bersorak "Mak, anak mak lulus matematik!!!"

Bila kamu tidur, cikgu kata "bangun"
Bila kamu mengantuk, cikgu kata "lawan"
Bila kamu leka, cikgu kata "salin"

Tapi cikgu rasa, bukan ni caranya kan. Apa sebenarnya ya..

soalan sama berlegar lagi "macam mana nak jadi cikgu yang bermotivasi untuk 20 tahun akan datang"

anak-anak, cikgu mintak maaf sbb cikgu ajar, kamu mengantuk. insyaAllah, cikgu akan usaha lagi. Dan sebenarnya motivasi berpaksikan Allah hanya buat cikgu tahan untuk 20 tahun lagi, insyaAllah..

Jumaat ni pensyarah nak datang observe. Ya Allah bantu aku tanamkan niat dalam hati. Aku ajar bukan sbb lecturer nak observe, tapi menunaikan hak manusia yang namanya anak murid cikgu.

Gred A bukan segalanya, tapi sentuhan hati seorang guru bekalan untuk anak muridnya.

Selasa, 21 Jun 2011

21 - jun - 2011

jatuh bangun anak, mak abah sentiasa disisi
hanya kerana gagal sehari
tak akan tolak anak ketepi
sedangkan 9 bulan setia menemani

segagal mana pun anak,
mak abah kata "tak apa, usaha lagi"
walaupun dia tak cakap dia kecewa
walaupun dia tersenyum pada kita
dalam hati siapa tahu
"ya Allah, jagai anakku"

anak
masih ada waktu
untuk membuat mak abah bahagia ada anak sepertimu



You raise me up so I can stand on mountains,
You raise me up to walk on stormy seas,
I am strong when I am on your shoulders,
You raise me up to more than I can be

Isnin, 20 Jun 2011

20 - jun - 2011 - SUPRISE!!!

alhamdulillah, syukur...

isnin yang didalam kesusahan, ada kesenangan..
elok-elok happy jalan-jalan sekolah tiba-tiba ternampak kelibat DR.Tay, pensyarah yang buat penilaian untuk LM.. hah?gosok-gosok mata, benarkah?

memang DR.Tay pun, datang sekolah tiba-tiba, mmg suka buat suprise!!! dan i'm the first dia observed, then baru lah tiah..

alhamdulillah, benda-benda on the dot ni best gak kan? kalau tau dia nak datang harini, mesti dari malam td tak boleh tidur lena.. =)
lesson plan, worksheet semua dah siap malam td.. pengajarannya: bahagia bila jadi muslim proaktif kan.. tak payah kelam kabut..insyaAllah, masih lagi mendidik diri utk jadi muslim yang tersusun urusannya ;)

dan sekalung jutaan terima kasih dan ucapan sayang buat anak-anak 4P2 yang sememangnya pelakon terhebat. Walaupun mereka memang berlakon seperti budak yang sangat baik dan sopan dalam kelas, tapi hakikatnya anak-anak ni mmg sopan, dan baik sbb masih ada sensitiviti nak tolong cikgu dan hormat pensyarah yang datang.. hehe..

lucu sangat apa yg berlaku dalam kelas tadi, lepas je pensyarah keluar, semua lepaskan keluhan

"cikgu, kitaorg ngantuk la berlakon jadi baik ni.. ngantuk sbb tak boleh cakap banyak, tak boleh jalan-jalan dalam kelas, tak boleh gelak-gelak sakan"

cikgu pun jadi enjoy (aka syok sendiri) bila korang sangat sopan =)

jadi apa komen DR Tay?
-perlu guna pendekatan yg lebih kreatif, guna banyak gambar
-explain kenapa formula tu mcm tu, bukan student hafal bulat-bulat
-involve kan student dalam kelas, suruh dia buat kat white baord

and last dia tanya :
"student tu bukan baik mcm td kan?"

ngeeeee....
terkantoi juga akhirnya!!! DR.Tay cakap mcm tu sbb sebelum ni dia pernah datang round kelas ni, kebetulan masa tu kelas mcm anak kapal yang kepatahan layar.. =)

alhamdulillah, semua dimudahkan dan insyaAllah Jumaat ni lecturer datang lagi..

terima kasih juga pada kak Raza, guru pembimbing yang berjaya menpsiko lecturer untuk inform kami setiap kali nak datang buat observation sbb sblm ni lecturer suka guna pendekatan SUPRISE!!!!

alhamdulillah, berbahagialah bila diuji sekiranya sedar sememangnya diri ini layak..

Sabtu, 18 Jun 2011

ros jepun


ros jepun untuk pemenang pertandingan lukis ogif.. pening dah tak tau nak beli apa yg bermanfaat.
cikgu tak mampu la nak beli MP3 ke apa.. takut juga kalau anak-anak salah gunakan..



moga ros jepun sikit sebanyak bantu anak-anak untuk ada rasa tanggungjawab & amanah.insyaAllah =)

nak share lagu tema imam muda- hambaMU, rasanya ramai dah pernah dengar lagu ni kan... hayati lirik dia..thanks kak reen, bagi dengar lagu ni disaat diri hampir tersungkur, tak mampu.. =)
insyaAllah kita akan kuat hadapi ujian kerana sedar diri ini sememangnya layak diuji kerana kita hambaNYA..

sedangkan ayam nak kene sembelih tak merungut "kenapa aku yang dipilih untuk buat kenduri harini?" apa lagi kita? sememangnay tak layak nak merungut bila diuji..kan? ask yourself..

jumpa lagi, insyaAllah =)


Lirik Lagu HambaMu – Mawi ft. Akhil Hayy



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji

Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

khemah ibadah PMR

alhamdulillah, selesai sudah program kat SMK Sri Pantai..

khemah ibadah ni dia sekalikan dengan program motivasi.. kem ibadah (jumaat malam+qiam) di handle ustaz UM yang praktikal kat sekolah ni, tak tau la plak apa namanya..

jadi kami (haifa+tiah) diajak kawan yang handle slot motivasi (sabtu pagi), cikgu jemput dia as ex student sekolah ni.. alhamdulilah, sebenarnya bila kita join program motivasi ni kan, bukan kita berperanan as fesi je, tapi insyaAllah kita pun termotivasi sekali..

pernah tengok iklan hari raya puasa by Petronas? mengisahkan janda beranak 7..
dulu tak berapa faham sangat video ni, tapi bila dah dewasa ni, baru ada kefahaman dengan hati..
anak-anak dia yang penuh kesungguhan demi memenuhi permintaan si ibu yang nak masak hati, limpa lembu..
terdetik dalam hati, tertunaikah semua impian mak aku?
soalan dari hati ke hati yang mungkin kita sendiri tak pernah tanya mak abah kita kan?

"mak, apa harapan mak pada kita?"
bila kita gagal, mak kata "tak apa, cuba lagi..usaha lagi..mak doakan.."
tak pernah mak cakap "suka hati lah nak buat apa".. mak tak pernah putus harapan pada kita kan?

apa yang penting untuk mak abah kita sebenarnya bekalan diakhirat

..DOA ANAK YANG SOLEH..

“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah

segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang

dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”

(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

tanamkan azam dalam diri, setiap hari doakan mak abah kita.. insyaAllah..

17 - jun - 2011

jumaat yang padat... dapat 4 kelas ganti..alhamdulillah...penat, tapi puas.. itulah hakikatnya, bila jadi cikgu yang sebetulnya nanti, satu hari bolah jadi 5@6 waktu..

ok, masuk kelas 4P2 untuk kelas ganti, jadi tak plan pun nak ajar anak-anak.. diaorg pun sepatutnya ada lawatan, tapi dibatalkan pagi tadi. ramai juga yang tak bawa buku.

cikgu: kamu nak tahu tak siapa pemenang ....
student: hazama!!!
cikgu: ya Allah, rosak kamu ni...(sambil buat muka terkejut).. saya nak cakap, siapa menang pertandingan lukis ogif.. bukan AF!!
student: lorrrrrr..(gelak sakan)
cikgu: kamu rasa kenapa hazama boleh menang?
student: dia usaha, sabar, tak putus asa.. kuasa Allah, cikgu!!
cikgu: kamu tau cerita dia?
student: oh, dulu dia pernah masuk sampai konsert prelude..
cikgu: cuba andaikan, bila dia terkeluar konsert prelude, kita andaikan dia fail, dapat gred F!!! sekarang dia dapat no 1, kita andaikan dia dapat gred A!!!!
student: dari gred F pd gred A!!!
cikgu: jd tak mustahil kamu fail math, boleh dapat A..

kelas 4MPV1 pun ramai yang tak bawa buku... muka-muka kecewa sbb lawatan batal last minute!!! sian plak.. baru nak bersemangat pegi Nilai...
jadi, buat latihan lukis ogif.. sempat juga periksa kuku..

cikgu: semua letak kuku atas meja, cikgu nak tengok
student: alamak!!! cikgu nak check kuku.. habislah aku..

dalam kelas ada pulak sorang student yang mmg tak pernah jumpa sejak 3 minggu mengajar kelas ni

cikgu: awak student baru ke?
sudent: saya baru datang cikgu..
cikgu: mana awak menghilang?
student: (senyum kerang)

mana la anak-anak ni pegi, 3 minggu tak sekolah..

habis sudah jumaat... oh, harini nak melancong ke smk sri pantai, tolong kawan handle khemah ibadah solat PMR.. balik program insyaAllah update lagi.. peace!!!

assalmualaikum.. =)

Khamis, 16 Jun 2011

16 - jun - 2011 + api!! api!!

alhamdulillah..khamis sudah... =)

hari ni kene ganti kelas PJ, gabung budak perempuan 4MPV2, 4SS1, 4SS2

cikgu: kamu nak PJ ke?
student: tak nak..
cikgu: ok saya ajar math
student: ok
cikgu: x+x =?
student: x(kuasa 2)

ok, basic lemah lagi..jadi kami main- main guna kad.. sbb nak fahamkan konsep operasi 'unknown'

sambil jalan-jalan dalam kelas, selak buku student jumpa surat hari terbuka sekolah

student: cikgu, ni surat apa?
cikgu: ni surat hari terbuka (dalam hati: eh, knp budak ni tanya?"
student:oh..
cikgu: parents kamu datang tak?
student: tak cikgu, semua sunjek saya fail
cikgu:parents kamu tau tak ada hari terbuka?
student: tau, tapi tak nak datang

lastly,

cikgu: kamu pandai baca tak?
student: tak pandai

gulp..form4 tak pandai baca.. ya Allah, siannya anak-anak ni...

dalam kelas 4MPV1,
kelas harini agak bising..mungkin sbb dah tengahari, kul 12..semua dah macam cacing kepanasan..

cikgu: macam mana la nak kawal kamu ni.. minggu depan lecturer cikgu datang, kalau kamu bising mcm ni, dapat gred E la saya..
student: minggu depan hari apa cikgu?
cikgu: saya pun tak tau, dia datang mengejut
student: tak apa cikgu.. bagi tau je kita orang, nanti kita orang belakon.. cikgu-cikgu praktikal sebelum ni pun camtu dak, kita orang diam masa lecturer datang, tapi hari-hari biasa, mcm ni la perangai kami..

anak-anak..

that's means my skill is not develop..

harini dalam kelas, tiba-tiba suara hilang, dah tak bolah nak kuat.. terpaksa cakap yg semampu mungkin..
bayangkan, tengah explain contoh, tiba-tiba suara macam iklan dequadin..suara makin sloww..errrrrrkkkkkk....

dalam hati: jap lagi mesti kene gelak ni

tapi tak, alhamdulillah, kalau tak.. malu dibuatnya..
teruskan expalin mcm biasa, tapi mmg perasan suara dah makin slow sangat..
dan anak-anak pun menajdi diam dan mendengar..

kes ni berlaku juga semalam dalam kelas 4P2 masa bacakan markah exam.. tekak gatal sangat dan mendesak untuk batuk banyak kali, tapi usaha untuk tahan hingga terkeluar air mata..
lastly, baca satu nama, markah, then batuk.. baca nama, markah, batuk..
anak-anak 4P2 semua diam mcm dalam exam..

maafkan cikgu ya, next week cikgu bawak gula-gula hacks hitam.. =)

ok ,masuk cerita api pulak..
mlm tadi, dalam area kul 12 lebih dah tido, tiba2 bunyi bising orang kecoh kat bawah rumah.. biasa mmg mcm tu, ada je lalaki yg buat bising mlm-mlm.. tapi ni bising mmg peli sampai tersedar dan mengintai dari tingkap..ada orang jerit sambil tengok atas

"oi, api oi!!!!" "api!! api!! api!!"

hah?? ada rumah terbakar!!!
apa lagi..sbb tak tahu menahu api dari mana, dibuatnya rumah atas rumah sendiri yg terbakar, secara spontannya bagi arahan mcm warden,kejut semua housemate

"semua bangun, pakai tudung, sweater, bawak i/c, tutup semua suiz.." sian housemate yg terkebil-kebil..sory ya.. nak gerak pantas..
masa bagi arahan tu dah start menggigil, sbb tak tahu api dari rimah mana, tambah lagi bunyi orang kecoh-kecoh..

then semua turun bawah , tutup suiz.. datang dua buah lori bomba..lori ke? tak tau nak pangil kenderaan tu apa..mmg seram bunyi lori tu..bertambah lagi gigil.. datang pulak abang bomba yg naik motor besar, mcm hero plak..

ktorg pandang-pandang atas, tapi tak tau pun rumah mana yg terbakar..tiba2 nampak bara api jauh kebawah..oh, rumah tu..api dah tak ada, rumah tu dah hangus hitam nampak dari luar.. semua penghuni dah bertenggek nak tahu apa yg berlaku..

tapi semua elok, alhamdulillah dan beredar selepas 1 dari lori bomba tu balik..maknanya tak teruk kan, abang motor besar yg mcm hero tu pun balik, semua naik umah, sambung tido. tapi bomba tu ada lg, dgn polis.. dengar2 cte, umah tu tak ada org. maknanya tak ada kemalangan jiwa.. alhamdulillah...
bak kata kak reen: Allah sayang kita kan, cuma kita je tak sedar. kalau Allah nak, Allah bagi je semua blok ni dah terbakar...

kan, Allah sayang kan..

dalam keadaan kecoh-kecoh pagi semalam, cikgu yg sama sekolah dengan kita orang pun duduk kat flat sama, cuma blok dia blakang blok kita org. kita org cte kat dia, dan seriously, dia tak tau apa2..tak dengar pun bunyi siren bomba..hehe.. bomba, your siren actually not enought loud... =)

15 - jun - 2011

alhamdulillah...harini dengan secara mengejutnya kak raza (guru pembimbing) tiba-tiba masuk kelas 4P2 utk observation..tapi dia keluar balik sbb "kamu buat aktiviti kan harini, ok..lain kali lah saya masuk"

wuu..selamat utk sementara... anak-anak 4P2 harini buat pertandingan melukis ogive. satu group 2 orang.. dari pertandingan ni nak tengok diaorg ni sebenarnya faham ke tak apa yang dah diajar..

daripada perhatian:

anak-anak perempuan, alhamdulillah, tau nak buat ogive
anak-anak lelaki, mmg kalut la nak siapkan..time ni la kejar cikgu sana-sini.. tapi ini bermakna cikgu tak ajar betul-betul..cikg ajar main-main.. cikgu camna ni..?

harapnya, masa dalma tekanan buat ogive tu anak-anak belajar sesuatu... sbb kadang2 dalam keadaan tertekan, kita terdesak nak tau, kita pun cari jalan dengan selak buku, tanya orang.. kan..kan..kan...
macam cikgu la kalau dah nak final exam, tak faham time ni la nak tanya orang, rajin bukak buku =) time tak exam?? ngeeee... (jgn tiru tabiat ini)

kelas 4MPV1, alhamdulillah.. sangat seronok harini

antara perbualan dgn anak-anak sambil buat graf ogive:

cikgu: semalam kamu masak apa?kongsi la resepi dengan cikgu
student: huhh.. kita orang kene 'bantai' semalam..cikgu katering mengamuk... kita orang tak masak pun semalam..benci la camni..
cikgu: kenapa cikgu kamu mengamuk?
student: ada lah yg buat cikgu marah..saya benci semalam cikgu.. kami kene jadi kuli, basuh pinggan tetamu dari korea datang
cikgu: eh, kan 30 orang je orang kora yg datang
student: 30 orang, tapi pinggan sampai 150..
cikgu: kamu dapat makanan tak?
student: mana ada, penat, kene maraah ada lah..

kesian dgn anak-anak ni..kadang-kadang kita ada dalam keadaan selesa, kita tak fikir pun rg bawah kita kan..oh, muhasabah diri sendiri..

student: bikgu, graf ogive tu saya tak boleh nampak.. kene galihkan kotak tu..
cikgu: ok, sambil angkat kotak, tapi kotak ni melekat kat meja
student: hahahahah... (menggelakkan cikgu)
cikgu: pandai awak kenekan saya ya.. dosa tau gelakkan cikgu

student: cikgu, saya tak nampak la tulisan kat white board ni, kene tutup pintu
cikgu: ok, saya tutup pintu..

sambil nak menarik daun pintu baru perasan..eh, tak ada pun pintu

student: hahahahaha..cikgu, mana ada pintu lah..
cikgu: awak.....tak baik tau..dosa gelakkan cikgu...kan saya dah kata tadi.. (sambil senyum-senyum menahan malu yang teramat sangat)

ya Allah malunya..kenapa la lurus sangat cikgu ni..
anak-anak tak habis gelak lagi..

cikgu: saya rasa kan, saya tahu kenapa awak selalu gagal matematik
student: kenapa cikgu?
cikgu: sbb awak selalu gelakkan cikgu kan..
student: semua terdiam..
cikgu: tak apa, saya dah maafkan..

berakhir 70 minit dgn anak2 4MPV1 arini..alhamdulilah, rasa senang sangat...terasa mcm melayan anak-anak remaja yg 'mereng' =)

student: cikgu, cikgu-cikgu lain semua suka marah-marah kita orang, masuk kelas je kene tengking..
cikgu: diam..

ada mesej yang cuba disampaikan anak-anak ni kan..

islam suruh penganutnya bersabar, berlembut..
kadang-kadang memang geram, kene 10 kali cakap "tolong diam"
kene cakap dgn nada yg kuat juga..hmm
tapi cikgu pun tak suka cakap kuat-kuat..
harap anak-anak pun faham.. =)

14 - jun - 2011


set induction untuk lengkapkan jadual frequency:
cikgu: who are the youngest among of you? sape dapat jawab, saya bagi hadiah
student: sarah, jia meng..syuhada...
cikgu: owh..kurang tepat..kurang tepat..sapa nak cuba?.. (semua syok tanya2 kawan)
student: sarah cikgu, paling muda..
cikgu: justin paling muda sbb dia lahir december 1994.
student: hah? ye ke cikgu... owh..ye la kan, dia kan peralihan..

kelas sambung mcm biasa...

balik rumah, recall semula apa yg diajar kat kelas 4P2....
masa sediakan lesson plan,tengok kat diaorg punya maklumat, justin lahir 1994, yg lain lahir 1995..
nombor 4 kurang dari 5, tapi siapa lahir tahun 1994 lebih tua dari siapa yg lahir 1995
jadi, siapa lahir 1994 bukan the youngest, tapi the oldest..
waaaa...cikgu..what have you done???

anak-anak ni pun 'telan' bulat-bulat..nasib baik ni set induction, bukan content...alhamdulillah..=)

kat kelas 4MPV1, ramai yg datang harini..
cikgu: kamu ada kelas memasak ke harini?
student: ada, sbb tu ramai datang..
cikgu: esok kongsi resepi dgn saya!

dalam kelas 4MPV1, mmg bila ditanya, jawabnya panjang lebar & susah nak stop diaorg cakap..
ada juga yang sedar "kau, diam lah. jgn susahkan cikgu..".. syukur..
anak-anak ni, tak suka mendengar, lebih suka hands on activity..
note diaorg mmg sependek yang mungkin sbb panjang-panjang pun makan masa nak menyalin..

student 1: cikgu, saya nak pinjam pen cikgu, pembaris, pensil...
student 2: kerja pun tak mampu nak beli pen ke..

guru kelas 4MPV1 jumpa
"cikgu ajar math kelas saya ya?"
"ya"
"mereka tu ada yg hisap gam, kerja..mmg selalu tak datang sekolah"
"mcm mana cikgu tau?"
"selalu mereka pergi tandas, mata kuyu, cakap pun tak betul"
"oh, ada..saya perasan" -anak-anak agamaku....bagaimanakah?

13 - jun - 2011

Alhamdulillah, 2 minggu cuti yang banyak kisah duka+ manisnya.. itulah hidup.ujian itu kemanisan hidup bila kita rasa kehambaan kan..

so, camne agaknya kelas arini?? waaaa..learning outcome tak tercapai..
hidup tak selalu cerah, langit tak selalu indah kan??
harini 1st time ajar secara formalnya..dan mmg banyak yg kene perbaiki..

banyak juga respon on the spot anak-anak dalam kelas yang boleh dijadikan kayu ukur..
kalau anak-anak tak faham apa kita ajar, cuba check balik diri kita mcm mana kita ajar
kalau anak-anak bising dalam kelas, cuba check balik, kenapa dia bosan?
kalau anak-anak bising, sampai cikgu sakit tekak, camne?

=)
hoho...isnin yang mencabar, kene asah balik tune yg dah hilang dua minggu..

4P2
-kene ajar math step by step
-handout tak banyak membantu
-problem solving is the best method, kan

insyaAllah next class perlu ada penambahbaikan

cikgu: kamu ingat nama cikgu tak?
murid: ingat..cikgu nurhaifa
cikgu: saya dah lupa sikit nama kamu (dalam hati)

Ahad, 12 Jun 2011

press enter to upload


esok sekolah ke?
eh, terengganu menang bukan dapat cuti ke?
mcm agung kata nak bagi cuti..

hakikatnya, esok memang sekolah ya cikgu..
yes..positive!!!! jumpa anak-anak esok...

tomorrow teacher will press


to upload mathematics in to your brain...and your heart..
opppssss..not math only!!!
of cozzz immunity of the beautiful of ISLAM

insyaAllah.. rabbi yassir wa la tu'assir =)

Jumaat, 10 Jun 2011

rahmat ujian-bicara tuhan

subhanallah.. sungguh, ujian ini sangat berat.. berat bilamana kita meletakkan ujian hanya dengan makna "ya Allah, aku tak mampu".. tapi nikmatnya ujian tu.. hati terasa benar-benar lapang, benar-benar merasakan diri ini ibarat sebutir pasir, benar-benar merasakan setiap langkah dengan kalimah Allah,benar-benar merasakan Allah lebih dekat dari urat di leher.. benar-benar Allah sedang berbicara dengan ku..

bicara Allah yang bila difikirkan..

"kenapa ya Allah bagi aku ujian ini?"
"Allah tak sayang aku"
"sayang kah aku dengan Allah?"
"Allah tak adil dengan aku"
"adilkah aku dengan Allah?"
"Allah tak dengar doa ku"
"dengarkah aku dengan suruhan Allah?"

Allah sedang berbicara dengan mu..

Aku sedar kenapa ujian ini Allah bagi..
Aku sedar, banyak hak Allah aku tak tunaikan
Aku sedar hati ini belum benar-benar takut dengan peringatan Allah
Aku sedar
"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku"
belum sepenuhnya kerana MU
Aku tahu Allah...
kau sayang aku, kau menjaga aku, kau lihat aku
kerana doa aku
"jangan KAU tinggal aku walau sedetik"
maka ujian ini kerana
aku selalu meninggalkan KAU
berjuta-juta detik
tapi KAU
tak tinggalkan aku walau sedetik
Allah sayang aku
Allah rindu tangisan aku
Allah menjaga aku
Allah nak aku tahu
Allah sentiasa dekat dengan aku

itulah rahmat ujian
kerana tuhan sedang berbicara dengan hambanya

...ayuh,berbicara dengan tuhanmu, DIA rindu dengan tangisanmu..



Khamis, 9 Jun 2011

rahmat ujian- mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Isnin, 6 Jun 2011

Pantai Penyabong

Alhamdulillah, berkesempatan berkongsi mengenai hari keluarga sebelah mak. Kami berkonvoi 5 kereta dari Batu Pahat-Kluang-Mersing (29-30mei). Tiba di Pantai Penyabong kira-kira dah masuk waktu zohor, lunch,check in.

Oleh kerana dah start cuti sekolah, semua dah pakat mintak abah uruskan tempat, jadi chalet abah dah tempah 1 Mei, alhamdulillah tak ada masalah untuk cari chalet. Sebenarnya keluarga kami ni biasa tidur dalam khemah. Kata abah, jimat dan dapat rasa sendiri suasana berkhemah, tidur tepi pantai, dengar bunyi ombak, bangun pagi tengok air dah pasang dan juga melatih anak-anak lelaki ni berkawal..haha.. indahnya saat-saat dulu..dan kini juga =)

Kali ni kami sewa chalet atas permintaan ramai.. best gak ada shalet kan..

Destinasi kami di Pantai penyabong, if korang search kat google map, pantai ni dah nak dekat dgn sempadan Pahang. Berjiran dengan pantai penyabong ialah Tanjung Resang. Tanjung Resang ni ada memori tersendiri family kami. Sebelum dibangunkan jadi tarikan pelancong, tanjung resang destinasi utama hampir setiap tahun sbb pakej dia bagus.. pakej memancing, suasana yg aman (tak ramai orang), dan yang paling menarik ialalh ada sungai yang mengalir ke laut dihiasi dengan pokok bakau, timbunan batu-batu besar yang ada cik tiram =) .. Subhanallah... sangat indah ciptaan Allah..bagun pagi je, keluar khemah dah nampak air pasang, lepas solat duduk tepi batu tunggu matahari naik.. tapi skrg dah ramai orang kat tempat tu & dah ada orang buat chalet..

ok, berbalik cerita pantai Penyabong, kami sewa bilik standard=RM95. ada aircond, 1 katil besar, 1 bilik air, muat untuk kami 1 family, 6 orang..ok, jgn tanya kami susun bilik camne..hee...pandai-pandai la guna kebijaksanaan sbb katil tu ada 2 tilam kan... =)


Untuk family mak cik-mak cik lain diorg sewa bilik deluxe = RM150, ada aircond, bilik air & 2 katil besar.

So, after solat sume melepak sementara tunggu asar utk mendebush kan diri dalam air laut. tapi Allah kan lagi tau, kul 4 hujan selebatnya, jadi kami menikmati air kopi panas dan yg lelaki prepare peralatan memancing. Elok je lepas asar, hujan stop, langit cantik jadi semua pakat berendam air laut.

ok, apa keistimewaan pantai penyabong ni, dia ada 2 jeti, sesuai sangat untuk kaki pancing, pantai ni dilindungi pulau2 kecik, jadi ombak tu tak la besar sangat. Jadi bila ombak tak besar, baju tak banyak pasir.. jadi advantage pada kaum ibu, senang nak basuh baju yang tak banyak pasir. seriously, kalau ombak besar, pasir2 laut boleh masuk dalam baju & seluar hingga ke lipatan2 jahitan.ok, jgn tanya macam mana dia masuk =) air pantai juga sangat jernih, macam kolam mandi, boleh nampak kaki sendiri..


sebelah malam, aktiviti BBQ.. alhamdulillah menu satay, ayam, pechal sayur, nasi himpit. satay ni order yg belum bakar, ayam perap dari rumah. Jadi malam sesi membakar & makan. percaya tak, dengan hanya RM65.00 (untuk 1 keluarga-5/6 ahli) untuk makan malam dan sarapan pagi -set burger+roti + hot dog roti+ mee segera (kecemasan).. jimat kan.. jadi kalau pegi melancong dan sebagainya bawa bekalan makanan memang sangat menjimatkan =) dan kene mind set, melancong bukan bermakna bercuti dari menyediakan masakan untuk keluarga. sebenarnya, inilah waktu yg baik untuk mak abah melayan telatah anak..kan..

lepas subuh, dari chalet boleh tengok matahari terbit + dengar bunyi ombak sbb air pasang.. waktu-waktu mcm ni kan, sesuai sangat untuk muhasabah diri kita yg cuma sebutir pasir kat bumi Allah ni kan.. tapi Allah masih sayang kita bagi nikmat udara secara free...

lepas sarapan, kami bermandi manda.. sempat juga melayan kerenah sepupu yg semuanya masih bawah 12 tahun.."cikgu, cikgu...ajar la berenang"..haahaha... ni la nikmat ada sepupu yg semuanya kecik-kecik belaka..

kami bertolak pulang lepas zohor.. insyaAllah, pantai penyabong menyimpan memori indah kami 4 keluarga mengenal hati budi, berukhwah dan insyaAllah boleh dikatakan 'mengenali dia'.. sebab...

petikan dari saifulislam.com

Teringat saya kepada riwayat ibn Abi al-Dunya, bagaimana pada suatu ketika Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang lelaki lain.

Umar bertanya kepadanya, “engkau pernah bermusafir dengannya?”

“Tidak pernah,” jawab lelaki itu.

“Engkau pernah bergaul rapat dengannya?” tanya Umar lagi.

“Tidak pernah,” jawab lelaki itu lagi.

“Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya kamu tidak kenal akan lelaki itu!”

Bermusafir dan bergaul rapat itu adalah wasilah untuk kita saling kenal mengenal. Itulah khasiat di sebalik pengembaraan yang panjang tersebut. Perjalanan dengan segala kesukaran, cabaran, masalah, dan tekanan akan mengeluarkan wajah dan warna sebenar seseorang.

Itulah sebabnya Umar menilai bahawa selagi kita tidak pernah bermusafir bersama, atau bergaul mesra, malah dalam riwayat-riwayat yang lain, diletakkan juga soal memberi amanah kepercayaan, berurusan berkaitan duit, maka selagi itulah kita belum layak mendakwa, “aku mengenalinya”.

selamat bercuti, rancang budget & perjalanan.. destinasi tempat nak bercuti sebenarnya bukan penting sangat kan, yang penting matlamatnya, meluangkan masa yang berkualiti dengan keluarga

untuk bacaan lanjut, boleh tanya pak cik gogle atau try link ni:


p/s: gambar-gambar semua dari pak cik google sbb kami dah simpan gambar dalam memori... =)